Pembekal Kambing Frozen Melaka | Ansal Ternak:PeDAS
Artikel “Pembekal Kambing Frozen Melaka | Ansal Ternak:PeDAS” adalah salah satu artikel yang diterbitkan di bawah siri pengenalan usahawan Program Prekhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS). Info lebih lanjut tentang program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diselitkan di bahagian nota kaki artikel ini.
Barbekuuuuuuuu~
Hampir semua orang tahu dan suka akan daging yang dipanggang di atas gril. Jika anda seorang yang suka menonton rancangan memasak, membaca resepi dan rajin membuka saluran makanan seperti Asian Food Channel (AFC) dan sebagainya, hidangan barbeku antara yang mengungguli carta cara masakan.
Jika dahulu, hidangan barbeku dikenali dengan hidangan yang eksklusif untuk outdoor retreat sahaja, hari ini kita dapat menikmati hidangan yang biasa di gril di luar ke dalam rumah. Penciptaan gril yang lebih moden dan tidak perlu menggunakan kayu arang menjadikan hidangan barbeku sesuai untuk dimakan bila-bila masa!
Antara sumber protein yang dijadikan pilihan untuk barbeku adalah ayam, daging lembu, ikan, sotong, udang dan daging kambing. Bagi peminat barbeku daging, pasti anda dapat membezakan rasa antara daging lembu dan daging kambing.
Contohnya, sesetengah orang berpendapat daging kambing lebih pejal berbanding daging lembu. Jadi, untuk skala memasak stik daging kambing, adalah lebih elok jika ianya dimasak “well done” berbanding dengan daging lembu yang lebih ke arah bawah daripada “well done.” Rasa daging kambing masih berjus walaupun dimasak “well done.”
Jika anda kesuntukan masa, dan perlukan daging kambing on-the-go untuk apa jua majlis ataupun sekadar melepaskan rasa teringin tapi malas nak keluar makan, Ansal Ternak ada jawapannya untuk anda!
Ansal Ternak: Pembekal Kambing Frozen Melaka
Ansal Ternak berpusat di Jasin, Melaka tetapi populariti produk kambing perap ini mendapat liputan hampir ke seluruh Selatan Malaysia. Selain kambing frozen perap, Ansal Ternak juga adalah pembekal ayam perap, daging perap dan sos perapan buatan sendiri.
Keistimewaan Kambing Frozen Ansal Ternak:
- Tidak hamis dan dagingnya lembut.
- Mengandungi 7 rempah berkualiti tinggi.
- Pekat dan likat
- Aromanya harum semerbak.
Antara testimoni peminat Ansal Ternak:
Nak intai media sosial mereka untuk mengikuti promosi-promosi semasa, pertanyaan lanjut mahupun tempahan? Link di bawah ya:
Facebook|Instagram|Saluran Youtube|Ansal Ternak Homepage|WhatsApp
Nak singgah ladang atau HQ Kambing Perap Ansal? Ini alamatnya ya!
Anda juga boleh memesan produk Ansal Ternak di Shopee.
Ikuti artikel ini seterusnya untuk mempelajari cara perap kambing bakar pula ya!
Entri ketiga|| Cara Perap Kambing Bakar | AT:PeDAS
Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) dilancarkan sebagai medium untuk membantu peserta daripada industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk secara dalam talian dengan bimbingan daripada pihak yang dilantik oleh MDEC. Disamping itu juga, program ini juga membantu usahawan memperkembangkan jaringan bersama dengan pelbagai agensi dan rakan perniagaan. [press release] [mdec e-commerce page]