Snek Rangup Kacang Gula | Noors:PeDAS
Salam perkenalan buat semua pembaca artikel “Snek Rangup Kacang Gula | Noors:PeDAS” dari Cik Lis LunaStory. Untuk pengetahuan semua, LunaStory melancarkan satu siri pengenalan kepada usahawan program PeDAS. Anda boleh membaca sedikit penerangan tentang program PeDAS di bahagian nota kaki artikel ini.
Kacang gula adalah sejenis makanan yang manis dan rangup. Ianya diperbuat daripada kacang yang digoreng tanpa minyak (sangai) dan diselaputi dengan gula yang dicairkan.
Jika anda mencari resepi untuk membuat snek rangup kacang gula ini, anda mungkin ingin mahu mencarinya dengan kata kunci yang lain juga untuk memaksimumkan pencarian anda. Antara kata kunci pilihan lain adalah:
kacang potong|bepang kacang|candied roasted nuts
Cara Membuat Snek Rangup Kacang Gula
Jika anda mencari resepi untuk kacang gula ini, anda akan mendapati bahan-bahan yang paling asas untuk pembuatan kacang gula ini adalah sangat ringkas, iaitu:
- kacang tanah
- gula pasir
- bijan
Cuma kalau diamati, ada sesetengah resepi tidak langsung menggunakan bijan. Tujuan utama menggunakan bijan adalah untuk memastikan agar adunan kacang tidak melekat pada permukaan loyang nanti.
Ada beberapa video yang anda boleh tonton untuk melihat sendiri langkah-langkah membuat kacang gula. Antaranya adalah
Youtube: Bepang Kacang dari Azie Kitchen (2,028 tontonan)
Resepi ini tidak menggunakan bijan, tetapi adunan kacang yang telah digaul dengan gula perlu dipotong dengan cepat sebelum ia menyejuk. Marjerin juga digunakan dan dimasukkan ke dalam adunan gula hangus yang dicairkan.
Instagram: Resepi bepang dari @kakakfaa (4,631 tontonan)
Resepi ini menggunakan bijan bagi mengelakkan adunan kacang melekat di loyang stainless steel.
Wikipedia: Bepang
Ada 8 langkah mudah yang boleh diikuti.
Apa yang anda dapat buat kesimpulan daripada kebanyakan resepi bepang atau kacang gula adalah:
- kacang perlu disangai (goreng tanpa minyak) terlebih dahulu
- kacang tidak perlu ditumbuk halus
- gula dimasak sehingga ia mencair atau menjadi karamel
- adunan kacang perlu menggunakan loyang logam bagi mengelakkan daripada ia melekat dan sukar untuk dikeluarkan kemudian.
- penggunaan bijan untuk mengelakkan adunan kacang daripada melekat di atas loyang nanti adalah optional.
- adunan kacang dipotong segera sebelum ia mula menyejuk.
…kalau rasa tiada masa, nak beli pun boleh (◕ᴗ◕✿)
Dengan menggunakan kacang yang berkualiti tinggi, kacang gula komersial ini mempunyai rasa manis yang mencukupi dan ketebalannya membuatkan orang puas memakannya. Produk ini adalah keluaran bumiputera dari Balik Pulau, Pulau Pinang.
Ingin mengintai produk-produk lain usahawan PeDAS ini? Ataupun ingin merasa sampel, pertanyaan lanjut dan sebagainya? Anda boleh ikuti mereka di laman media sosial di:
Ataupun, kunjungi kedai mereka di alamat ini:
LOT 4, ZON PEMPROSESAN MAKANAN GENTING, JALAN PERMATANG TEPI, 11000 BALIK PULAU, PULAU PINANG
Sekian sahaja dari LunaStory. Jumpa lagi di siri usahawan PeDAS lain yang akan datang ya!
Entri Pertama|| Kacang Potong Noors Cookies | Usahawan PeDAS
Entri Kedua|| Door Gift Kacang Potong | Noors:PeDAS
Artikel ini ditulis bersempena dengan program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [press release] [mdec e-commerce page]