Permohonan i-Suri KWSP 2024
Permohonan i-Suri KWSP 2024 kini dibuka!
i-Suri ialah sebuah insentif oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah Belanjawan 2024 yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi memberi peluang kepada golongan suri rumah untuk mencarum di bawah i-Suri serta menerima insentif khas daripada Kerajaan.
Merujuk kepada laman web di sini, caruman minimum ialah RM1 dan caruman maksimum ialah RM100,000 setahun. Namun untuk saya sendiri, caruman saya ialah RM120 setahun (anggaran RM10 sebulan).
Cara mencarum juga sangat mudah.
Kali pertama saya mencarum ialah di Pejabat Perkeso Putrajaya. Bayaran pula ialah melalui tunai. Masuk tahun kedua, saya terima emel dari Perkeso untuk memperbaharui caruman tahunan di laman web Suri.
Kemudahan ini bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada keluarga dan pembangunan negara.
Seperti ahli lain yang bekerja, dengan insentif i-Suri KWSP yang ini, suri rumah juga boleh menikmati dividen tahunan, layak untuk bantuan hilang upaya, bantuan kematian, pengeluaran simpanan dan pelepasan cukai (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan).
Cara bayaran juga sangat mudah iaitu melalui FPX.
1. Warganegara Malaysia
2. Belum mencapai umur 55 tahun
3. Ahli KWSP
4. Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) berdasarkan senarai terkini
Untuk syarat ketiga dan keempat, puan-puan boleh menelefon +603-8922-6000
Untuk bacaan lanjut boleh ke laman web ini