Pengeluar Minyak VCO Perak | Baihaq:PeDAS
Salam perkenalan buat semua pembaca artikel “Pengeluar Minyak VCO Perak | Baihaq:PeDAS” dari Cik Lis LunaStory. Untuk pengetahuan semua, LunaStory melancarkan satu siri pengenalan kepada usahawan program PeDAS. Anda boleh membaca sedikit penerangan tentang program PeDAS di bahagian nota kaki artikel ini.
Umumnya, minyak kelapa dara ada banyak kegunaannya. Daripada untuk dimakan sehinggalah ke penggunaan diluar badan.
Menurut sumber dari Harian Metro (21 September 2018), kerajaan memperuntukkan hampir RM50 juta untuk membangunkan industri kelapa yang kini diangkat sebagai Sumber Rezeki Baru Negara.
Di dalam laporan yang lain, Sabah, Sarawak, Johor, Kelantan, Selangor dan Perak merupakan negeri-negeri pengeluar utama kelapa negara. Menurut sumber yang sama, Johor mencatatkan pengeluaran produk hiliran kelapa tertinggi di Malaysia pada tahun 2017 sebanyak 107,731 metrik tan (mt) dengan keluasan tanaman kelapa sebanyak 14,932 hektar (ha).
Perak mencatatkan jumlah tanaman kelapa kedua tertinggi di Semenanjung Malaysia sebanyak 9,337 ha dengan jumlah pengeluaran ketiga tertinggi di Malaysia selepas Johor dan Selangor sebanyak 82,466 mt.
Dan diantara pengeluar produk hiliran kelapa dari Perak adalah peserta usahawan PeDAS kita dengan produk minyak kelapa dara.
*Kredit penuh untuk sumber rujukan:
- hmetro.com.my – Memulihkan Industri Kelapa (21 September 2018)
- apps.myagro.moa.gov.my – Maklumat komoditi: Kelapa
Pengeluar Minyak VCO Perak: Baihaq
Baihaq Enterprise adalah salah satu pengeluar minyak kelapa dara atau virgin coconut oil (vco) sejak tahun 2017. Minyak ini dihasilkan turun temurun dan bukan lah daripada yang dimodenkan dengan pengunaan mesin dan campuran kimia.Minyak kelapa dara Baihaq ini berbau harum kelapa asli menunjukkan minyak yang terbaik manakala minyak yang berbau tengik dan susah ditelan adalah minyak yang sudah rosak akibat teroksida dengan udara.
Berminat untuk mencuba produk dari Baihaq atau ingin menghubungi mereka untuk pertanyaan lebih lanjut? Ikuti mereka di laman media sosial:
Ataupun kunjungi kedai mereka disini:
No 123, Kampong Samagagah Selinsing, Simpang Empat, 34400 Semanggol, Perak
Entri ketiga|| Kebaikan Minyak Kelapa Dara | Baihaq:PeDAS
Artikel ini ditulis bersempena dengan program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [press release] [mdec e-commerce page]