Review Filem Kung Fu Panda 4

March 9, 2024 by No Comments

Dalam artikel ni Cik Luna nak kongsi review filem Kung Fu Panda 4 dan 5 pengajarannya untuk usahawan. Walaupun tengok filem, mesti ada sesuatu yang boleh kita pelajari bagi pendiri bisnes kan. Review ini mengandungi spoiler jadi tuan puan berhenti baca, tonton dulu baru balik baca review ni ya.

Review filem Kung Fu Panda 4

Pengajaran pertama – Just be kind

Siapa yang mengikuti Po dari Kung Fu Panda 1 mesti setuju dengan Cik Luna yang Po ni sangat baik. Ada masa yang kita sebagai penonton rasa dia sepatutnya marah tapi dia dok la begitu juga. Tetap bersangka baik terutama dengan orang yang pernah rapat dengannya (terutama family and friends). Up to the level dikhianati kawan pun dia tak pukul kawan tu. Marah tetaplah marah, marah cara Po.

Pengajaran kedua – Perubahan itu baik untuk kita

Dalam Kung Fu Panda 4, Po kena berubah iaitu dapat naik pangkat (promotion). Dia rasa itu bukan dia iaitu position baru dia tu. Dia rasa dia tak boleh buat. Dan kenapa nak berubah kalau kita dah elok, comel, biasa dengan keadaan kita sekarang?


Ayah Po kata yang dia pun selalu kena tukar menu mee dia sebab kalau dia tak ubah, mee nya akan kehilangan rasa (rasanya betul dia kata begini).

Begitu juga usahawan. Bersyukurlah kalau ada orang beritahu yang kita kena berubah. Sebab orang tu kisah tentang kita.

Pengajaran ketiga – Buatlah perubahan walaupun sedikit

“No matter small your step was, it will still leave a path.”

Kung Fu Panda 4

Pernah kan kita rasa penat buat apa yang kita buat tapi tak capai apa-apa kejayaan lagi? Tak nampak ke mana nak dituju walaupun dah hari-hari buat konten di media sosial.

Boleh jadi pendiri bisnes dah come up dengan macam-macam strategi tapi rasa belum berhasil. It’s ok, tugas kita hanya berusaha. Hasilnya akan tiba, cuma kita perlu percaya.

Pengajaran keempat – Keluarga sangat penting

Kita tak memilih keluarga kita tapi Tuhan memilihnya untuk kita. Keluarga kita boleh jadi orang yang suka mengusik, menegur atau macam-macam lagi yang kita salah sangka. Namun sebenarnya mereka menyayangi kita dengan cara mereka. Cara yang tak dapat diterangkan dengan banyaknya kata-kata dalam dunia. Andai perlu bertukar nyawa pun, ibu bapa kita sanggup. Bila kita tiada, keluarga lah yang paling terasa.

Sesibuk mana pun kita sebagai usahawan, luangkan juga masa bersama mereka ya.

Pengajaran kelima – Semua orang ada keunikannya

Po mungkin tak sama dengan ‘Dragon Warrior’ yang sebelum ini atau yang akan datang. Kadang tu bukan orang sahaja yang meragui kita, kita pun meragui kebolehan diri sendiri.
Bila kita terima yang kita berbeza, dengan cara kita – hati kita akan tenang.

Begitu juga orang lain yang tak sama dengan kita dan kita menerimanya. Kita mendorongnya ke arah kejayaan. Kita yakin padanya dan pada diri kita sendiri. Tuhan tak pernah salah dalam mencipta kurang dan lebih kita.

Ok ini 5 pengajaran dari review filem Kung Fu Panda 4. Ada juga beberapa scene yang saya rasa saya ada pendapat sendiri hahaha lebih-lebih lagi ending filem ini. Tapi saya menghormati keputusan pengarah dan jalan cerita yang mahu dibawanya terutama untuk sequel seterusnya (jika ada).

Baca review tentang filem Kung Fu Panda 4 di sini
Cik Luna ada review filem-filem lain di link ini

Let us know what do you think about this movie at the comment section!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.