Geran Usahawan Bangsa Johor 2023

January 27, 2023 by No Comments

Umum mengetahui, baru-baru ini Kerajaan Negeri Johor telah melancarkan permohonan bantuan Geran Usahawan Bangsa Johor (GUBJ) bagi tahun 2023, untuk semua peniaga mikro di negeri tersebut. Bantuan yang ditawarkan adalah sebanyak RM10,000 mengikut syarat kelayakan dan permohonan yang ditetapkan.

Bantuan Untuk Usahawan Mikro

Menerusi bantuan yang dilaksanakan oleh Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) ini, ia boleh dimohon sekiranya perniagaan tuan puan adalah bertaraf mikro dan mempunyai pendapatan tidak lebih daripada RM300,000 setahun, atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak lebih 5 orang.

Bantuan yang diberikan pula adalah dari segi peralatan perniagaan yang belum pernah digunakan oleh usahawan. Tuan puan perlulah mematuhi syarat permohonan bagi membolehkan permohonan tersebut diluluskan oleh pihak PUJB.

Bukan itu sahaja, terdapat hanya beberapa kluster perniagaan yang dibolehkan untuk memohon geran ini. Jadi, tuan puan jangan lepaskan peluang ya!

Tarikh Permohonan Dibuka

15 Januari 2023, Ahad pada jam 10:00 P.M. sehingga 6 Februari 2023, Isnin, jam 5:00 P.M.

Kluster Perniagaan Terpilih untuk Geran Usahawan Bangsa Johor 2023

Permohonan Geran Usahawan Bangsa Johor ini hanya terbuka kepada kluster perniagaan seperti berikut:

1. Pemprosesan Makanan dan Minuman: Merangkumi pembuatan makanan dan minuman termasuk perniagaan katering dan peniaga jalanan (penjaja).

2. Pengurusan Acara: Merangkumi bidang pengurusan acara dan seni kreatif seperti pemuzik jalanan atau band yang berdaftar.

3. Pendidikan: Merangkumi bidang perkhidmatan yang berkaitan pendidikan seperti pusat asuhan dan tadika.

4. Automotif: Merangkumi bidang perkhidmatan kenderaan bermotor seperti bengkel motorsikal dan bengkel kereta.

5. Gunting Rambut: Merangkumi bidang perkhidmatan dandanan rambut.

6. Percetakan: Merangkumi bidang perkhidmatan percetakan.

Syarat Permohonan Geran Usahawan Bangsa Johor 2023

Setiap pemohon Geran Usahawan Bangsa Johor 2023 di dalam kluster di atas boleh memohon geran ini dah mestilah mengikut syarat berikut:

1. Penduduk tetap negeri Johor atau mereka yang telah bermastautin di negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun berturut-turut.
2. Berumur 18 hingga 65 tahun semasa memohon.
3. Mempunyai premis perniagaan atau bengkel, atau ruang khas di dalam rumah yang beroperasi di dalam negeri Johor.
4. Syarikat yang BELUM PERNAH menerima mana-mana bantuan Kerajaan Negeri Johor dalam tempoh 2 tahun.
5. Telah menjalankan perniagaan selama 6 bulan dan ke atas mengikut tarikh pendaftaran SSM.
6. Mengemukakan salinan penyata akaun syarikat untuk 1 bulan terkini atau 1 bulan penyata akaun simpanan peribadi.
7. Menyertakan gambar premis, bengkel atau ruang khas bagi perniagaan yang dijalankan.
8. Satu syarikat hanya layak untuk satu permohonan sahaja.
9. Perniagaan dijalankan sepenuh masa dan beroperasi di dalam negeri Johor
10. Sila berikan satu (1) sebutharga bagi peralatan/ mesin yang dipohon. Sebutharga yang diberikan dijadikan panduan bagi jenis item dan harga dan tidak mengikat pihak PUJB untuk memilih pembekal tersebut.

Cara Memohon Geran Usahawan Bangsa Johor 2023

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di laman sesawang Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd melalui link, https://www.pujb.my/gubj/.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, tuan puan boleh layari laman sesawang Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. di sini.

Sekian sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang “Geran Usahawan Bangsa Johor 2023”. Nak baca lebih banyak artikel menarik? Jom layari laman portal Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.