Air Soya Sedap Pagoh | Fani Soy:PeDAS
Artikel “Air Soya Sedap Pagoh | Fani Soy:PeDAS” adalah salah satu artikel yang diterbitkan di bawah siri pengenalan usahawan Program Prekhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS). Info lebih lanjut tentang program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diselitkan di bahagian nota kaki artikel ini.
Berita Gembira Untuk Peminat Soya
Siapa dekat sini peminat air kacang soya angkat tangan!
Jika anda adalah peminat minuman air kacang soya dan berpusat di sekitar Johor terutamanya, Cik Lis ingin memperkenalkan anda dengan produk air kacang soya yang telah menapak 10 tahun lamanya di Malaysia, iaitu produk Fani Soy!
Air Soya Sedap Pagoh
Produk keluaran syarikat FN Maju Enterprise dibawah jenama bernama Fani Soy ini mendapat tempat di hati peminat kacang soya kerana:
- Ianya dijamin halal, produk bumiputera Muslim.
- Kacang soya yang digunakan adalah kacang soya yang diimport dari Kanada.
- Air kacang soya tanpa bahan pengawet, pewarna dan perisa tambahan.
- Sebab itulah rasanya pekat, fresh dan asli.
Selain daripada food truck, Fani Soy juga biasa mengendalikan khidmat ad-hoc untuk majlis-majlis keraian. Fani Soy juga mengeluarkan produk soya lain seperti taufufah.
Sekali pandang dekat laman-laman rasmi Fani Soy ni pun dah tahu yang ia sememangnya rangkaian produk yang menjamin kepuasan dan kesedapan! Nak intai media sosial mereka untuk mengikuti promosi-promosi semasa, pertanyaan lanjut mahupun tempahan? Link di bawah ya:
Facebook|Instagram|Fani Soy Homepage|WhatsApp
Ataupun, jumpa Fani Soy disini untuk merasa sampel atau belian secara terus:
1 Jalan Mawar Kawasan Perniagaan Felcra, 85300 Labis, Johor
Nak tahu macam mana cara untuk buat taufufah sendiri? Ikuti entri berikutnya disini!
Entri ketiga|| Resepi Taufufah Air Soya | Fani Soy:PeDAS
Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) dilancarkan sebagai medium untuk membantu peserta daripada industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk secara dalam talian dengan bimbingan daripada pihak yang dilantik oleh MDEC. Disamping itu juga, program ini juga membantu usahawan memperkembangkan jaringan bersama dengan pelbagai agensi dan rakan perniagaan. [press release] [mdec e-commerce page]