Tips Copywriting Iklankan Produk

October 19, 2019 by No Comments

Artikel Tips Copywriting Iklankan Produk ini merupakan artikel ke-6 daripada siri artikel yang ditulis bersempena dengan kempen kesedaran “Waspada Pembelian Ubat Dalam Talian” melalui Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Jika anda seorang copywriter yang menulis untuk mempromosikan produk yang berada di bawah pemantauan Lembaga Iklan Ubat terutamanya, artikel LunaStory ini adalah untuk anda baca dan hadamkan ya.

Copywriter: Penulis Unik Dengan Kuasa Penggerak Yang Spesifik

Ye ke?

Hahaha. Kenapa admin kata begini? Sebab tak nak guna ayat orang lain ke? Tak lah.

Sebelum itu, admin suka membawa pembaca untuk bantu pembaca fokus kepada isu penting di dalam penulisan admin dengan meng ‘highlight‘ kan kata dasar [root word] untuk isu tersebut. Dalam kes ini, fokus kita adalah tentang copywriting.

Setakat sehingga hari artikel ini ditulis, belum ada lagi kata daftar rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka untuk copywriting di dalam Bahasa Melayu. Jadi, kita akan fokuskan kepada terjemahan di dalam bahasa Inggeris.

Pengertian Copywriting di dalam kamus bahasa Inggeris

Di dalam kamus bahasa Inggeris, maksud copywriting berkait rapat dengan penulisan khusus untuk pengiklanan [advertisement] atau apa-apa media yang ditulis untuk publisiti kepada orang ramai [publicity material]

sumber: dictionary.com; en.oxforddictionaries.com; dictionary.cambridge.org

Sejarah copywriting

Ada sumber yang mengatakan asal perkataan copywriting direkodkan sekitar tahun 1910 – 1915 [Origin of Copywriter; dictionary.com]

Jika anda Google dengan kata carian yang ada bersangkut paut dengan sejarah dan evolusi copywriting memang bersepah. Tapi dalam banyak-banyak artikel, nama lelaki ini yang naik sebagai pelopor dalam bidang copywriting moden, iaitu John Emory Powers.

tips copywriting iklankan produk 1
sumber gambar: medium.com

Nama Powers sangat tersohor sehinggakan naik di dalam senarai Advertising Hall of Fame pada tahun 1954. [sumber: advertisinghall.org – link] Ada yang mengatakan jumlah pendapatan beliau pada lewat tahun 1980 mencecah sehingga lebih $100 sehari – lebih kurang $700,000 setahun jika dibandingkan dengan nilai matawang pada tahun 2016!

Antara ciri atau stail penulisan Powers yang menjadikan beliau unik adalah panjang ayat copywriting yang hanya mencecah 100 patah perkataan tanpa ilustrasi, tetapi cukup padu. Hal ini adalah kerana beliau mementingkan kebenaran dan ketelusan dalam menyampaikan iklan untuk prospek produk tersebut.

Salah satu contoh copywriting beliau yang terkenal penulisannya yang menyelamatkan satu syarikat menjual pakaian di Pittsburgh yang hampir muflis dengan ayat copywriting beliau mengatakan yang:

“Syarikat ini di ambang muflis. Mesej ini mungkin akan membuatkan kreditor kami (bank atau pemberi pinjaman) akan marah. Namun, jika anda mahu datang dan menyelamatkan kami (dengan membeli pakaian di sini), kami mungkin akan ada duit untuk membayar kreditor kami. Jika tidak, kami akan lingkup terus.”

Terjemahan daripada artikel penuh ‘History of advertising: No 96: John E Powers’ Wanamaker ads‘ [sumber: campaignlive.co.uk]

Ayat copywriting Powers yang telus dan begitu unik sehinggakan mampu menggerakkan orang ramai untuk datang dan menyahut seruannya untuk membeli pakaian di situ, dan seterusnya menyelamatkan daripada syarikat tersebut menutup perniagaannya. Sebab itulah admin menulis tajuk mukadimah Copywriter: Penulis Unik Dengan Kuasa Penggerak Yang Spesifik.

Masalah Dengan Kaedah Tips Copywriting Iklankan Produk Masa Kini

Jujurnya, dunia copywriting ini masih dirasakan hijau seperti sayur pak choi yang baru nak bercambah naik daun dekat kebun belakang rumah tu. Mentah. Walaupun dah menulis sebenarnya agak lama. Sebabnya? Orang macam admin ini selalu menganggap, apa pun pekerjaan yang kita lakukan adalah satu pendidikan selagi mana hayat dikandung badan.

Apa orang putih selalu kata? “Life is a big learning curve“?

tips copywriting iklankan produk 2
Maka, orang macam admin pun meng ‘Google’ juga demi menambah ilmu yang ada. Tengok sahaja search results di sini, berapa banyak kali perkataan POWER digandingkan dengan COPYWRITING?

Admin faham jika admin guna kata kunci ‘tips copywriting iklankan produk’ ini, daripada previu setiap artikel yang naik di halaman pertama Google seperti di atas ini, semuanya memberikan penekanan untuk menjadikan isi kandungan copywriting yang POWER supaya jualan produk tersebut meningkat. Jadi, trend masa sekarang gaya penulisan copywriting iklankan produk adalah dengan menjadikan kandungan copywriting POWER.

Semestinya lah kan ayat copywriting kena POWER. Kalau tidak tarik pelanggan, tak berbaloi lah kan klien kita melabur dan bayar Facebook ads setiap bulan di laman rasmi produk mereka.

Tapi kan…pernah dengar tak ungkapan yang “matlamat sahaja tidak menghalalkan cara”?

tips copywriting iklankan produk 3
tips copywriting iklankan produk 4
Walaupun produk makanan yang dijual bukan produk ubat, membuat tuntutan perubatan tertentu seperti mampu merawat penyakit, terutamanya 20 penyakit yang dilarang untuk diiklankan adalah salah di sisi undang-undang.

Rupa-rupanya, nak iklankan produk pun kena patuh kepada undang-undang yang sedia ada di Malaysia.

Hmm…skop iklan produk ini tersangat lah luas.

Admin percaya, ada di kalangan copywriter yang lain pernah mengikuti sama ada kursus profesional mahupun self study sahaja untuk menulis ayat-ayat pemasaran iklan produk. Admin hormati kredibiliti dan pengalaman anda semua berkarya membuat ayat clickbait pemikat pelanggan.

Jadi, fokus tips copywriting pengiklanan produk yang admin akan kongsikan di sini sebenarnya adalah lebih kepada senarai semak supaya anda tidak tersengaja menulis perkara yang mungkin menyalahi peruntukan Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956 (Semakan 1983) dan Peraturan Lembaga Iklan Ubat 1976 seperti yang terdapat di dalam Garis Panduan Pengiklanan Ubat Dan Produk Perubatan Kepada Orang Awam(Pindaan 2019).

Tips Copywriting Iklankan Produk Patuh Undang-undang

Bacaan bersama: Panduan Pengiklanan Untuk Usahawan

Sebelum menerima tawaran copywriting:

1# Produk ubat perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah

kategori pendaftaran produk penting sebagai asas waspada pembelian ubat online

2# Produk kosmetik perlu ada nombor notifikasi yang sah

Nombor pendaftaran produk kosmetik bernotifikasi bermula dengan ‘NOT’ dan berakhir dengan huruf ‘K’

3# Tahu produk mana yang tidak boleh diiklankan, walaupun mempunyai pendaftaran yang sah

4# Setelah copywriting disediakan, jika iklan produk tersebut memerlukan kelulusan Lembaga Iklan Ubat (LIU), pastikan ianya telah disahkan dan diluluskan

semakan kelulusan iklan dari liu

Sebelum buat copywriting, minta daripada produk owner, sijil indikasi yang diluluskan oleh pihak berkuasa terhadap produk yang ingin diiklankan. Buat copywriting dalam skop indikasi yang diluluskan sahaja. Contohnya kalau indikasinya hanya untuk kesihatan wanita, maka janganlah pulak kata produk ni boleh merawat fibroid, senggugut dan kanser rahim, memang dah overclaim la tu.

Lepas tu hantar permohonan (deraf copywriting) ke Lembaga Iklan Ubat (LIU) untuk diluluskan. Selepas dapat nombor KKLIU, baru boleh upload iklan tu di Internet atau disiarkan. Admin nak pesan sini, iklan ubat ni tak sama macam iklan barangan lain ye. Itu sebab perlunya pihak LIU untuk menapis iklan-iklan yang dibuat oleh pengiklan.

5# Elakkan mengambil projek copywriting kandungan produk yang tersenarai di dalam ‘negative list’

Bacaan penuh ‘negative list’ di artikel: Panduan Pengiklanan Untuk Selebriti Atau Influencer

berhati-berhati dengan produk yang dimakan-
Antara contoh kandungan yang tersenarai di dalam ‘negative list’

Selepas menerima tawaran copywriting:

6# Jika produk tersebut tidak memerlukan kelulusan LIU, jangan menggunakan ayat copywriting yang memberi maksud produk tersebut mampu untuk menyembuh penyakit (tuntutan perubatan) melainkan jika ada kebenaran daripada pihak berkuasa berkenaan.

7# Produk makanan tidak boleh membuat tuntutan perubatan

Untuk #6 dan #7, keratan akhbar online di permulaan artikel ini tadi adalah antara contoh tuntutan perubatan yang tidak patut dibuat kepada produk yang berkelas makanan.

8# Produk kosmetik tidak boleh membuat tuntutan perubatan

tips copywriting iklankan produk 5
contoh pernyataan yang dilarang

9# Elakkan mengaitkan produk anda dengan makanan sunnah bertentangan dengan Pekeliling JAKIM Bil 2 tahun 2016 – Ayat Rukyah dan Makanan Sunnah

tips copywriting iklankan produk 6

10# Elakkan tuntutan yang mengelirukan dan bertentangan dengan Akta Perlindungan Pengguna 1999

11# Jaga sensitiviti prospek produk yang diiklankan

Contohnya? Jangan guna ayat kontroversi dan berunsur provokasi. Senang cerita, jangan ejek. Jangan sentuh sensitiviti perkauman. Jangan kata kalau kulit gelap nanti pasangan kita lari lah…dan sebagainya.

Budi bahasa budaya kita kan?

Lain-lain

12# Untuk produk kosmetik, semak Garis Panduan Pengiklanan Kosmetik dari laman web Bahagian Regulatori Farmasi Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia (NPRA)

Garis Panduan Pengiklanan Kosmetik atau Guideline for Cosmetic Advertisement

13# Elakkan penggunaan testimoni jika tiada hasil kajian atau bukti saintifik yang sah

Testimoni bukanlah pengukur yang tepat bagi memastikan kesahihan produk ya.

Kalau baca dalam Garis Panduan Pengiklanan Kosmetik, testimoni patuh garis panduan adalah testimoni yang asli dan merupakan daripada pengalaman peribadi menggunakan produk tersebut untuk satu tempoh tertentu yang munasabah sahaja.

Link untuk muat turun di sini – www.npra.gov.my

Jadikan copywriting anda sehebat John E. POWERS yang jujur, bukan hanya POWER gubah ayat ya takut-takut nanti dah jadi menipu pengguna pulak. Menipu kan DOSA.

Sebarang pertanyaan lebih lanjut boleh ditujukan kepada pihak dan badan yang berkenaan

ebook panduan pengiklanan ubat kepada usahawan terbitan kkm 8

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.