Tip Memasarkan Kedai Offline Secara Online

September 21, 2022 by No Comments

Tip memasarkan kedai offline secara online, bagaimana? Kadar jualan sesuatu produk dan servis yang ditawarkan kepada pelanggan adalah berbeza-beza bagi setiap pemilik kedai dan ia bergantung kepada teknik pemasaran Tuan Puan. Pemasaran terbahagi kepada dua iaitu secara offline dan online.

Adakah Kaedah Memasarkan Kedai Offline Secara Online Lebih Berkesan?

Pada pandangan Cik Min lah, pemasaran secara online telah menjadi satu trend dalam dunia perniagaan masa kini. Pemasaran online telah mengubah konsep jualan menjadi lebih kreatif dan menarik dan telah terbukti keberkesanannya dalam menarik pelanggan. Bagaimana hendak mulakan?

Jadi dalam artikel kali ini, Cik Min nak kongsikan beberapa tip untuk memasarkan kedai offline secara online.

Tip Memasarkan Kedai Offline Secara Online

Elemen Untuk Memulakan Kedai Anda Secara Online

1. Media Sosial

Media sosial merupakan platform yang sangat diperlukan bagi menjalankan perniagaan secara atas talian. Ini antara elemen utama yang paling penting oleh kerana pada zaman ini Cik Min perhatikan masing-masing memiliki sekurang-kurangnya satu akaun media sosial yang mereka gunakan. Contoh media sosial yang popular pada hari ini adalah seperti Instagram, TikTok, Twitter dan Facebook.

2. Laman Sesawang

Membuat laman rasmi perniagaan. Laman sesawang bertujuan untuk membina jenama yang boleh dipercayai kepada pelanggan dan ia juga kelihatan lebih profesional dan meyakinkan. Laman sesawang khas yang dibangunkan ini bakal menjadi aset kepada perniagaan usahawan apabila memasarkan kedai offline secara online.

Tip Memasarkan Kedai Offline Secara Online

Kaedah Untuk Memasarkan Kedai Offline Secara Online

1. Daftar Google Business Profile

Tuan Puan pernah dengar tentang Google Business Profile? Kalau Tuan Puan biasa gunakan Google Maps pasti familiar dengan cara mekanisme ia berfungsi.

Ha! Google Business ni lebih kurang macam tu la. Bezanya usahawan boleh daftarkan kedai mereka untuk mengaktifkan maklumat perniagaan dalam sistem carian di Google. Lepasni, bakal pelanggan boleh tahu di mana lokasi perniagaan, nombor dan alamat untuk dihubungi. Jadi, apa tunggu lagi? Daftar sekarang Google Business Profile.

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, boleh tonton cara-cara mendaftar di sini.

2. Review dari Pelanggan

Kedua ialah fokus kepada feedback yang diberikan. Macam-macam cara sebenarnya nak dapatkan review dari pelanggan ni, antaranya usahawan boleh sahaja bertanya secara langsung ataupun memberikan penghargaan kepada mereka. Pelanggan akan berasa selesa dan cenderung untuk lebih positif apabila menilai perniagaan Tuan Puan.

3. Search Engine Optimization (SEO)

SEO sangat penting untuk memastikan kedai Tuan Puan sentiasa berada dalam carian. Usahawan perlu mempelajari cara penulisan dan kriteria yang dikehendaki untuk hasil yang lebih efektif. Tip ini dapat menaikkan ranking laman rasmi dalam memasarkan kedai offline secara online.

Tip Memasarkan Kedai Offline Secara Online

Kelebihan Memasarkan Kedai Offline Secara Online

Apabila Tuan Puan mengiklankan kedai offline secara online, ia dapat mempercepatkan lagi proses penyebaran maklumat serta menjimatkan kos. Ia juga menjadikan kerja Tuan Puan lebih fleksibel kerana tidak perlu nak mengikut waktu operasi dan boleh dilakukan di mana sahaja. Sekarang, lebih jelas kan tentang kelebihan memasarkan kedai offline secara online?


Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Tip Memasarkan Kedai Offline Secara Online”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.