Petua Santan Cendol Tahan Lama |Ajidyan PeDAS

February 27, 2020 by No Comments

Salam perkenalan buat semua pembaca artikel “Petua Santan Cendol Tahan Lama” dari Cik Lis LunaStory. Untuk pengetahuan semua, LunaStory melancarkan satu siri pengenalan kepada usahawan program PeDAS. Anda boleh membaca sedikit penerangan tentang program PeDAS di bahagian nota kaki artikel ini.

Artikel yang anda akan baca sekarang adalah entri ketiga dan terakhir usahawan PeDAS ini. Anda boleh membaca entri-entri lain yang anda mungkin terlepas di sini:

Entri pertama|| Ajidyan Cendol Sedap Pagoh |Usahawan PeDAS

Entri kedua|| Kedai Cendol Durian Pagoh |Usahawan PeDAS


Isi Tepung Beras Hijau; Santan; Gula

Cendol adalah sejenis minuman sejuk, diperbuat daripada isi berwarna hijau (tepung beras; air pandan), dicampur dengan santan dan gula. [Kamus Dewan Edisi Keempat]

Cendol, atau apa-apa jenis makanan berasaskan santan kelapa akan terdedah kepada risiko cepat rosak. Bagi peniaga-peniaga makanan dan minuman berasaskan santan, mereka perlu bijak menggunakan dan mengurus sumber modal mereka yang satu ini.

Salah satu jalan penyelesaian, terutamanya buat peniaga cendol adalah dengan beralih daripada menggunakan santan kelapa ke santan sawit.

Petua Santan Cendol Tahan Lama – Guna Santan Sawit

Statement ini bukan Cik Lis yang kata. Tuan kedai usahawan PeDAS cendol Ajidyan kita yang kata. Hahaha…

Petua Santan Cendol Tahan-1

Anyways, artikel kali ini hanya akan fokus kepada kenapa santan sawit tahan lebih lama. Bagi yang mencari lebih daripada ini, Cik Lis terlebih dahulu minta maaf jika tidak menepati expectation pembaca semua.

Namun, bagi yang ingin menambah ilmu atau refresh balik ilmu berkaitan dengan topik kali ini, terima kasih Cik Lis ucapkan bagi pihak LunaStory.

Ada Apa Dengan Santan Sawit?

Melihat kepada video temubual bersama Dr Zaida Zainal, Ketua Kumpulan Pyhtonutrient, Bahagian Pembangunan dan Khidmat Nasihat MPOB (laman Facebook Bisnes Sinar), ada beberapa isi penting yang menarik perhatian;

Antara isi penting temubual ini di dalam konteks kenapa santan sawit tahan lebih lama:

(0.271.09) Santan sawit liquid (cecair) mampu bertahan 3-4 bulan dalam suhu 4°C berbanding santan kelapa biasa, yang hanya mampu bertahan 1 hari.

Umumnya, suhu ruang pendingin peti sejuk bahagian chiller untuk penggunaan biasa adalah lebih kurang 4°C.

**Anda juga boleh membaca kajian MPOB tentang isu yang sama di link ini [MPOB INFORMATION SERIES: PALM-BASED TRANS-FREE LIQUID SANTAN (June 2008)] untuk maklumat lebih lanjut.

Jadi…?

Untuk menjawab soalan kenapa santan sawit bagus untuk membuat cendol? Jawapannya adalah santan sawit tahan lebih lama berbanding dengan santan biasa bila disimpan di peti sejuk bahagian chiller.

Kebaikan lain santan sawit menurut Dr Zaida Zainal (temubual Bisnes Sinar):

1-kolestrol (1.141.34)
Kedua-dua santan kelapa dan santan sawit tidak ada kolestrol sebab minyak berasaskan tumbuhan memang tiada kolestrol, tapi santan kelapa biasa membuatkan reaksi enzim dalam badan dengan kolestrol meningkat…

2- tiada bahan pengawet (1.341.46)
Santan sawit banyak tokotrienol (antioksidan) yang berfungsi untuk mengelakkan santan cepat tengik…


Tahniah kerana berjaya bertahan membaca trivia tentang santan sawit sampai disini.

Di mana anda boleh mengintai laman sosial rasmi usahawan PeDAS Ajidyan Cendol ini?

Facebook | Instagram | Ajidyan Homepage | WhatsApp

Atau singgah ke kedai mereka di sini (lebih kurang 4.2km daripada Exit PLUS Highway dari arah utara):

Sekian sahaja dari Cik Lis untuk siri usahawan Ajidyan Cendol. Jumpa lagi di siri usahawan PeDAS lain yang akan datang! Setia bersama LunaStory tau (◕_◕✿)


Artikel ini ditulis bersempena dengan program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [press release] [mdec e-commerce page]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.