MATTA Fair Kembali Lagi!

April 16, 2025 by No Comments

Peminat pelancongan dan pencinta percutian kini boleh menandakan kalendar masing-masing kerana MATTA Fair kembali lagi dengan edisi terbarunya! MATTA Fair April 2025 akan berlangsung selama tiga hari dari 18 hingga 20 April 2025 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.

Pameran pelancongan paling dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia ini kembali lagi dengan tawaran yang lebih besar, lebih menarik dan lebih eksklusif. Dikenali sebagai “syurga pelancongan” kepada para pengembara kerana ia adalah medan untuk perancangan percutian yang paling komprehensif di negara ini.

Pameran ini dibuka kepada umum dari jam 10 pagi hingga 9 malam setiap hari, dan yang paling best, masuk adalah percuma! Cik Luna pun turut tak sabar nak hadir event MATTA Fair 2025 ni!

MATTA Fair Kembali Lagi
Sumber: Expolah

Apa Itu MATTA Fair? | MATTA Fair Kembali Lagi!

MATTA Fair ialah pameran pelancongan paling popular dan terbesar di Malaysia, dianjurkan oleh Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA). Acara ini menjadi tumpuan ribuan pelawat setiap tahun kerana ia menghimpunkan pelbagai tawaran hebat dan eksklusif untuk percutian dalam dan luar negara.

Dari pakej pelancongan keluarga, bulan madu, sehingga percutian bajet dan mewah, semuanya boleh didapati di MATTA Fair! Edisi April 2025 ini dijangka mencatat rekod baru dengan lebih 210,000 pengunjung dan jualan melebihi RM270 juta, menjadikannya salah satu acara pelancongan paling berprestij.

Lokasi Strategik di MITEC

MITEC, atau Malaysia International Trade and Exhibition Centre, dipilih sebagai lokasi utama kerana kemudahannya yang luas, selesa dan moden. Ia mampu menampung ribuan pengunjung setiap hari dan menyediakan kemudahan tempat letak kereta yang banyak di MITEC South Entrance Basement, MITI Basement, dan MATRADE Open Parking.

Bagi mereka yang tidak mahu memandu, MATTA Fair juga menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik percuma dari KL Sentral dan Sunway Putra Mall untuk memudahkan akses tanpa tekanan.

Pelbagai Aktiviti dan Tawaran Menarik | MATTA Fair Kembali Lagi!

Kini, MATTA Fair kembali lagi dengan lebih daripada 1,000 pempamer dari agensi pelancongan, hotel, syarikat penerbangan dan organisasi pelancongan dari pelbagai negara akan berkumpul di sini untuk menawarkan pakej pelancongan terkini.

Peluang untuk mendapatkan tiket penerbangan murah, pakej hotel eksklusif, penginapan resort, serta aktiviti pelancongan tidak harus dilepaskan!

Sebagai contoh, Resorts World Genting menawarkan diskaun sehingga 88% untuk penginapan dan 66% untuk tiket taman tema. Pengunjung MATTA Fair boleh menempah bilik di First World Hotel pada harga serendah RM59 sahaja!

MATTA Tourism Talent Expo dan MATTA Connect

Satu lagi tarikan utama tahun ini ialah MATTA Tourism Talent Expo yang akan berlangsung di Hall 4, Level 1. Acara ini akan menampilkan ceramah inspirasi dan sesi bimbingan kerjaya bersama tokoh terkenal dalam industri seperti Aunty HR, Dr. Nisha Abu Bakar, dan Kingston Khoo. Sangat sesuai untuk mereka yang ingin menceburi bidang pelancongan.

Sehari sebelum acara rasmi bermula, MATTA juga menganjurkan MATTA Connect (17 April 2025), iaitu sesi B2B yang mempertemukan pembekal pelancongan antarabangsa dan pembeli industri dari Malaysia. Ini merupakan peluang terbaik untuk menjalin kerjasama strategik dan memperluaskan rangkaian perniagaan dalam sektor pelancongan.

Kenapa Anda Perlu Hadir? | MATTA Fair Kembali Lagi!

Jika anda sedang merancang percutian, ingin mencari pakej bajet, atau pun hanya ingin mendapatkan inspirasi destinasi baharu, MATTA Fair adalah tempat terbaik untuk bermula. Bukan sahaja anda dapat melihat pelbagai tawaran menarik, malah anda boleh berinteraksi terus dengan wakil pelancongan dan mendapatkan nasihat secara langsung.

Bukan itu sahaja, banyak hadiah percuma, cabutan bertuah, dan diskaun tambahan ditawarkan sepanjang acara berlangsung. Jangan lepaskan peluang ini! Ajaklah kawan, sedara-mara dan keluarga pergi ke MATTA Fair untuk rancang percutian anda.

Setakat ini sahaja perkongsian yang bertajuk “MATTA Fair Kembali Lagi!” dari Cik Luna dalam artikel ini. Sekiranya anda mahukan artikel-artikel yang lebih banyak daripada kami, anda boleh layari laman portal Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.