7 Good Accounting Practices (G.A.P.)

April 8, 2022 by No Comments

Pernahkah anda mendengar tentang 7 good accounting practices?

Sebagai usahawan, kita perlulah tahu tentang pengurusan kewangan yang betul. Hal ini kerana, menguruskan kewangan syarikat tidak sama seperti menguruskan akaun peribadi, di mana hal tersebut adalah lebih mudah. Bagi akaun peribadi, rata-rata daripada kita mungkin mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun semasa dan satu akaun simpanan. Bagi individu yang perlu membayar cukai tahunan, sebuah fail turut disediakan untuk memudahkan mereka menyimpan resit untuk kegunaan rekod cukai.

Namun begitu, apabila berbicara tentang simpan kira dan perakaunan untuk tujuan perniagaan, terdapat banyak perkara lain yang perlu dipertimbangkan. Setiap pemilik syarikat atau usahawan perlulah mengamalkan 7 good accounting practices seperti berikut:

1. Sistem Kawalan Dalaman (Operasi) | 7 Good Accounting Practices

7 Good Accounting Practices

Tujuan sistem kawalan dalaman diwujudkan adalah untuk mengelakkan penipuan dan penyalahgunaan kuasa, menjadikan operasi syarikat lebih cekap dan berkesan, serta mengelakkan pembaziran.

Dalam sistem kawalan dalaman, terdapat Standard Operating Procedure (SOP) dan polisi. SOP merupakan prosedur atau proses, manakala polisi atau dasar pula merupakan prinsip, peraturan dan garis panduan yang dirumus untuk mencapai matlamat syarikat. Dalam SOP, pemilik syarikat perlu mengambil kira tentang polisi. Sebaliknya, dalam polisi tidak terdapat SOP.

Contoh SOP:

  • Proses duit keluar
  • Proses duit masuk
  • Penyediaan dokumen dan dokumen sokongan

Contoh Polisi:

  • Tahap penandatangan cek
  • Bank-in setiap hari
  • Pengasingan tugas
  • Individu yang menandatangani baucar bayaran dan nombor siri dokumen sokongan

2. Monthly Closing/Mini Audit (Perakaunan)

Tujuan monthly closing atau mini audit dilakukan adalah untuk mengelakkan:

  • dokumen sokongan hilang,
  • penghantaran Audit Report dan cukai lambat yang boleh dikenakan denda; dan
  • penipuan dan ketirisan kerana penyata penyesuaian bank dibuat pada akhir bulan.

Selain itu, pemilik syarikat juga boleh mengetahui “kesihatan” kewangan syarikat dan membuat keputusan dengan cepat dan lebih tepat.

3. Sistem Perakaunan (Perakaunan/Sistem) | 7 Good Accounting Practices

Sistem perakaunan boleh dilakukan dengan dua cara iaitu secara manual (Excel atau buku) dan perisian atau software (secara dalam talian atau luar talian).

4. Akaun Pengurusan Syarikat Sebagai Rujukan (Perakaunan/Kewangan)

7 Good Accounting Practices

Dengan adanya Akaun Pengurusan Syarikat, pemilik syarikat dapat menilai prestasi dan kesihatan syarikat melalui Analisa Nisbah Kewangan:

  • Nisbah kecairan – keupayaan untuk membayar hutang jangka pendek
  • Nisbah aset semasa dan liabiliti semasa
  • Nisbah hutang – ukur aset syarikat dibiayai oleh hutang

5. Bajet (Kewangan)

Menyediakan bajet merupakan salah satu perkara penting dalam Checklist Akhir Tahun/Rancang Cukai. Selain itu, terdapat beberapa perkara lain dalam Checklist Akhir Tahun seperti:

  • Tutup Akaun Pengurusan Syarikat
  • Annual Business Plan (ABP) – berbincang tentang goals, action plan, strategi, aktiviti dan KPI
  • Zakat
  • Pengiraan stok
  • Aktiviti bersama pekerja

6. Cash Flow (Kewangan) | 7 Good Accounting Practices

Tujuan cash flow adalah untuk mengetahui status tunai syarikat atau perniagaan, sama ada mempunyai lebihan atau kurangan.

7. Lantik Pekerja yang Mempunyai Latar Belakang Perakaunan (HR)

7 Good Accounting Practices

Melantik pekerja yang mempunyai latar belakang perakaunan adalah penting supaya pekerja tersebut dapat melaksanakan tugasan berikut:

  • Membuat full set of accounts
  • Chart of Accounts yang boleh menterjemahkan situasi syarikat dalam bentuk cerita

Ikuti perkongsian video di bawah oleh Puan Rozita dari AR Success untuk mengetahui cara menguruskan Akaun Pengurusan.

Sampai di sini sahaja perkongsian kali ini. Cik Min berharap 7 Good Accounting Practices ini dapat memberi manfaat kepada para usahawan yang masih belum tahu mengenai cara menguruskan kewangan syarikat dengan betul.

Maklumat Lanjut

Perlukan bimbingan lanjut mengenai pengurusan kewangan syarikat? AR Success merupakan sebuah syarikat yang pakar dalam menguruskan akaun kewangan syarikat usahawan atau peniaga. Hubungi 019-626 3206 (Puan Rozita) untuk penjelasan yang lebih lanjut.

•••

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.