Projek Batch#2 Telekung Wakaf untuk Jepun
Projek Telekung Wakaf untuk Jepun
60 helai telekung untuk projek telekung wakaf chiffon rose koleksi Emy Dahlia Kuala Lumpur (EDKL) akan dibawa ke Osaka pada 19 hingga 22 January 2017.
Pembukaan tahun baru, 30 helai warna kelabu dan 30 helai warna pink belacan.
Kali ini Telekung Go Solat (TGS) EDKL menjadi pilihan kerana ianya lebih ringan. Malah sesuai untuk traveller yang biasanya sudah lengkap berpakaian menutup aurat.
Kain chiffon dengan kepanjangan labuh depan 43 inci dan labuh belakang 46 inci, bukaan mukanya pula berbentuk syria (tiada dagu) dengan bukaan 10 1/2 inci.
Projek Telekung Wakaf Emy Dahlia Kuala Lumpur
Antara sebab TGS dipilih adalah kerana ianya mesra traveller kerana apabila memakainya, kita tidak membuatkannya lembap di bahagian bawah dagu, jadi ia sesuai untuk kegunaan di tempat yang berkongsi telekung.
Telekung ini akan dibawa ke Osaka dan dibahagikan di beberapa surau dan restoren Muslim yang tidak mempunyai telekung. Kehidupan disini — semuanya 4 kali ganda jadi telekung yang kita wakafkan RM100 perlu dibeli oleh mereka dengan harga hampir RM400.
Ini adalah diantara surau di tempat makan disini.
Semoga pembukaan tahun baru 2017 ini ialah tahun untuk kita belajar berwakaf bersama.
Sumbangan Tuan/Puan itu mengajar saya banyak perkara dan membuatkan saya mahu terus berusaha — dunia dan hidup selepasnya.
Projek Telekung Wakaf untuk Jepun
Kadang terfikir juga, bagaimana boleh seseorang mewakafkan tanahnya iaitu harta dunianya untuk kegunaan insan lain seperti surau, masjid dan tanah kubur (seperti di kampung-kampung). Suci betul hatinya dan kuat untuk percaya dengan rezeki dan bahagian di sana.
Sebarang perkembangan projek #2 ini akan dimaklumkan melalui FB Suraya Ali dan IG @puansurayaali
RM100 bagi setiap telekung dan akan sekarang masih kosong dan belum berpunya.
InshaAllah esok tukang jahit akan bermula kerjanya.