Diikat Hutang Bank Sehingga Hampir Diisytiharkan Muflis

April 28, 2022 by No Comments

Kos sara hidup yang semakin tinggi di Malaysia telah menyebabkan ramai orang berhutang hanya untuk membeli keperluan seperti aset, kereta, dan sebagainya. Ada juga yang sanggup berhutang hanya untuk menayangkan kehidupan “mewah” kepada orang lain, walhal dalam poket, kosong… Jom Cik Min kongsikan pengalaman Coach Zul yang pernah diikat dan dibelenggu hutang bank, sehingga mengambil masa 10 tahun untuk bebas.

Menurut perkongsian beliau, ada menyatakan tentang bagaimana beliau tidak dapat membuat sebarang pinjaman, seperti pinjaman kereta, pinjaman rumah, pinjaman bisnes, dan pinjaman peribadi dek kerana terlalu banyak berhutang. Beliau menyatakan sejak 2013 lagi, beliau telah diuji dengan kejatuhan kewangan yang teruk. Beliau bersama isterinya putus pendapatan selama berbulan-bulan, dan terpaksa menjual rumah semi-D miliknya kerana sudah tidak mampu untuk meneruskan bayaran lagi.

Diikat Hutang Bank

Pada tahun 2015 pula, beliau hampir diisytiharkan muflis. Oleh itu, beliau bercadang untuk serahkan syarikat kepada nama isterinya, kerana isterinya mempunyai rekod bank yang lebih cantik. Maklumlah, beliau sekejap bayar hutang, sekejap tak bayar. Selama tempoh dua tahun ini, fikirannya sesak dengan kehidupan yang diikat hutang bank.

Namun, perlahan-lahan, beliau bangkit dan terus istiqomah. Menahan diri dan nafsu daripada membeli kereta mewah, rumah banglo, dan rasa iri hati dengan orang kaya. Akhirnya, pada tahun 2018, beliau berjaya membeli kereta dengan pinjaman syarikat isterinya. Pada tahun yang sama juga, beliau menubuhkan satu lagi syarikat atas namanya sendiri! Beliau bertekad dalam masa lima tahun, beliau ingin selesaikan semua hutang bank tersebut.

Bebas Daripada Diikat Hutang Bank

Diikat Hutang Bank

Satu persatu hutang diselesaikan… Semuanya kerana berjaya menahan nafsu daripada hidup bermewah-mewahan. Sehinggalah suatu hari, beliau menghadiahkan kereta lamanya kepada surau untuk dijual agar hasilnya dapat dibuat untuk pengubahsuaian surau tersebut. Disebabkan sudah tidak ada kenderaan, isteri beliau mengajaknya untuk membeli kereta secara tunai, walaupun hanyalah kereta secondhand. Yang penting, ada kereta untuk memudahkan perjalanan, fikir beliau pada waktu itu.

Pada tahun 2021, isteri beliau mengajaknya untuk membeli rumah baru bagi menggantikan rumah mereka yang telah dijual pada sembilan tahun yang lalu. Berbekalkan bisnes dari rumah dan pengurusan kewangan yang baik, pinjaman mereka diluluskan! Dan pada tahun 2022, beliau berjaya menyelesaikan semua hutangnya, kecuali pinjaman rumah.

Walaupun pelbagai dugaan yang dihadapi, pasangan suami isteri ini akhirnya berjaya menyelesaikan hutang-hutang lain dan bebas daripada diikat hutang bank! Beliau bertekad untuk menyelesaikan segala pinjaman yang tinggal, iaitu pinjaman kereta dan peribadi milik isterinya. Pada akhir perkongsian juga, beliau berkata bahawa hidup secara sederhana dan bebas daripada hutang adalah lebih baik dan selesa.

Semoga perkongsian ini dapat memberi iktibar kepada semua!

•••

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Untuk artikel lain, boleh klik LunaStory.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.