Perpustakaan Cheras : AEON Bandar Mahkota Cheras

February 16, 2017 by 5 Comments

Perpustakaan AEON Bandar Mahkota Cheras

Berita baik untuk ibubapa yang tinggal di kawasan Bandar Mahkota Cheras (BMC) ataupun Balakong yang mencari perpustakaan cheras.
Kunjungi AEON Bandar Mahkota Cheras hari ini!

Kedududukan perpustakaan cheras

Perpustakaan ini berada di tingkat 1 di bahagian hujung.
Banyak kedai yang sudah tutup di dalam AEON BMC ini ketika artikel ini ditulis.
Mungkin kawan-kawan akan keliru, dimanakah letak duduknya perpustakaan ini.
Ianya agak terpencil dan dekat dengan tandas di hujung bangunan.

Ini gambar dari luar perpustakaan mini ini.
Gambar diambil dari blog www.danlion.blogspot.com

Susun kasut sebelum masuk perpustakaan cheras

Anak-anak saya sudah beberapa kali ke sini.
Walaupun perpustakaan Cheras ini nampak kecil tapi ianya cukup bermanfaat.
Jadi sebelum masuk, mesti susun kasut di rak kasut.

Mengakui perangai (kurang baik) kita ialah, tak suka susun kasut di rak kan?
Jadi Mommy cuba memperbaiki diri untuk menggunakan kemudahan yang disediakan dengan baik iaitu menyusun kasut di tempat yang disediakan.

Sejak anak-anak dah besar, mereka lah (terutama Alya) yang bantu Mommy mengingati rules.
Ini bukan lakonan, dia memang bersungguh-sungguh!

 

Ruang perpustakaan Cheras yang selesa

Gambar diambil ketika saya duduk di bahagian sofa yang disediakan.
Dengan udara dari pendingin hawa yang sepoi-sepoi bahasa.
Memang selesa duduk disini sambil baca akhbar dan majalah.

Ianya kemudahan awam untuk digunakan bersama jadi tak boleh riuh rendah macam dirumah.
Sebagai ibu, kena selalu ingatkan anak-anak untuk mengawal suara dalam nada terendah.

Tandas berada tidak jauh dari perpustakaan ini.
Jadi kalau anak-anak nak ke tandas, mereka boleh keluar sendiri.

Kemudahan tempat duduk untuk bekerja

Beberapa buah meja dan kerusi disediakan untuk anak-anak siapkan kerja sekolah.
Ada juga saya lihat cikgu-cikgi siapkan rancangan pelajaran di perpustakaan cheras ini.
Buatlah apa sahaja asalkan tidak mengganggu pengguna perpustakaan yang lain.

Sebelum ini saya lihat ada laptop disediakan bagi yang memerlukannya.

perpustakaan cheras

Pilihan buku di perpustakaan Cheras

Sebagai penggemar buku, pilihan buku disini cukup untuk saya.
Masih banyak buku yang belum ada namun buku yang ada pun belum habis baca.
Pinjam pun kadang tu kena extend berbulan-bulan sebab belum habis-habis baca.

Berubahlah Suraya!

Pilihan buku untuk anak-anak

Setiap 2 atau 3 minggu sekali, saya akan bawa anak-anak ke sini.
Buku Bahasa Malaysia ada banyak. Bahasa Inggeris tidak banyak tapi cukup untuk mereka pusing-pusing baca.
Buku Bahasa Mandarin juga ada disini.

Untuk satu kad pengenalan, boleh pinjam 6 buku sekaligus.
Seorang anak biasanya akan ambil 2 buku untuk mereka baca.
Kadang tu satu hari dah habis baca.
Iyelah buku anak-anak kan helaiannya tidak sebanyak buku orang dewasa.

Maklumat lanjut untuk Perpustakaan Cheras seperti dibawah:

Waktu Perkhidmatan

Selasa – Sabtu          : 10 Pagi – 7 Petang
Ahad                          : 10 Pagi – 6 Petang
Isnin dan Cuti Umum   : Tutup

Waktu Rehat – Tutup

Selasa – Ahad            : 1 Petang – 2 Petang
Jumaat                       : 12.15 T/hari – 2.45 Petang

Perpustakaan Komuniti Mahkota Cheras
Lot F 13, Tingkat 1, Jalan Temenggung 21/9,
Persiaran Mahkota Cheras 1,
Bandar Mahkota Cheras,
43200 Cheras, Selangor
03-90740273
pkmahkota@pnm.gov.my

5 Replies to “Perpustakaan Cheras : AEON Bandar Mahkota Cheras”

  1. The Leong Chong says:

    Do hope to get more newspapers as the EDge, the stars
    , sin chew and so on for the public to read daily.

  2. syaz says:

    adakah perpustakaan itu masih ada ke hari ini?

  3. ana says:

    setiap hari sabtu buka ke?

    1. LunaStory says:

      Tutup setiap hari Isnin Puan Ana.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.