Pengeluar Pewangi Rumah Terbaik | Bloomer Queen: PeDAS

February 14, 2020 by No Comments

Siri pengenalan usahawan program PeDAS ini diteruskan lagi di dalam artikel “Pengeluar Pewangi Rumah Terbaik | Bloomer Queen: PeDAS” Anda boleh melihat di nota kaki artikel untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang program PeDAS ini.


Logiknya, tak ada seorang insan yang normal suka akan bau busuk. Lebih-lebih lagi kalau ada bau di tempat yang kita biasa pergi. Macam pejabat atau tempat kerja kita, dalam LRT/MRT ke…biasanya tempat yang padat dengan manusia.

Pengeluar Pewangi Rumah Terbaik-2
Bau tengik manusia bagi Cik LIS memang tak boleh bawa berbincang dah. Tapi kalau bau durian, tak apa. Lepas tu, ajak kita makan sekali. Eh ¬‿¬

Cik LIS bukan penggemar wangi-wangian sangat pun sebenarnya. Cik LIS lebih pentingkan kesegaran, lebih lebih lagi bau baju dalam almari DAAAAN bilik tidur. Kalau tak, satu hari Cik LIS punya mood jadi foul, sebusuk bau yang menghantui Cik LIS.

So, since SEGAR dan WANGI datang bergandingan, semestinya topik siri artikel kali ini ada kaitan dengan usahawan PeDAS yang pakar dalam menyelesaikan bau busuk hapak, iaitu produk Bloomer Queen dari Red Impact Enterprise.


Bloomer Queen: Produk Pengeluar Pewangi Rumah Terbaik Serbaguna Anak Perak

Pengeluar Pewangi Rumah Terbaik-3

Pengeluar Pewangi Rumah Terbaik: Pengenalan

Bloomer Queen adalah keluaran anak tempatan Tanjung Malim menerusi syarikat Red Impact Enterprise. Konsep pewangi fabrik yang dibawakan oleh Red Impact Enterprise ini selain daripada menyelesaikan masalah bau hapak di rumah, pengguna juga dapat membeli dengan harga yang lebih berbaloi daripada bahan pewangi fabrik yang telah berada di pasaran dengan kualiti yang sama tarafnya.

Ia boleh digunakan bukan sahaja di rumah, malah untuk pasaran komersial seperti servis kedai dobi, pejabat berhawa dingin, kedai karpet dan lain-lain. Sebab itu hampir kesemua kedai dobi komersial di Perak menggunakan produk Bloomer Queen tau~

Produk Bloomer Queen Kebanggaan Bumiputera Perak

Pemilik syarikat pengeluar produk Bloomer Queen ini ialah Puan Khalidah Binti Khalil. Walaupun produk ini baru 3 tahun berada di pasaran, popularitinya makin menaik. Lihat sahajalah senarai stokis mereka; dari timur ke barat, utara ke selatan! Singapura dan Brunei pun dah sampai.

Pengeluar Pewangi Rumah Terbaik-1
Selangor: Shah Alam, Rawang, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor|Wilayah Persekutuan: Putrajaya, Kuala Lumpur|Perak: Tanjung Malim, Kampung Gajah, Ipoh|Pulau Pinang: Bukit Mertajam|Terengganu: Dungun|Kelantan: Gua Musang|Singapura|Brunei Darussalam

Kata-kata Inspirasi daripada Founder, Red Impact Enterprise

“TETAPKAN MATLAMAT, TINDAKAN YANG BERTERUSAN, KONSISTEN DALAM TINDAKAN YANG DIAMBIL”


Laman Rasmi Media Sosial

Facebooklink

Instagramlink

WhatsApplink

Alamat HQ

PT 17035 KEDAI DAN PEJABAT,
JALAN PERMAI,
35900 TANJONG MALIM,
PERAK, MALAYSIA.


Macam biasa, Cik LIS akan cerita dan reviu produk usahawan PeDAS di entri berikutnya ya. Klik sahaja link di bawah ini. Jumpa di saaanaaaa~

Entri kedua||Bloomer Queen: Pakar Hilang Bau Hapak |PeDAS


Program Perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) adalah satu program untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program anjuran kerjasama antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) serta agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [link]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.