Mesti Minum Petang di Secret Recipe

April 5, 2017 by No Comments

Secret Recipe Tea Time Promo

Semalam masa jalan-jalan di Bangi Gateway, kami lalu di Secret Recipe dan tiba tiba tekak teringin makan kek.

Bukan saya yang teringin tapi tekak.

Lain tau haha.

Lalu depan Secret Recipe dan nampak tengah ada promosi Tea Time pukul 3 sampai 6 petang.

Masa tu jam menunjukkan pukul 2.30 pm.

Gigih naik dulu surau di tingkat 1 untuk menunaikan fardu Zuhur asalkan boleh makan kek pukul 3 nanti.

Masa dah siap solat, jam menunjukkan pukul 2.45pm.

Kami masuk dalam Secret Recipe dan tanya “Bolehkah kami order sekarang untuk dapat promosi pukul 3pm?”

Sudah buat muka kasihan pun adik tu cakap kena tunggu pukul tiga haha.

Secret Recipe

Promosi ini berlangsung setiap hari dan kena makan dalamtu.
Tak boleh tapau untuk jiran ke apa.

Saya ambil kek yang ada tanda STAR ala ala pilihan orang ramai la.
Namanya Choc Brulle.

Inilah kek yang menjadi pilihan.
Air kopi kalau yang free, dapat yang basic.

Kalau nak yang latte caramel ke pelik pelik sikit tambah RM2.
Haha sukahati cakap air orang tu pelik.
Maksud saya, saya gembira dengan deal ini.

Makan sepotong kek dan free air yang best disini dengan hanya tambah RM2.
Harga kek bermula RM8.80 sepotong.
Kek Choc Brulle ni RM11.80 sepotong.

Secret Recipe Tea Time

Lokasi kami menikmati hidangan tea time ini di Secret Recipe Bangi Gateway.
Kawan-kawan boleh dapatkan promosi ini dimana mana cawangan restoren ini.

Ingat tau. Pukul 3 sampai 6 pm sahaja.

Secret Recipe
Gambar dari Google.com

Beberapa perkara saya belajar dari promo teatime ini ialah:
1. Maksimakan pelanggan datang ke kedai.
Kalau boleh biar setiap masa ada pelanggan.
Setelah dikenalpasti, pukul 3 sampai 6 petang pelanggan kurang di restoren ini.
Jadi promo tea time adalah bersesuaian dengan keperluan ini.

2. Gantung banner merata-rata cawangan

Pertama kali pelanggan nampak, belum tentu dia terus beli. Promo tea time ni sejak Nov 2015!

Maksudnya ia ambil masa untuk rakyat marhaen macam saya tahu haha.

3. Kita ambil masa untuk membudayakan 

Secret Recipe sedang mengajak orang-orang yang mahu buat discussion atau mahu menulis buku untuk datang melepak makan kek dan free coffee.

Sekali kita dah lakukannya dan rasa gembira, pasti kita datang lagi kan.

Macam saya yang gembira dapat makan kek bersama kawan-kawan.

Sekarang saya gembira beritahu ramai-ramai untuk mengunjungi Secret Recipe berdekatan dengan mereka.

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.