Poslaju Cheras : Bagaimana untuk ke sana
Poslaju Cheras
Bagi mereka yang tinggal dikawasan sekitar Cheras Kajang, Balakong — pasti mencari atau memerlukan servis dari Poslaju Cheras ni terutama apabila kita menerima bungkusan dan masa tu pulak kita tiada dirumah.
Memang kena ambil bungkusan tersebut di Pos Laju ini lah.
Bagaimana untuk ke Poslaju Balakong Cheras
Semua orang sekarang ada smart phone kan?
Wazelah ‘Pos Laju Balakong’ — anda akan menjumpainya.
Jika anda tiada waze, kena berusaha cari di Google Map atau ini alamatnya:
2, Jalan Perusahaan 3, Taman Industri Selesa Jaya,
43300 Seri Kembangan,
Selangor, Malaysia.
+60 3-8964 1257
Bagi orang yang pertama kali datang ke sini, atau dah beberapa kali datang tapi hampir terlupa keadaannya (saya lah itu).
Pos Laju Balakong berada di kawasan kilang-kilang yang seakan-akan tiada orang disana.
Siap ada gate yang mengelirukan anda samada mahu meneruskan perjalanan atau Waze mempermainkan perasaan anda (lagi) kali ini?
Teruskanlah apa yang sudah anda mulakan.
Pos Laju berada di hadapan sana.
Jalan masuk ke Poslaju Cheras
Dia betul-betul di tepi bukit dan bahagia betul duduk di hujung.
Jika anda nampak lori Pos Laju dihadapannya maka tidak syak lagi — ini lah Pos Laju yang dituju!
Tersergam bukan main besar lagi. Bangga kan jadi rakyat Malaysia hihi.
Apa kaitannya? Mestilah ada. Kami (Saya dan Pos Laju) sama-sama produk Malaysia!
Produk Malaysia yang dibanggakan
Beberapa kali datang kesini, saya akan parking di bahagian dalam gate kerana ada parking untuk pelanggan.
Ianya satu kemudahan yang sangat menggembirakan di Poslaju Cheras ini.
Banyak betul plastik yang saya kendong — kiri kanan macam makcik Kemboja meniaga dan kaya raya itu. Ameen.
Masuk dalam pejabat Poslaju Cheras, inilah keadaannya. Gambar ini dari foursquare.com
Ambil nombor dahulu
Ada beberapa tempat duduk dan cukup selesa namun kena ambil nombor dahulu untuk sebarang urusan walaupun beli setem.
Kalau nak ambil bungkusan, masukkan nota bungkusan yang posmen hantar ke rumah kita tu dalam bekas yang disediakan di kaunter — tak payah ambil nombor.
Saya menuju ke suatu sudut yang menyediakan meja dan kerusi untuk orang packing barang dah kenapa tak buat kat rumah ni ha? Hihi.
Sebab saya baru beli kotak prabayar disini. Rujuk harga sampul prabayar disini.
Cara melipat kotak prabayar (prepaid)
Mula-mula saya ingatkan nak bantu kawan-kawan untuk buat video cara memasang kotak prepaid ini tapi bila Pos Laju sudah menyediakannya, saya rasa gembira dan tinggal ambil gambar sahaja.
Ianya mudah (sangat) dan menggembirakan.
Ha a pasang kotak pun gembira.
Dari pukul 12 tengahari sampai 2 petang saya ‘berkampung’ di Pos Laju Balakong menyiapkan pesanan kawan-kawan ini. Alhamdulillah semua siap dan diiringi doa supaya selamat tiba dan dikasihi penggunanya ya!
Ini video yang disediakan untuk menggunakan mesin sampul prabayar (prepaid) Pos Laju.
Mula mula saya bijak sangat masukkan kotak dalam tu tapi tak muat rupanya tak boleh masuk kotak.
Video mesin sampul prabayar di Poslaju Cheras
Selamat menonton dan menggunakan perkhidmatan Pos Laju!