Belajar Al Quran (lokasi lain) – Beana Quran Centre
Jika baru-baru ini Cik Lis menulis tentang belajar mengaji Al Quran di Damansara, kali ini penulisan Cik Lis berkenaan dengan belajar Al Quran di lokasi lain.
Cik Lis teringat zaman sekolah rendah dulu-dulu. Siangnya Cik Lis ke sekolah kebangsaan, petangnya tukar kain sekolah ke warna lain dan lencana di tudung ke sekolah rendah agama pula. Tudung dah senget benget dah tak hirau dah. Semestinya bila belajar tentang pendidikan Islam, penyampaiannya lebih terperinci meliputi banyak aspek di sekolah agama.
Kerap juga ustaz atau ustazah yang mengajar Al Quran akan selitkan Sirah atau sejarah yang mengiringi sesetengah ayat yang dipelajari. Semangat betul ustazah cerita peristiwa ayat yang ada wahyu pertama diturunkan di dalam surah Al-‘Alaq. Iqra’! (Bacalah!) Nak bagi budak-budak hingusan macam kami seronok dan menghayati peristiwa tersebut lah katanyaaaaa~
Tapi yang bagusnya, bila ada elemen-elemen begini menuntut ilmu ni kadang-kadang melekat sampai sekarang. Dan bila belajar di peringkat yang lebih tinggi dari tadi, penghayatannya lagi mendalam sebab ada guru yang sudah dedahkan kita akannya dengan lebih terperinci. Dan lagi semangat untuk hidup berlandaskan syariah bila panduan hidup kita kukuh.
Zaman mungkin dah berubah, metodologi mungkin berbeza. Mungkin ada yang nakkan anak-anaknya mendapatkan keseimbangan dunia dan akhirat tanpa menempuhi 2 sesi persekolahan rasmi seperti dahulu. Kecil-kecil lagi habiskan siang hari di sekolah sahaja. Mungkin akan bertembung masa dengan sesi ko-kurikulum ataupun kelas tambahan, jadi kena ponteng sekolah sesi berikutnya pula.
Antara penyelesaian yang ada?
Cari guru mengajar Al Quran yang jadual masa dan tempat fleksible sesuai dengan kita atau anak-anak!
Belajar Al Quran di lokasi lain daripada Damansara – Beana Quran Centre
Ditubuhkan sejak 2009, Beana Quran Centre dengan program Beana Home Quran telah membantu ramai orang dari pelbagai peringkat usia dalam perjalanan belajar Al Quran.
Konsep Fun Learning yang diadaptasikan untuk mempercepatkan kefahaman, minat dan fokus pelajar. Untuk kanak-kanak dan remaja, semestinya kaedah tersebut berbentuk interaktif. Target yang ingin dicapai buat semua peserta adalah dapat mengaji dengan lancar dalam tempoh 50 jam pembelajaran!
Pakej Qutor Ke Lokasi Pelajar
Pakej mengaji Qutor ke lokasi pelajar yang disediakan merangkumi kawasan sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kelas disediakan mengikut peringkat umur iaitu kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Pakej berkumpulan juga disediakan jika lebih dari satu peringkat umur.
Harga berbeza mengikut jumlah pelajar dalam sejam serta peringkat umur.
Kelas Mengaji Online
Kalau selalu outstation tapi masih tekad nak belajar Al Quran ataupun tinggal di luar kawasan pun masih boleh menggunakan khidmat Qutor denagn menggunakan khidmat e-Learning Beanahomequran!
Harga pakej ini adalah RM50/jam untuk seorang pelajar. Duduk dekat luar negara pun boleh berQutor!
Nak perbetulkan tajwid? Atau menghafal dengan lancar? Untuk diri sendiri atau suami atau isteri mahupun anak-anak? Tak kira masa siang atau malam? Lebih selesa jika belajar online? Atau perlukan tutor yang boleh datang ke rumah dan one-one-one serta sangat penyabar? Bahasa pengantar boleh juga dalam Bahasa Inggeris?
Tuan-tuan dan puan-puan yang berminat boleh mendapatkan butiran dengan lebih lanjut di link-link yang disediakan di bawah: