Serunding HajiWan Pelengkap Juadah Raya

June 15, 2023 by No Comments

Raya Haji dah dekat! Pelengkap juadah Hari Raya Haji semestinya wajib disajikan bersama serunding Kg Laut HajiWan yang pasti membuka selera seisi keluarga.

Serunding adalah sejenis makanan tradisional di Malaysia. Serunding merujuk kepada hidangan yang terdiri daripada daging yang dikisar halus, biasanya daging lembu atau ayam, yang dimasak sehingga kering dan rangup. Kebiasaannya diperasakan dengan pelbagai rempah-ratus.

Harini Cik Min nak kongsikan sedikit tentang kejayaan seorang pengusaha produk serunding yang telah berjaya menembusi pasaran ASEAN.

Tentang Serunding Kg Laut HajiWan

Wan Abdullah Wan Salleh, atau lebih dikenali sebagai HajiWan merupakan pengasas kepada Richness Foods Industry yang ditubuhkan pada 29 September 2015, sejak tahun 2006 sehinggalah sekarang dalam kategori makanan & minuman.

Industri serunding ini bermula sejak tahun 1976, iaitu dengan memasarkan hasil serunding (daging, ayam, dan ikan) di kawasan kampung dan sekitarnya di Kampung Laut Tumpat, Kelantan. Penjualan mereka dilakukan secara on dan off mode pada mulanya.

  • Serunding HajiWan Pelengkap Juadah Raya

Pada tahun 2000, keluarga Haji Wan mula memasarkan produk serunding di Pasir Mas, Kuala Krai, Kota Bharu, dan di luar Kelantan. Pada tahun 2010, mereka memperluas pemasaran produk ke Lembah Klang, Kuala Lumpur, terutamanya semasa bulan Ramadan.

Sejak tahun 2016, di bawah Richness Foods Industry, serunding ini dipasarkan dengan jenama HajiWan Serunding Kg. Laut dan menyasarkan pelanggan di seluruh negeri dan dalam masa terdekat, di pasaran luar negara.

Pada tahun 2020, HajiWan Serunding Kampung Laut telah ditempatkan di 75 Stesen Petronas, 10 Shell Station, 10 Petron Station, 30 Giant Hypermarket, Kios Pusat Beli-belah, Halal & Frozen Mart, dan restoran, terutamanya di Lembah Klang.

Serunding HajiWan Pelengkap Juadah Raya Haji

Serunding adalah hidangan yang lazim dijamu bersama juadah-juadah lainnya sebagai pelengkap menu hidangan pada Hari Raya Haji yang disambut setahun sekali. Serunding kebiasaannya dimakan bersama-sama dengan nasi himpit, ketupat nasi, ketupat palas, ketupat daun palas, lemang dan lain-lain.

Resipi Serunding HajiWan diwarisi semenjak 1976, resipi asli turun-temurun dari nenda Haji Wan. Bahan-bahan yang digunakan juga adalah bahan terpilih yang segar, bersih dan dijamin halal! Serunding HajiWan ini sangat sesuai untuk dibawa pulang ke kampung halaman sebagai pelengkap juadah hari raya dan dinikmati seisi keluarga.

Testimoni Serunding HajiWan

Masih ragu-ragu nak dapatkan produk HajiWan Serunding? Mari dengarkan apa kata daripada salah seorang pelanggan tetap serunding HajiWan.

Tuan puan juga boleh mencuba merasai keenakan serunding dalam pek tester secara PERCUMA di HajiWan Serunding Store, sebelum membuat sebarang pembelian. Apa tunggu lagi? Jom dapatkan serunding Kampung Laut HajiWan sekarang!

Rugi kalau tak cuba…

Sekian sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang “Serunding HajiWan Pelengkap Juadah Raya”. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa untuk membaca lebih banyak artikel menarik di Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.