Pemborong KerepekMart Shah Alam | PeDAS
Siri jejak usahawan PeDAS diteruskan lagi dengan artikel “Pemborong KerepekMart Shah Alam | PeDAS“. Untuk memahami dengan lanjut tentang program usahawan PeDAS, anda boleh membacanya di link yang tertera di akhir nota kaki nanti.
Siapa dekat sini peminat kerepek angkat tangan!
Kerepek boleh jadi makanan comfort food atau makanan keselesaan. Kerepek juga adalah kudapan yang biasa dilihat di meja ruang tamu dimana tetamu akan dijamu terlebih dahulu apabila berkunjung ke rumah tuan empunya kediaman, terutamanya pada hari-hari kebesaran seperti hari raya.
Tidak hairan lah juga kudapan kerepek juga diletakkan di meja makan untuk majlis besar seperti perkahwinan dan sebagainya kerana pembuatannya sangat mudah dan sesuai untuk pengkomersialan secara besar-besaran. Dengan rasanya yang pelbagai, kudapan atau snek ini juga semakin mendapat tempat di tempat-tempat seperti pawagam.
Jika anda mencari pemborong kerepek untuk pelbagai jenis kerepek untuk apa jua keadaan, KerepekMart ada jawapannya!
Pemborong KerepekMart Shah Alam
KerepekMart atau Kerepek Mart adalah jenama kerepek yang berpusat bukan sahaja di Shah Alam, malah juga di Jitra, Kedah. Kerepek Mart adalah di bawah syarikat MF Kerepek Mart, dengan pemiliknya ialah Encik Mohd Arnizan Bin Abu Bakar. Perniagaan ini bermula dari tahun 2017 dan semakin berkembang dengan pesat sehingga hari ini.
Kerepek-kerepek yang diborong oleh MF Kerepek Mart dijamin bersih dan segar, serta buatan produk Muslim kerana ianya hanya diambil daripada kilang-kilang milik Muslim. Kerepek Mart menjamin kualiti kerepek yang terbaik sahaja dan jika ada kerosakan ada jaminan untuk refund. Pelanggan yang memborong kerepek juga dijanjikan hadiah percuma free gift!
Kerepek Mart juga menyediakan perkhidmatan COD (cash on delivery) dimana anda hanya perlu membayarnya setelah kerepek sampai di tangan anda! Boleh di order dari packing 5kg hingga packing 50gram mengikut permintaan pelanggan.
Harga kerepek bermula dengan semurah RM1!
Jenis-jenis kerepek pemborong KerepekMart
…jujurnya, tak terkira banyaknya!
Daripada pengamatan, kerepek ubi pedas basah adalah pilihan paling popular. Berikut merupakan antara senarai kerepek yang diborong usahawan PeDAS ini:
- kerepek bawang
- kerepek jagung pilus
- kerepek pisang nangka
- kerepek ubi masin
- kerepek pisang tanduk masin
- rempeyek
- katsu (sotong pedas)
- popia gulung
- kacang polong
- opak kari
- …dan lain-lain lagi!
Biar gambar (atau post) berbicara…
Ada banyak tempat di media sosial untuk anda kunjungi, melihat promosi-promosi semasa dan bertanyakan dengan lebih lanjut tentang produk usahawan PeDAS KerepekMart ini:
Facebook|Instagram|Youtube|WhatsApp
Ingin mengunjungi, membeli, merasa sampel dan melihat sendiri produk usahawan ini di kedai mereka?
Untuk orang Kedah:
No. 3, Lorong Damai, Jalan Alor Rambai, 0600 Jitra, Kedah
Manakala di Selangor dan kawasan yang berdekatan dengannya:
No 14, Lorong Mahkota Impian 2/17, Fasa1, Bandar Puncak Alam, Selangor
Jumpa lagi di entri seterusnya ya!
Entri kedua|| Pembekal Door Gift Kerepek | KerepekMart:PeDAS
Artikel ini ditulis bersempena dengan program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [press release] [mdec e-commerce page]