Biskut Kelapa Asli Shahrinie | Usahawan PeDAS
Artikel “Biskut Kelapa Asli Shahrinie | Usahawan PeDAS” adalah salah satu artikel yang diterbitkan di bawah siri pengenalan usahawan Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS). Info lebih lanjut tentang program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diselitkan di bahagian nota kaki artikel ini.
Raya Dan Biskut Kelapa Berpisah Tiada
Eh? Ye ke ni…
Kalau hari-hari biasa bukan raya takkan tak boleh makan biskut kelapa kan? Ada resepi di tangan, semua menjadi.
Sepatutnya lah kannnnn…
Tapi kalau dah siap bawa keluar kitab kuning salinan resepi lama pun masih lagi tak sampai seru nak membuatnya sendiri nak buat macam mana, kan? Salah satu sebabnya adalah, kalau buat sendiri selalunya mesti ada yang tak kena. Terus hilang mood haha.
Kalau dah jadi begini, baik serahkan kepada yang pakar di luar sana. Raya nanti lebih berseri dengan biskut kelapa raya seperti orang dulu-dulu membuatnya.
Salah seorang usahawan PeDAS kita adalah pengusaha biskut kelapa dengan mengekalkan rasa tradisional. Jom berkenalan dengan mereka!
–
Biskut Kelapa Asli Shahrinie
Syarikat yang mengeluarkan produk biskut kelapa Shahrinie ini adalah Shahrinie Food Industries yang berpengkalan di Perak. Pemiliknya kini merupakan generasi kedua keluarga pengusaha biskut kelapa tradisi dan aneka roti kering, iaitu Encik Mior Haziq Adli Bin Mior Shahrin.
Beroperasi selama hampir dua dekad, Shahrinie Food Industries yang selama ini memfokuskan kepada produk hiliran daripada kelapa kini muncul dengan produk baru iaitu biskut sagun, roti lutut dan roti kok.
Keistimewaan Produk Ini
Shahrinie Food Industries telah berada di pasaran selama 20 tahun. Antara penyebab produk ini laku adalah kerana keunikannya yang tersendiri seperti menggunakan tepung yang dibuat sendiri. Selain itu, antara rahsia penyedap biskut kelapa asli ini adalah dengan menggunakan kelapa parut yang masih ada santan!
Nak cuba tak produk biskut kelapa legend Shahrinie ini? Layari laman-laman ini untuk mengikuti perkembangan dan promosi-promosi semasa dari produk ini:
Facebook|Instagram|WhatsApp|Shahrinie Homepage
Kalau nak cuba sampel atau beli terus dari HQ, alamatnya di sini:
Lot 342, Kg. Enggor, Jln. Kuala Kangsar, 33600, Karai, Perak Darul Ridzuan
Ada yang nak belajar cara membuat roti kering di rumah? Baca artikel seterusnya di sini ya!
Entri ketiga|| Resepi Roti Kering Homemade | Shahrinie PeDAS
Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) dilancarkan sebagai medium untuk membantu peserta daripada industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk secara dalam talian dengan bimbingan daripada pihak yang dilantik oleh MDEC. Disamping itu juga, program ini juga membantu usahawan memperkembangkan jaringan bersama dengan pelbagai agensi dan rakan perniagaan. [press release] [mdec e-commerce page]