Impostor Syndrome
November 20, 2019 No Comments
By Ayuni Zainuddin Sindrom Si Penipu ni wujud di kalangan ramai manusia. Kita rasa yg kita ni seorang penipu. Yg apa yg kita miliki ni semua adalah rekaan semata dan satu hari nanti ada orang yg bakal tahu kita ni penipu saja. Antara high-profile people yg mengalami sindrom ini ialah Sir Anthony Hopkins, seorang pelakon tersohor Hollywood. Beliau rasa tak layak utk menangi piala2 atas hasil kerja kerasnya. Vivy Yusof pernah menyatakan yg dia rasa kecil semasa menghadiri kursus keusahawanan di Stanford University. Katanya “Aku jual baju saja. Diorang lain ni semua groundbreaking entrepreneurs!” Kita pulak nampak mereka punya la gah. Rupa-rupanya mereka pun ada insecurity mcm manusia lain.
Saya sendiri mengalami isu ini dari dulu sampai sekarang. Bila Adilah Rosli dan Harris Arisyi Redzuan paksa saya apply ke Superb Teraju, saya rasa mereka ni gila agaknya. Saya apply pun supaya Dila berhenti memaksa. Ayuni ZainuddinBila dapat masuk sampai semi-finalist pun saya masih ragu-ragu. Saya fikir “Diorang ni dah takde org lain nak select agaknya”. Bila dipaksa join satu lagi program di sana utk usahawan yg terpilih pun saya rasa mereka ni nak cukup kan quota saja. Entrepreneurs lain buat app bagai. Aku ajar org bersalin tanpa ubat. Takde teknologi bagai. Bila join Spartan Race pun saya rasa rendah diri sangat. Bila join team Spartan Troopers, tgk diorang ni semua fit fit belaka, saya rasa macam “What the hell am I doing here??? I am not fit like them!!!”