Skim Pembiayaan i-Bermusim Hijrah Selangor

February 25, 2022 by No Comments

Usahawan-usahawan perniagaan khususnya di Selangor yang belum menyedari skim pembiayaan baru Hijrah Selangor, kini berpeluang mengembangkan perniagaan menerusi skim-skim yang diperkenalkan pada Oktober lepas. Antara skim yang ditawarkan adalah Skim Pembiayaan i-Bermusim yang merupakan manifestasi keazaman kerajaan negeri untuk menyokong perniagaan di Selangor.

Tahun ini, kerajaan negeri memperuntukkan RM120 juta kepada Hijrah untuk membiaya usahawan. Sektor keusahawanan sangat penting bagi kerajaan negeri merancakkan semula ekonomi negeri. Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Skim i-Bermusim dan panduan membuat permohonan.

Informasi yang bermanfaat ini Cik Min dapatkan daripada portal Edu Bestari.

Skim Pembiayaan i-Bermusim

Skim i-Bermusim Hijrah Selangor

1. Maklumat Pembiayaan

Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) menawarkan program pembiayaan Skim Bermusim kepada usahawan negeri ini yang layak sempena Ramadan dan Syawal. Menurut pengurus promosi Hijrah Selangor, permohonan skim i-Bermusim dibuka pada:

  • Tarikh permohonan: 25 Februari hingga 25 Mac 2022.

Permohonan ini dibuka bagi usahawan beroperasi di bazar Ramadan manakala bagi ekspo Aidilfitri pula tarikh tutupnya akan diumumkan kemudian. Pembiayaan yang ditawarkan melalui skim i-Bermusim adalah sebanyak:

  • Tempoh pembiayaan: Sehingga 25 minggu atau 6 bulan.
  • Caj perkhidmatan: 1% dikenakan setiap bulan dan bayaran balik secara mingguan.

Program pembiayaan ini memberi peluang kepada golongan terbabit memperoleh modal perniagaan bagi beroperasi di bazar Ramadan dan ekspo Aidilfitri. Tempoh kelulusan pembiayaan adalah seperti berikut:

  • Pembiayaan di bawah RM5,000: kurang tujuh hari.
  • Pembiayaan melebihi RM5,000: sekitar dua minggu.

2. Syarat Kelayakan

Pembiayaan Skim i-Bermusim hanya ditawarkan kepada peniaga yang memenuhi syarat berikut:

  • Merupakan warganegara Malaysia yang bermastautin di Selangor.
  • Mengundi di Selangor.
  • Berumur 18 hingga 65 tahun.
  • Peniaga yang mempunyai permit sah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Hanya satu pembiayaan diberikan dalam perniagaan berbentuk perkongsian.

3. Cara Memohon

Permohonan Skim i-Bermusim boleh dibuat dengan menghubungi mana-mana pegawai pembiayaan Hijrah Selangor di cawangan berhampiran atau buat permohonan di laman berikut:

4. Dokumen yang Diperlukan

Permohonan mestilah dibuat dengan sertakan bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Dua keping gambar berukuran passport.
  • Salinan lesen SSM/PBT atau salinan perjanjian membabitkan aktiviti perniagaan.
  • Salinan penyata akaun bank atau muka depan buku akaun.
  • Salinan bil utiliti premis dan tempat tinggal.

5. Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim i-Bermusim, sila layari portal Hijrah Selangor.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.