Strategi Berniaga di Shopee
Media sosial tidak asing lagi kepada para usahawan untuk meniaga kerana ianya mendatangkan kesan positif kepada mereka. Tetapi, jangan dilupakan platform Shopee yang juga membolehkan usahawan untuk berniaga. Hari ini, Cik Min nak kongsikan sedikit tentang Strategi Berniaga di Shopee.
Haa, mesti ramai tertunggu-tunggu untuk belajar tentang platform Shopee, kan? Sebelum itu, Cik Min nak tanya, tuan puan sudah pernah berniaga di Shopee? Jika belum, ini lah peluang tuan puan untuk mempromosikan perniagaan melalui platform Shopee!
Apa itu Shopee?
Shopee merupakan platform perniagaan terbesar dan talian e-dagang terkemuka di Asia Tenggara. Ia juga menyediakan pengalaman membeli belah dalam talian yang mudah, selamat dan cepat melalui sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.
Shopee juga membenarkan para peniaga untuk melakukan perniagaan dengan mudah kerana segala tools sudah tersedia untuk digunakan. Jadi, mari kita selami dengan lebih dalam tentang strategi berniaga di Shopee.
Strategi Berniaga di Shopee
1. Gunakan Gambar yang Menarik
Gambar merupakan gambaran tentang produk yang dijual. Dengan menggunakan gambar yang jelas, menarik dan berkualiti, pastinya ia akan menarik minat pembeli. Gambar yang menarik juga penting untuk menjelaskan kualiti produk dan servis tuan puan.
Jikalau gambar yang diambil tidak menarik, tuan puan boleh menggunakan aplikasi yang bersesuaian untuk edit gambar tersebut seperti Canva.
2. Daftar Shopee Free Shipping Program
Platform Shopee telah menyediakan satu program kepada para peniaga iaitu Free Shipping Program. Program ini memberi kemudahan kepada para peniaga untuk tidak perlu membayar kos penghantaran produk bawah 5kg.
Hal ini pastinya membuatkan pembeli tertarik kerana mereka tidak perlu membayar untuk kos pengangkutan. Peniaga boleh dapatkan maklumat tentang program ini di sini.
3. Membuat Diskaun | Strategi Berniaga di Shopee
Selain melakukan penghantaran secara percuma, diskaun juga membuatkan pelanggan tertarik terhadap produk yang dijual. Shopee telah menyediakan tools di mana peniaga boleh membuat potongan harga dan jumlah diskaun akan tertera pada produk.
4. Sertai Kempen Jualan
Shopee sering melakukan kempen jualan besar-besaran setiap tarikh seperti 1.1, 2.2, 3.3, dan sebagainya serta kempen lain seperti Payday Sale. Oleh itu, ramai pelanggan yang menanti-nantikan promosi pada hari berkenaan.
Oleh itu, disarankan kepada para peniaga untuk membuat diskaun dan menawarkan penghantaran percuma. Hanya seller yang sertai kempen sahaja yang akan memaparkan logo Free Shipping dan promosi khas.
Berniaga bersama Shopee | Strategi Berniaga di Shopee
Wah! Banyak rupanya strategi berniaga di Shopee yang boleh digunakan dan diaplikasikan oleh para peniaga yang baru. Selain itu, hal ini dapat mendedahkan dengan cara lain untuk melakukan pemasaran selain di media sosial.
Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang “Strategi Pemasaran di Shopee”. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa untuk membaca lebih banyak artikel menarik di Lunastory.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.