Review Filem Motif
Pihak Lunastory telah dijemput untuk review Filem Motif di acara Malam Gala dan Tayangan Perdana Filem Motif yang diadakan di MM2 Cineplexes E-Curve, Damansara.
Para jemputan di jamu dengan pelbagai makanan dan manisan sebelum acara bermula. Jemputan terdiri daripada pelbagai pihak media, wartawan hiburan, blogger dan ramai artis tempatan yang datang untuk memberikan sokongan.
Review Filem Motif – Nota Produksi
Tajuk Filem : Motif
Tarikh Tayangan : 26 September 2019
Genre : Jenayah & Keluarga
Filem Terbitan : Wayang Works Sdn Bhd
Pengarah : Nadiah Hamzah
Penerbit : Mohammad Bahir, Farha Al Amin
Review Filem Motif – Barisan Pelakon
- Sharifah Amani – Inspektor Dewi
- Datuk Rosyam Nor – Hussein
- Iedil Dzuhrie Alaudin – Faisal
- Taqim Zaki – Inspektor Rizal
- Emma Tosh – Yasmin
- Fadhli Masoot – Azlan
- Sherie Merlis – Suri
- Azhan Rani – Kamal
- Khayrani Kemal – Anna Hussein
- Sharmin Edora – Anis Hussein
Review Filem Motif – Sinopsis
Filem Motif mengisahkan Inspektor Dewi lakonan Sharifah Amani telah ditugaskan untuk menyiasat kehilangan seorang remaja bernama Anna iaitu anak kepada Hussein (Datuk Rosyam Nor).
Siasatan Inspektor Dewi telah membawa kepada penemuan mayat Anna yang kemudiannya membawa kepada beberapa orang suspek termasuk bapanya sendiri iaitu Hussein.
Pada masa yang sama, tugasan Inspektor Dewi itu secara perlahan-lahan membongkar masalah kehidupan peribadinya. Berkongsi suami dalam perkahwinan, Dewi berusaha untuk mendapatkan perhatian suami, tambahan lagi isteri pertama sudah mempunyai anak.
Review Filem Motif – Ulasan
Sebelum menonton filem Motif ini, sudah tentunya kami menjangkakan yang terbaik berdasarkan barisan pelakon yang sangat berpengalaman dan berbakat.
Semestinya filem Motif ini tidak mengecewakan dan mendapat tepukan gemuruh daripada penonton selepas tayangan selesai. Lakonan amat mantap daripada Sharifah Imani dan semestinya Datuk Rosyam Nor.
Review Filem Motif – Ulasan Jalan Cerita
Penulis berpendapat Filem Motif mempunyai jalan cerita yang menarik kerana memaparkan kisah misteri pembunuhan yang membawa kepada pelbagai aggapan dan kemungkinan tentang siapa pembunuh, mengapa dan apakah motif pembunuhan tersebut.
Plot cerita tidak terlalu laju dan banyak bermain dengan emosi turut membuat penonton dibuai dengan persoalan apakah yang akan berlaku seterusnya. Ini membuatkan penonton tidak merasa bosan.
Review Filem Motif – Ulasan Pengarah
Pengarahnya, Nadiah Hamzah berkata, idea untuk menghasilkan filem Motif adalah ilham daripada penerbitnya sendiri iaitu Muhammad Bahir.
“Beliau mendapat ilham untuk filem Motif ini berdasarkan pengalaman pakciknya yang menguruskan perkahwinan di Songkla, Thailand.
Jadi kami berdua telah berbincang untuk mengembangkan cerita poligami yang berlatarkan genre pembunuhan misteri “
Nadiah Hamzah
Jadi tidak hairanlah beliau juga turut memaparkan babak Inspektor Dewi ke Songkla dan bertemu dengan Jurunikah di sana dalam menjalankan siasataan pembunuhan Anna.
Para penonton sangat terhibur semasa babak tersebut kerana adegan yang kelakar dan menghiburkan.
Review Filem Motif – Ulasan Pelakon Sharifah Amani
Sharifah Amani membawakan watak Inspektor Dewi dengan baik walaupun beliau belum pernah membawa watak sebagai pegawai polis di dalam mana-mana drama atau filem sebelum ini.
Menurutnya, dia menerima watak berlakon dalam filem Motif kerana ingin menguji diri sendiri dengan kelainan watak serta memperjuangkan ketabahan kaum wanita
“Tidak dinafikan begitu banyak cabaran yang dilalui, malah Motif antara filem yang paling sukar untuk saya laksanakan sepanjang 15 tahun berlakon kerana ianya menguji mental, fizikal dan emosi ” ujarnya.
Sharifah Amani
Sharifah Amani membawa watak sebagai Inspektor Dewi dari Kuala Lumpur yang ditugaskan ke Tanah Merah untuk membantu siasatan kehilangan Anna iaitu anak kepada Hussein dan Suri (Sherie Merlis).
Walaupun pertama kali membawa watak sebagai pegawai polis, Sharifah Amani tidak mengecewakan. Pelakon yang berbakat ini membuktikan dirinya mampu menghidupkan watak Inspektor Dewi. Pegawai polis wanita yang tegas menjalankan tugas pada masa yang sama dia terpaksa mengawal emosi sebagai isteri yang berkongsi suami.
Mempunyai tubuh yang kecil dan beraut wajah muda, tidak menjadi halangan bagi Sharifah Amani untuk menyakinkan para penonton dengan karektornya sebagai seorang Inspektor polis yang tegas dan lasak.
Review Filem Motif – Ulasan Pelakon Datuk Rosyam Nor
Datuk Rosyam Nor pula mengatakan dia begitu tertarik dengan wataknya dalam filem Motif tersebut yang mengelirukan penonton dan tidak dapat di baca sama ada dirinya seorang antagonis atau sebaliknya.
“Saya suka sebab boleh membuatkan penonton berfikir dan kekeliruan dalam mereka menilai watak saya sebagai Hussein”
Datuk Rosyam Nor
Sudah semestinya kita tak dapat meneka sama ada Hussein terlibat atau tidak dalam kes pembunuhan anaknya Anna. Ini adalah kerana Datuk Rosyam Nor melakonkan watak Hussein dengan begitu berkesan.
Hussein adalah seorang usahawan yang sangat berpengaruh di Tanah Merah tetapi mempunyai masalah kewangan di dalam perniagaannya dan terpaksa menanggung bebanan hutang untuk pembinaan sebuah banglo.
Inspektor Dewi telah meletakkan Hussein sebagai suspek utama kes, kita sebagai penonton akan terkeliru kerana Hussein begitu sedih dan tak dapat menerima kenyataan di saat penemuan mayat anaknya oleh Inspektor Dewi di kawasan pembinaan banglo beliau.
Permainan emosi oleh Hussein menjadi tanda tanya kepada penonton apakah motif seorang bapa sekiranya dia terlibat dengan pembunuhan anaknya? Apakah sebenarnya yang dirahsiakan oleh Hussein?
Jadi pastikan anda menonton filem ini untuk merasai kekeliruan dan tanda tanya ini.
Review Filem Motif – Ulasan Untuk Para Pelakon
Barisan Pelakon yang lain melengkapkan jalan cerita Motif seperti watak Inspektor Rizal yang bertugas sebagai pegawai polis yang menyiasat kes kehilangan Anna.
Inspektor Rizal
Walau pada permulaannya Inspektor Rizal tidak mengalu alukan kedatangan Inspektor Dewi kerana tidak bersefahaman dalam caranya menjalankan siasatan. Namun meraka akhirnya bekerjasama untuk merungkai misteri pembunuhan Anna.
Kerjasama mereka membawa kepada beberapa bukti berkaitan pembunuhan Anna termasuk berjumpa dengan keluarga Yasmin iaitu seorang wanita yang istimewa kepada Hussein. Perjumpaan tersebut menemukan mereka kepada satu petunjuk yang mengejutkan mereka.
Suri dan Kamal
Watak Sherie Merlis sebagai isteri Hussein juga menambahkan kekeliruan penonton sama ada Hussein terlibat atau tidak dalam kes tersebut. Hubungan mereka juga agak berantakan dan pernah hampir bercerai sebelumnya.
Rupa-rupanya Suri juga berkomplot dengan Kamal yang dilakonkan oleh pelakon yang amat berbakat iaitu Azhan Rani. Ini membuatkan penonton tertanya-tanya adalah mereka juga terlibat dengan kes pembunuhan Anna? Apakah motif seorang ibu yang sanggup membunuh anaknya?
Kamal rupa-rupanya menuntut hutangnya daripada Hussein. Dikatakan Hussein tidak membayar hutangnya dalam sejumlah yang besar dan membuatkan Kamal betul-betul marah kepada Hussein. Adakah Kamal yang membunuh Anna? Kerana dendam Kamal kepada Hussein juga boleh di ambil kira sebagai motif pembunuhan Anna.
Azlan, Faisal dan Anis
Misteri pembunuhan Anna turut menjadikan Azlan lakonan Fadhli Masoot sebagai suspek. Apatah lagi Azlan turut menjadi antara individu yang terakhir dilihat bersama Anna. Azlan juga yang menemui bag Anna dan menyimpan Diari milik yang akhirnya diserahkan kepada Inspektor Dewi. Adakah betu Azlan yang membunuh Anna?
Faisal yang bekerja sebagai pembantu di kedai makan berhampiran dengan rumah penginapan Dewi. Faisal melayan Dewi dengan baik setiap kali Dewi makan di kedainya. Walau pun wataknya kecil tetapi dengan wujudnya watak Faizal menambahkan tarikan jalan cerita Motif.
Anis adalah anak kepada Hussein dan Suri yang amat merasakan kehilangan kakaknya Anna. Anis mengharapkan Dewi agar dapat mencari pembunuh kakaknya dan membantu Dewi memberikan petunjuk kepada kes pembunuhan kakaknya.
Hubungan mereka adik beradik amat rapat. Anna juga pernah membeli sepasang aksesori dan salah satunya diberikan kepada Anis dan akhirnya, tanpa disedari aksesori tersebut menjadi petunjuk kepada kes pembunuhan Anna.
Review Filem Motif – Pengakhiran Cerita
Para peminat cerita Melayu sudah semestinya mengharapkan pengakhiran yang jelas mengenai siapa yang terlibat di dalam kes pembunuhan Anna. Dan siapakah yang sebenarnya membunuh Anna dan apakah motif sebenar pembunuhan tersebut?
Sudah pasti anda semua kena menonton filem Motif kerana kesudahannya tidak seperti yang kita sangka.
Emosi yang dibawakan oleh para pelakon amat baik tidak akan membuatkan kita bosan untuk mengikuti kisah ini sehingga ke akhirnya.
Review Filem Motif – Penilaian Keseluruhan
Secara keseluruhannya, review Filem Motif adalah satu filem yang di garap dengan baik dan disokong dengan lakonan yang berkesan oleh para pelakonnya.
Pengakhiran yang agak baik untuk sebuah filem pembunuhan misteri. Persoalan terjawab dan masih menjadi tanda tanya. Mungkin pengarah mahukan penonton memberikan jawapan yang tersendiri kerana Motif setiap orang adalah berbeza.
Apa pun Motif kita menonton filem Motif ini adalah diharapkan kita mengambil iktibar ke atas apa yang dipaparkan. Kegigihan seorang wanita, kasih sayang seorang bapa, pengorbanan seorang isteri, rindu seorang ibu, kehilangan seorang adik, perasaan dendam yang tidak dapat dibendung dan sebagainya.
Selamat menonton kepada semua.