Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan PUNB
Tidak dinafikan ramai peniaga dan usahawan di negara kita terjejas akibat pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia dan Malaysia. Ramai usahawan terpaksa gulung tikar dan menyebabkan perniagaan mereka terpaksa ditutup. Oleh hal yang demikian, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) mengambil inisiatif untuk memperkenalkan Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan.
Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 2.0 atau SPUR 2.0 merupakan sebuah inisiatif lanjutan daripada SPUR yang telah diperkenalkan oleh PUNB pada 7 Mei 2021. Skim ini sebagai usaha untuk membantu individu Bumiputera yang ingin dan telah menceburi bidang perniagaan akibat kehilangan pekerjaan ekoran penularan pandemik.
Informasi yang bermanfaat ini Cik Min dapatkan daripada portal Edu Bestari. Mari ikuti perkongsian dengan lebih lanjut berkenaan skim ini di bawah.
1. Objektif SPUR 2.0
Pelaksanaan SPUR 2.0 oleh PUNB adalah bertujuan untuk:
- Meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan.
- Menyediakan kemudahan dari aspek kewangan dan pembangunan keusahawanan.
- Memastikan usahawan dan perniagaan Bumiputera kekal berdaya saing dan berdaya tahan.
- Mempergiat aktiviti perniagaan dan meningkatkan ekonomi.
2. Pakej Pembiayaan – Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan PUNB
- Jumlah pembiayaan: Pembiayaan maksima RM100,000
- Tempoh pembiayaan: Sehingga 5.5 tahun (termasuk 6 tahun moratorium)
- Kadar keuntungan: 3.5% setahun berdasarkan (kadar baki bulanan)
3. Syarat Kelayakan – Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan PUNB
Berikut merupakan syarat kelayakan bagi permohonan SPUR 2.0.
Usahawan – Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan PUNB
- Individu Bumiputera yang telah hilang pekerjaan akibat penyusutan ekonomi ekoran penularan wabak COVID-19.
- Berumur antara 18 hingga 55 tahun ketika memohon.
- Pemohon mestilah pemilik atau pemegang saham utama syarikat/perniagaan.
- Pemohon perlulah mengikut format permohonan yang telah ditetapkan di portal SPUR.
Perniagaan
- Ingin memulakan perniagaan atau telah beroperasi.
- Menjalankan perniagaan sepenuh masa.
- Dimiliki dan diterajui sekurang-kurangnya 70% oleh Bumiputera.
- Entiti milikan tunggal/perkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)/Sendirian Berhad.
- Perniagaan dari rumah atau beroperasi dari premis perniagaan.
- Tidak bercanggah dengan prinsip Syariah.
- Keutamaan diberikan kepada yang telah mula menjalankan perniagaan.
4. Senarai Dokumen yang Diperlukan
Untuk tujuan permohonan:
A) Perniagaan yang Telah Beroperasi – Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan PUNB
- Surat/bukti pemberhentian kerja beserta pengesahan penerimaan surat (mula diberhentikan kerja dari Januari 2020).
- Rancangan Perniagaan (pemohon perlu mengisi maklumat diperlukan semasa permohonan mengikut format yang telah ditetapkan).
- Salinan Kad Pengenalan pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham (ditanda palang “Untuk kegunaan PUNB sahaja”).
- Gambar berukuran pasport pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham (kemas dan berkolar bagi lelaki).
- Penyata akaun transaksi perniagaan atau rekod jualan perniagaan bagi tempoh 3 bulan terkini
- Pendaftaran syarikat:
- Pendaftaran Enterpris – Borang D (Milikan Tunggal/Perkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP))
- Sendirian Berhad – Borang 9, 24, 44, 49, 32A, M&A atau Seksyen 17, 78, 46(3), 58, (Sdn Bhd), 105, Perlembagaan atau yang setara
B) Baru Ingin Memulakan Perniagaan
- Salinan Kad Pengenalan pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham (ditanda palang “Untuk kegunaan PUNB sahaja”).
- Surat/bukti pemberhentian kerja beserta pengesahan penerimaan surat (mula diberhentikan kerja dari Januari 2020).
C) Video syarikat dan perniagaan (pemohon hanya perlu sediakan pautan). Spesifikasi video adalah seperti berikut:
- Video dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
- Sumber pautan dari YouTube (video haruslah terus kekal berada di YouTube sehingga keputusan permohonan pembiayaan diperolehi).
- Durasi maksimum video selama 3 minit.
- Pengenalan latar belakang perniagaan dan syarikat.
- Penerangan tentang produk atau perkhidmatan ditawarkan.
- Keistimewaan produk atau perkhidmatan.
- Video haruslah kreatif dan menarik.
5. Untuk Tujuan Penyaluran Pembiayaan:
- Sijil Perniagaan SSM/Sijil Profesional.
- Invois sebut harga.
- Penyata akaun bank – bukti nombor akaun syarikat/perniagaan.
- Surat Kebenaran Akad.
- Surat Akujanji.
- Notis Pengeluaran.
- Resolusi Lembaga Pengarah (Sendirian Berhad) – penerimaan kemudahan pembiayaan.
- Surat Persetujuan Penerimaan Pembiayaan (LLP).
- Data Perlindungan Peribadi (PDP2).
6. Proses Permohonan Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan PUNB
- Pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu di butang DAFTAR SEKARANG sebelum membuat permohonan pembiayaan.
- Setelah mendaftar, pemohon perlu memuat naik dokumen dan pautan video perniagaan yang diperlukan untuk proses penilaian. Sila pastikan pemohon menghantar dokumen yang lengkap mengikut kategori pilihan pembiayaan.
- PUNB akan menghubungi pemohon melalui panggilan telefon, emel atau SMS bagi memaklumkan status kelulusan permohonan untuk proses seterusnya iaitu menandatangan dan serahan surat tawaran pembiayaan.
7. Sektor Pembiayaan
Sektor Dibiayai
- Perniagaan dalam bidang peruncitan
- Sistem & automasi
- Kesihatan
- Hospitaliti
- Penggerak perniagaan (pembangunan perisian, logistik, penggudangan & perkhidmatan penghantaran)
- Kreatif (kraftangan, cenderahati, seni lukis, seni halus (kaligrafi), animasi (infografik), hiasan dalaman dan fesyen)
Sektor Tidak Dibiayai
- Pertanian & perlombongan
- Perumahan & hartanah (aktiviti perniagaan melibatkan kerja-kerja pembinaan)
- Kewangan (Pembiayaan dan pajakan samada produk kewangan/bukan kewangan, bitcoin, dagangan wang asing (forex), pajak gadai dan perkhidmatan kiriman wang)
8. Soalan Lazim Berkaitan SPUR
Maklumat di bawah merupakan soalan lazim yang boleh dijadikan rujukan untuk anda yang ingin memohon SPUR 2.0 ini.
Cara Pembiayaan Pembayaran:
Pembayaran boleh dilakukan melalui perbankan dalam talian atau JomPAY.
Tempoh Pembiayaan SPUR 2.0:
Tempoh pembiayaan SPUR 2.0 adalah sehingga 66 bulan atau 5.5 tahun termasuk 6 bulan moratorium.
Untuk maklumat serta pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUNB di talian 1300-13-7862 atau emel di customerservice@punb.com.my.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya