Review Filem MOX Misi Operasi

  • 0

Review Filem MOX Misi Operasi

Category : Review Filem

Siapa pernah tengok filem arahan adik beradik anak M.Osman ni mesti teruja bila ada cerita baru. Cik Luna pun semangat nak tulis review filem MOX ni. Ingat lagi tahun 1992 dan ada filem tentang fiksyen dari masa hadapan bertajuk XXRay arahan Aziz M.Osman.

Review Filem MOX

Syarikat produksi Wallworld Pictures Sdn. Bhd. telah mengambil inisiatif dengan menghasilkan sebuah filem berjudul M.O.X – Misi Operasi X. Pengarahnya, Datuk Zulkiflie M. Osman berkata, filem terbaharu arahannya itu dibuat berdasarkan kajian yang dilakukannya sebelum ini

Setakat ini, beliau sudah mengarah sebanyak 14 buah filem seperti Mira Edora, Kekasih Awal Dan Akhir, Putera, Cinta Metropolitan, Diari Romeo dan lain-lain lagi.

Datuk Zulkiflie M.Osman merupakan adik kepada pengarah Aziz M.Osman.

Filem-filem yang mengisahkan tentang ejen penyiasatan agak kurang dihasilkan oleh produksi tempatan, meskipun ia antara genre yang agak digemari penonton.

Review Filem MOX
Datuk Zulkiflie M.Osman di set penggambaran filem MOX

“Saya pernah membuat kajian tentang bencana akhir zaman yang berpunca daripada senjata rahsia ciptaan manusia.

Pengarah Filem MOX

“Kemudian ia telah memberi idea kepada saya untuk menghasilkan sebuah filem berdasarkan kajian yang dibuat, namun menyelitkan elemen-elemen komersial,” jelasnya.

Menurut Zulkiflie, sesuatu yang menarik tentang penghasilan filem ini apabila tempoh selama hampir enam tahun hanya untuk penghasilan skrip sahaja.

Jelasnya, ia mengambil tempoh yang lama agar segala fakta dan landasan mesej yang ingin disampaikan tidak lari dari objektif sebenar, meskipun diolah kepada filem komersial.

Ulasan LunaStory untuk Review Filem MOX

Ulasan LunaStory MUNGKIN MEMPUNYAI SPOILER dan Tuan/Puan dicadangkan membaca semula artikel review filem MOX ini selepas menontonnya di pawagam.

Apa yang Bagus untuk Review Filem MOX?

Cik Luna suka lakonan Ebi Kornelis. Tak mengjengkelkan dan kita akan mula menerima Don Pedro sebagai sebahagian daripada milik Malaysia.

Imej Don Pedro dikelilingi wanita cantik adalah seperti imej James Bond. Ok, cuma saya tak pasti dalam masyarakat kita ianya norma biasa yang mahu diketengahkan atau ia mungkin sekadar fiksi. Heyy nama pun lakonan kan.

Siasatan Don Pedro bermula dari Filipina, Thailand, Syria, Jaipur India dan Alaska.

Dikhabarkan lokasi penggambaran semuanya di Malaysia dan ianya adalah suatu yang membanggakan sebab saya betul betul sangka mereka shooting di lokasi lokasi tersebut.

Pemilihan bangunan, aktor sampingan dan props tak macam di Malaysia.

Gambar dan sorotan video cantik. Mata kita kadang di tengah kadang di tepi leka mengikut kamera yang membawa. Best.

Bunyi yang keluar pada ketika yang perlu juga sedap didengar. Tak ada yang tak kena tiba tiba di telinga.

Apa yang Kurang Dalam Review Filem MOX ini?

CGI itu memang nampak lemahnya namun penonton faham dan tidak mempersoalkan banyak tentang tersebut.

Pelakon wanita Tya Arifin mempunyai suara yang tidak jelas dan tak berapa dapat tangkap. Mungkin kerana penggunaan Bahasa Malaysia dan Indonesia. Bila dia bercakap dalam Bahasa Indonesia lebih mudah difahami.

Ada juga dialog Komander Moshi yang tak didengari kecuali waktu beliau seakan-akan menjerit.

Don Pedro yang melakukan kerja siasatan tak macam menyiasat namun lebih kepada pergi ke beberapa lokasi dan bergaduh.

Tipu (nama lelaki India di Jaipur) ini siapa? Dan kenapa cucunya Zira ikut Don Pedro sampai ke Alaska?

Beberapa kelemahan dari plot cerita membuatkan penonton perlu bersabar dan layan sahaja filem dengan tenang.

Sebelum itu kita berkenalan dengan barisan pelakon MOX dahulu ya.

BARISAN PELAKON M.O.X
Ebi Kornelis                                      : Don Pedro
Tya Arifin                                          : Fifi
Shareeta Selvaraj                           : Zeera
Wan Adi Rafuan Datuk Rashid   : Martias
Dato Jaafri Omar                            : Komander Moshi
Adam Shahz                                     : Jefro
Zaidi Omar                                       : Mr. M
Salim Saifuddin                               : Mr. Tippu
Bibi Aziah                                          : Sarra
Janathan Pithawadian                  : Surash
Yank Kassim                                     : Rajhni Khan
Radhi Khalid                                    : Profesor Q

TEAM PRODUKSI
Pengarah                                           : Datuk Zulkeflie M.Osman
Penulis Skrip                                   : Datuk Zulkeflie M.Osman
Penerbit                                             : Datin Siti Nur Aishah
Penerbit Eksekutif                          : Wan Adi RafuanDato Rashid
Penerbit Bersama                           : Sri Putri Mayang Sari
Terbitan                                            : Wallworld Pictures Sdn. Bhd.
Pengarah Fotografi                        : Afieq Azlan
Pengarah Seni                                 : Mohd Khairul Md Dad (Akek)
Pengarah Stunt                               : Roslan Zainudin
Penyunting                                      : Firdaus Dato Affendi
Pereka Kostum                               : YYC Team & Designer
Solekan                                             : Wanda Strada

Don Pedro (lakonan Ebi Kornelis) dan Fifi (Tya Arifin)

Antara barisan pelakon yang membintangi filem berkenaan seperti Ebi Kornelis, Tya Arifin, Zaidi Omar, Radhi Khalid, Shareeta Selvaraj, Adam Shahz dan ramai lagi.

Mengenai pemilihan pelakon pula, Zulkiflie menyatakan setiap pelakon dipilih berdasarkan kepada kesesuaian watak yang ditampilkan.

“Pemilihan mengikut kesesuaian watak seperti Ebi Kornelis yang mempunyai tubuh tegap, manakala Tya Arifin pula seorang penyiasat ejen dari Indonesia dan Shareeta pula adalah anak seorang profesor dari India yg berpendidikan tinggi,” ujarnya.

Tya Arifin sebagai Fifi sebagai penyiasat dari Indonesia

Tya Arifin pula menyatakan wataknya sebagai Fifi adalah kekasih kepada Don Pedro yang juga seorang yang sangat berahsia.

Ujarnya, dia menerima untuk berlakon dalam filem ini kerana belum pernah membawakan watak sebagai seorang ejen perisik.

“Mendapat kesempatan berlakon di bawah arahan Datuk Zulkeflie M.Osman adalah peluang terbaik memandangkan beliau seorang pengarah yang cukup berpengalaman.

“Malah, beliau juga banyak memberi saya ruang untuk mengembangkan lagi watak Fifi ini dan penonton akan dapat lihat kelainan yang saya tampilkan dalam filem ini,” ujarnya.

Menurutnya, M.O.X – Misi Operasi X ini juga merupakan filem pertama lakonannya sewaktu mula-mula bertapak di Malaysia empat tahun lalu.

“Sudah tentu saya sangat teruja menantikan filem ini keluar di pawagam dan berharap agar ia mendapat sambutan daripada penonton,”

Tya Arifin (Fifi)
Don Kornelis sebagai penjenayah

Review Filem MOX Pelakon Utama Ebi Kornelis

Pelakon utamanya iaitu iaitu Ebi Kornelis yang membawakan watak Don Pedro menyatakan tiada masalah buat dirinya untuk bekerjasama dengan Zulkifli memandangkan sudah beberapa kali dia bekerja di bawah arahan pengarah berkenaan.

Ujarnya, dia pernah ditawarkan berlakon dalam sebuah filem untuk melakonkan beberapa babak, namun dia lebih tertarik untuk membintangi M.O.X kerana diberi peranan sebagai watak utama.

“Selain selesa bekerja di bawah arahan beliau, saya tertarik dengan skripnya yang menggabungkan beberapa elemen seperti aksi, penyiasatan dan patriotik.

“Pada masa sama, saya bersyukur kerana dapat mendapat tawaran untuk filem ini dan saya anggap ia satu peluang keemasan untuk menggembangkan lagi bakat dalam bidang lakonan,”

Ebi Kornelis

Mengenai cabaran sepanjang pembabitannya dalam filem ini, Ebi memberitahu antaranya adalah dia perlu menurunkan berat badan sebanyak 15 kilogram dalam tempoh masa sebulan.

Ujarnya, untuk menjayakan watak sebagai Don Pedro, dia perlu sentiasa menjaga stamina kerana banyak melakukan babak stunt sendiri.

“Apa yang boleh saya katakan, penonton tidak akan dapat melihat karektor Ebi Kornelis sepanjang perjalanan filem ini.

“Penonton akan lihat Don Pedro iaitu seorang ejen antarabangsa hebat dari Malaysia yang akan menyelamatakan dunia daripada kehancuran dan kejahatan terancang perosak bumi,” jelasnya.

Sinopsis Review Filem MOX

Ia bermula apabila ejen-ejen risikan rahsia M.O.X sebelum ini telah hilang tanpa dikesan atau terkorban gara-gara ancaman dari sebuah organisasi haram yang mengancam keselamatan dan kestabilan dunia yang menggelarkan diri mereka KFR13.

M.O.X adalah sebuah badan yang diketuai oleh ‘M’, manakala KFR13 pula diketuai oleh Komander Moshie yang menjalankan aktiviti haram dan mempunyai kaitan dengan pertubuhan pengganas antarabangsa yang berpangkalan di Alaska dan sering melakukan pelbagai ancaman kepada kestabilan dunia. Beroperasi secara rahsia yang lengkap dengan makmal penyelidikan dan peralatan senjata pemusnah yang canggih.

Semasa melaksanakan misi rahsia di Filipina, Don Pedro telah berjaya menyelamatkan seorang penuntut Malaysia iaitu Martias yang berjaya menggodam maklumat perancangan KFR13 dan formula senjata mereka. Semenjak itu, ejen-ejen KFR13 sering mengekori Don Pedro untuk menghapuskan bukti dan cubaan membunuhnya sehingga ke beberapa negara termasuk Thailand, Malaysia, India dan Alaska.

Baca Review Filem Paskal disini.


Log out of this account

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.