Review Filem KL Vampires
Hari ini Cik Luna akan kongsikan tentang filem terbaru iaitu review filem KL Vampires. Filem ini akan ditayangkan pada 14 November 2019 dibintangi oleh Raja Ilya, Josiah Hogan, Aeril Zafrel, Reen Rahim dan lain-lain lagi. Ianya adalah tentang ‘Kisah Vampires Mahu Merebut Takhta Kekuasaan’.
Review ini MUNGKIN MEMPUNYAI SPOILER dan Tuan/Puan dicadangkan membaca semula selepas menonton filem ini di pawagam.
KL Vampires? Cerita apa tu? Jom kita baca Review Filem KL Vampires ni.
Benarkah Vampires itu wujud?
Sebagai manusia kita tidak pernah tahu tentang kewujudan vampires dalam kalangan mereka. Dan dalam dunia sebenar, vampires sentiasa dianggap sebuah mitos dan kalau buat selinga cerita waktu malam sebelum tidur tu mesti seram!
Kenapa Kena Menonton Filem KL Vampires?
Cinemaya Studios Sdn. Bhd. adalah syarikat yang menerbitkan filem berjudul KL Vampires. Dan LunaStory hadir untuk review filem KL Vampires.
Pengarahnya, Daven R. berkata, minat yang mendalam terhadap filem-filem fiksyen seperti Star Wars dan Close Encounters Of The Third Kind telah mencetuskan idea kepadanya untuk menghasilkan filem fiksyen.
Ujarnya, pada tahun 2012 dia terbaca sebuah tulisan seorang blogger yang menggunakan nama Nazri Vovinski tentang vampires.
“Dalam tulisannya itu, dia mengatakan tentang kewujudan vampires di Malaysia dan tulisannya itu agak melucukan.
“Kemudian saya bermimpi pula tentang adanya seorang vampire jahat yang ingin menguasai dunia dan mulai saat itu saya bertekad untuk menghasilkan sebuah filem vampires,” ujarnya.
Menurutnya, setelah melakukan penyelidikan tentang vampires dia akhirnya telah berjumpa dengan Nazri untuk menghasilkan skrip KL Vampires.
Review Filem KL Vampires akan berkongsi tentang pengalaman sepanjang menonton filem ini.
Bila Penggambaran Filem KL Vampires Bermula?
“Saya tidak berputus asa dan meneruskan lagi penyelidikan sehinggalah terbaca tentang mitos Raja Bersiong.
“Ternyata mitos Raja Bersiong itu memberikan saya idea untuk mencipta sebuah universe vampires di Malaysia dengan terhasilnya KL Vampires,” ujarnya.
Mengenai pembikinan filem tersebut, Daven memberitahu ia dilakukan di Kuala Lumpur (35 hari) serta beberapa buah lokasi di Jogjakarta. Salah satunya ialah di Istana Air Taman Sari (20 hari) pada tahun 2016.
Siapa Pelakon yang Terlibat dalam Filem KL Vampires?
“Sebelum ini saya memang teringin untuk bekerja di bawah arahan Daven R. dan hampir menjayakan sebuah projek, tetapi ia tidak dapat dilaksanakan.
Raja Ilya sebagai Ratu Citra Sari
“Kemudian apabila mendapat tawaran berlakon dalam filem KL Vampires, saya rasa tidak boleh menolaknya kerana percaya dengan hasil kerjanya yang sangat membanggakan,” ujarnya.
Jelas Ilya, apa yang membuatkan dia lebih teruja apabila pihak produksi memberitahu akan membawa kareografer daripada filem The Raid Redemption untuk terbabit dalam filem berkenaan.
Ujarnya, kareografer yang dibawa seperti Donny Alamsyah dan Cecep Arif Rahman yang turut berlakon dalam KL Vampires turut membuatkan dirinya kagum dan yakin filem berkenaan akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa.
Ujarnya, jarang mendapat watak utama sebagai hero juga menjadi salah satu sebab, selain mahu merebut peluang yang diberikan serta mahu mencabar dirinya sebagai seorang pelakon.
“Dalam filem ini saya membawakan watak sebagai Shah, seorang ketua parajurit kepada Ratu Citra Sari yang mempunyai sejarah bercinta dengan manusia.
Josiah Hogan sebagai Vampire
Apakah Sinopsis Review Filem KL Vampires?
Filem KL VAMPIRES mengisahkan tentang dua kumpulan vampire yang merupakan keturunan kepada Raja Bersiong. Mereka tidak lagi menghisap darah manusia, sebaliknya menggunakan darah sintetik sebagai penggantian kepada darah.
Kerajaan vampires yang paling kuat ketika itu diketuai oleh seorang Ratu Vampire iaitu Ratu Citra Sari dan dibantu ketua komandan iaitu Shah. Manakala sebuah lagi kumpulan diketuai Argus yang merupakan anak kepada Panglima Adi Wijaya dan telah mengkhianati Raja Bersiong iaitu ayah kepada Ratu Citra Sari.
Kira-kira 200 tahun yang lalu, Raja Bersiong telah membunuh Adi Wijaya serta bala tenteranya dengan menimbus mereka di dalam tanah menerusi mantranya. Argus cuba membangkitkan semula tentera-tentera tersebut dan ia hanya dapat dilakukan dengan pisau bersiong dan mantra istimewa.
Ulasan Filem KL Vampires
Kisah dimulakan dengan pergaduhan di tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Lakonan kumpulan komander Shah agak longgar dan kelakar yang dibuat tidak menjadi terutama Alang dan Maya.
Komander Shah sendiri mempunyai tona suara yang lembut. Mungkin beliau sendiri tak mahir dalam Bahasa Melayu.
Ratu Citra iaitu Raja Ilya boleh dipuji. Anggun dari air muka dan kata-katanya.
Watak yang dimainkan oleh reporter Reem Najwa dan photographernya Kai agak bagus. Kelakar bila photographernya mula bercakap dalam Bahasa Tamil apabila mengikuti misi Reem.
Indra (lakonan Aeriel Zafriel) iaitu ahli pasukan komander Shah juga lembut. Kali kedua saya menonton lakonan beliau selepas ‘Geran’. Keduanya hampir sama. Dialognya perlahan. Terlalu perlahan dan sopan.
Lakonan Aeriel biasa biasa sahaja dan saya mencari suatu kelainan dalam dirinya tapi belum jumpa.
Namun saya percaya kehadiran beliau didalam sesebuah filem memberikan kesan baik terhadap sesebuah karya produksi.
Bercinta dengan manusia tu bahaya
Shah
Filem ini mengisahkan tentang anak Adi Wijaya yang mencari pisau gigi taring Raja Bersiong.
Pertarungan demi pertarungan berlaku demi mendapatkan pisau ini.
Pahlawan Ratu Citra berusaha mendapatkan pisau ini sekaligus menghalang anak Adi Wijaya daripada menemui pisau yang bakal membawa kerosakan kepada kerajaan sedia ada Ratu Citra.
Tonton KL Vampires di pawagam 14 November 2019 ini.
Baca review filem Geran disini.