Hiking Spot Mesra Beginner Sekitar Lembah Klang

June 18, 2025 by No Comments

Kalau anda baru nak mula aktiviti hiking dan tak tahu nak bermula di mana, artikel kalini Cik Min kongsikan hiking spot mesra beginner. Hiking atau mendaki bukit bukan sahaja bagus untuk kesihatan fizikal, malah juga baik untuk kesihatan mental. Ia bantu kurangkan stres, beri masa untuk diri sendiri, dan yang paling best pemandangan di atas selalunya sangat berbaloi!

Ramai yang rasa takut untuk mula hiking kerana risau trek terlalu sukar atau memerlukan stamina tinggi. Tapi jangan risau. Di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, ada banyak lokasi hiking yang mesra beginner, sesuai untuk mereka yang baru nak cuba. Laluan tak terlalu mencabar, tetapi tetap memberi pengalaman yang menyeronokkan dan pemandangan menarik.

Berikut Cik Min senaraikan tempat hiking mesra beginner sekitar Lembah Klang yang boleh anda cuba pada hujung minggu atau bila-bila masa anda rasa nak rehatkan fikiran.

1. Bukit Gasing, Petaling Jaya | Hiking Spot Mesra Beginner

Bukit Gasing merupakan lokasi hiking yang sangat popular, terletak di sempadan Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Tempat ini sesuai untuk beginner kerana terdapat pelbagai laluan dengan tahap kesukaran berbeza. Anda boleh pilih laluan yang lebih mudah dahulu, dan tingkatkan tahap sedikit demi sedikit.

Apa yang menarik, di sini ada jambatan gantung, anak sungai, serta suasana hutan sekunder yang nyaman. Ia sangat sesuai untuk beginner yang ingin berkenalan dengan dunia hiking tanpa terlalu memaksa badan.

Masa: 1 – 1.5 jam
Lokasi: Bukit Gasing Forest Reserve (Waze)
Ketinggian: ± 160 meter

2. KL East Park, Melawati

Kalau anda suka suasana yang lebih tersusun dan terjaga, KL East Park adalah pilihan terbaik. Terletak berhampiran Taman Melawati, tempat ini menawarkan laluan mendaki yang jelas, bersih dan dijaga dengan baik. Dari atas, anda boleh menikmati pemandangan Kuala Lumpur, termasuk KLCC.

Walaupun perlu membuat tempahan slot secara online, ini sebenarnya menjamin keselamatan dan keselesaan pengunjung kerana jumlah pendaki dikawal. Tempat ini sangat sesuai untuk beginner yang inginkan suasana hiking yang lebih eksklusif dan selamat.

Masa: 1 – 2 jam
Lokasi: KL East Park, Taman Melawati
Ketinggian: ± 240 meter

3. Bukit Kiara Hill Walk, TTDI | Hiking Spot Mesra Beginner

Terletak di kawasan Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Bukit Kiara menawarkan laluan yang tenang dan mudah untuk pemula. Ramai penduduk sekitar datang ke sini untuk berjoging, berjalan santai, atau sesi hiking ringan. Trek di sini berasaskan tanah merah dan agak landai – sangat sesuai untuk beginner.

Masa: 1 – 1.5 jam
Lokasi: Taman Bukit Kiara, TTDI
Ketinggian: ± 160 meter

4. Bukit Wawasan, Puchong

Kalau anda berada di kawasan selatan Lembah Klang, Bukit Wawasan adalah pilihan sesuai. Trek hiking spot disini mesra beginner kerana sedikit berbukit dan melalui kawasan hutan yang redup, jadi suasananya sangat menyenangkan walaupun sedikit berpeluh.

Ini pilihan terbaik untuk beginner yang nak tingkatkan stamina tanpa perlu hadapi laluan ekstrem.

Masa: 1.5 jam
Lokasi: Bukit Wawasan Puchong Trailhead
Ketinggian: ± 233 meter

5. Taman Tugu, Kuala Lumpur | Hiking Spot Mesra Beginner

Taman Tugu adalah antara tempat nature walk terbaik dalam bandar. Terletak tidak jauh dari Taman Botani Perdana, tempat ini mempunyai laluan jalan kaki yang mudah, bertanda dengan baik, dan sangat sesuai untuk beginner.

Trek-nya agak landai, sesuai untuk bawa anak-anak dan warga emas juga. Tempat ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin rehatkan fikiran selepas minggu yang sibuk di bandar.

Masa: 1 jam atau kurang
Lokasi: Taman Tugu, Kuala Lumpur
Ketinggian: ± 50 – 80 meter

6. Bukit Sri Bintang, Kepong | Hiking Spot Mesra Beginner

Bukit Sri Bintang mungkin tidak sepopular Bukit Gasing atau Kiara, tapi ia adalah hidden gem untuk beginner. Trek agak terbuka dan tidak terlalu panjang, menjadikannya pilihan sesuai untuk sesiapa yang mahukan pengalaman hiking ringan dengan pemandangan yang menarik.

Pemandangan dari atas membolehkan anda melihat kawasan sekitar Kepong dan Desa ParkCity

Masa: 1 jam
Lokasi: Bukit Sri Bintang, Kepong
Ketinggian: ± 150 meter

Tips Untuk Beginner:

  • Jangan tinggal sampah – jaga alam sekitar
  • Pakai kasut hiking atau kasut sukan yang grip bagus
  • Bawa air secukupnya (bawa botol air minimum 500ml)
  • Gunakan sunblock & topi jika laluan terbuka
  • Datang awal pagi untuk elak panas & ramai orang

Setakat ini sahaja perkongsian yang bertajuk “Hiking Spot Mesra Beginner Sekitar Lembah Klang” dari Cik Luna dalam artikel ini. Sekiranya anda mahukan artikel-artikel yang lebih banyak daripada kami, anda boleh layari laman portal Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.