Mysedekah Islamic Relief Malaysia untuk Sumbangan Qurban bagi yang Memerlukan

August 2, 2017 by No Comments

Mysedekah Islamic Relief Malaysia

Setiap kali dalam kereta, saya mendengar tentang MySedekah Islamic Relief Malaysia.
Dinyatakan didalam laman web, ramai insan yang kebuluran kerana ketiadaan makanan antaranya seramai 6.3 million di Somalia, 5.3 million di Ethopia, 1.3 million di Kenya dan 5.5 million di South Sudan. Ianya adalah East Africa Crisis.

Tak dapat bayangkan betapa laparnya mereka hatta untuk mendapatkan sekeping roti.
Dan kita disini berlebih-lebihan makanan.
Elok juga rasa lapar di bulan Ramadhan, berkongsi rasa menahan tak dapat apa yang perut kita mahukan kan?

Mysedekah Islamic Relief Malaysia akan menyalurkan sumbangan dalam pelbagai bentuk antaranya:

    • Pendidikan
    • Perlindungan tempat tinggal
    • Psikososial
    • Air yang bersih
    • Kesihatan
    • Sara Diri
    • Pertanian
    • Makanan

Antara program Mysedekah Islamic Relief Malaysia terhampir ialah Qurban di 33 buah negara termasuk Palestin, Syria, Afrika & Malaysia.

Setiap satu bahagian qurban ialah bermula RM390 sehingga RM2000.

Mysedekah Islamic Relief

Mysedekah Islamic Relief malaysia juga membantu hampir 3.0 million pelarian Syria dimana 2.2 million berada di dalam Syria sendiri iaitu di kawasan Aleppo, Idlib, Homs, Iraq dan Lebanon.

Ada juga projek wakaf Quran Braille bagi yang memerlukannya.

  1. Langkah untuk menyumbang : Masuk ke laman web Islamic Relief Malaysia di link ini.
  2. Klik DONATE NOW
  3. Pilih mahu bayar sekali sahaja (one time) atau installment setiap bulan.
  4. Pilih untuk projek apa yang kita mahu sumbangkan.

 

Mysedekah Islamic Relief Malaysia

5. Sekiranya kita mahukan resit bagi tujuan tax exemption purpose, klik My Contact Details.
6. Untuk duit anak-anak kumpul dan mahu disumbangkan, saya pilih Anonymous/Unknown.
7. Tanda klik I’ve read and accept the terms & conditions

 


Nanti kita boleh pilih cara bayaran. Bagi transfer M2U, pilih Maybank.
Masukkan password dan buat transfer.
Memang cukup mudah untuk menyumbang di Mysedekah Islamic Relief Malaysia.

Kurang dari 10 minit dah siap semuanya.

Mulai 15 Julai 2017, bagi setiap wang yang dimasukkan ke no akaun Islamic Relief dan tidak diketahui untuk projek apa akan dimasukkan kedalam General Funds.

Selamat menyumbang di islamic Relief Malaysia dan semoga kita dapat berkongsi kegembiraan dan kesenangan yang kita ada hari ini bersama insan lain juga.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.