Pembekal Serunding Kampung Laut | HajiWan Serunding

May 12, 2022 by No Comments

Tuan/Puan sedang mencari stok serunding yang terbaik?! Jangan risau… HajiWan Serunding, pembekal serunding Kampung Laut terpaling baikkk sedia untuk membantu anda! Cik Min tahu, susah kan nak cari stok serunding yang betul-betul asli dan sedap ni? Kalau ada pun, kena beli ikut kuantiti yang tersedia.

Tapi jangan ghisauuu! Ni Cik Min nak share sikit dengan Tuan/Puan semua, tentang satu pembekal serunding Kampung Laut yang paling best! Dengan HajiWan Serunding, Tuan/Puan pasti takkan menyesal.

Apa itu Serunding?

Cik Min duk sibuk cerita pasal serunding ni, takut juga la kot ada yang masih tak tahu apa sebenarnya serunding ni kan… Jadi, bagi sesiapa yang masih belum tahu, serunding ni merupakan satu hidangan yang terhasil daripada campuran rempah-ratus, bersama daging atau ayam yang dimasak sehingga kering tauuu. Kebiasaanya, serunding adalah berasaskan daging, ayam atau ikan. Jadi, yang mana satu pilihan hati Tuan/Puan semua? Hihi…

Selain itu, cara memasaknya juga agak rumit. Sebab apa? Sebab, prosedur memasak serunding ni terutamanya serunding daging, ia bermula daripada pengasingan daging daripada lemak, pemotongan, pembersihan sehinggalah kepada proses rebusan daging sehingga empuk. Kemudian, daging akan dicarik-carik untuk persedian mengoreng. Rempah ratusnya pula perlu dimasak bersama santan sehingga kering, dan perlu dikacau berulang kali tanpa henti bagi memastikan masakan tersebut betul-betul kering! Cik Min dengar, proses pengeringan sahaja mengambil masa selama 5 hingga 6 jam. Mak aihhh, lama benor untuk masak serunding…

Tapi apa yang Cik Min pasti, dengan skill memasak yang betul, ia akan memastikan serunding tahan lebih lama! Jelaslah di sini, orang yang mahir sahaja boleh masak serunding ni tau… Jadi, kalau Tuan/Puan pandai masak serunding, Cik Min rasa, Tuan/Puan adalah dalam kalangan orang yang mahir! Bukan apa, Cik Min pernah je makan serunding yang rasanya hapak dan teksturnya pula keras! Mungkin ada kesilapan dari segi pembungkusan atau cara masakannya, kan?

Kalau Tuan/Puan nak tahu maklumat lanjut berkaitan cara penghasilan serunding, boleh baca di sini. Tapi sebelum tu, sambung baca artikel Cik Min dulu ya!

Kenapa Pembekal Serunding Kampung Laut Menjadi Pilihan?

Untuk pengetahuan Tuan/Puan, Kampung Laut terletak di Tumpat, Kelantan, dan Kampung Laut ini sendiri memang terkenal sebagai tempat penghasilan serunding! Serunding yang dihasilkan dari Kelantan ini juga semakin mendapat sambutan ramai kerana rasanya yang tersendiri. Asal-usul pembikinan serunding itu sendiri pun, dari Kelantan juga tauuu…

Antara pembekal serunding Kampung Laut yang Cik Min rasa paling best ialah, HajiWan Serunding! Untuk pengetahuan Tuan/Puan juga, pembikinan serunding di Kampung Laut turut melibatkan penduduk di sekitarnya yang terdiri daripada warga emas, makcik-makcik dan ibu tunggal. Pemilihan penggunaan serunding Kampung Laut ini juga, secara tidak langsung akan memberikan peluang pekerjaan bagi orang-orang di sana.

HajiWan Serunding | Pembekal Serunding Kampung Laut Paling Best

Pembekal Serunding Kampung Laut


Inilah logo HajiWan Serunding yang terkenal sebagai salah satu pembekal serunding di Kampung Laut! HajiWan Serunding ni berada di bawah naungan Richness Food Industry. Bagi Cik Min, HajiWan Serunding ni merupakan salah satu brand yang paling berkualitilah!

Kenapa Cik Min cakap HajiWan Serunding ni antara produk yang bagus?

Hal ini kerana, resepi yang digunakan oleh HajiWan Serunding merupakan resepi turun-temurun sejak tahun 1976 tau! Hebat bukan? Kalau difikirkan semula, sudah hampir 46 tahun, atau 3 generasi jugalah HajiWan Serunding ni terlibat dalam penghasilan serta pembekalan serunding terbaik di Kampung Laut. Jadi, buat para usahawan yang sedang mencari serunding secara banyak… Cik Min ada berita baik juga untuk Tuan/Puan semua!

Kalau Tuan/Puan nak tahu, HajiWan Serunding juga ada menyediakan servis custom pembelian mengikut kehendak para usahawan. Tuan/Puan boleh membeli serunding dengan banyak, namun masih mendapat harga yang berpatutan, sejajar dengan kualiti dan kuantiti yang terbaik! Iaitu sama ada nak jadi pemborong atau ejen HajiWan Serunding.

Tambahan pula, serunding yang dihasilkan oleh pembekal serunding Kampung Laut HajiWan ini turut dijamin berkhasiat, kerana penggunaan bahan-bahannya yang halal dan segar! Memandangkan lokasi Kampung Laut pun terletak berhampiran dengan laut, jadi, kemudahan untuk mendapatkan bahan mentah adalah sangat senang…

Ini merupakan antara rakaman testimoni pelanggan yang diupload di laman YouTube pembekal serunding Kampung Laut, iaitu HajiWan Serunding.

Di sini dapat dilihat bahawa, serunding daripada HajiWan ini bukan sahaja boleh makan bersama nasi tauuu… Nak makan dengan maggi pun bolehhh! Yang penting, kreatif!

Antara Produk HajiWan Serunding

pembekal serunding kampung laut

Antara produk Hajiwan Serunding yang mendapat perhatian Cik Min dan orang ramai adalah, serunding dagingnya! Selain daripada serunding daging, serunding ayam dan ikan pun ada juga. Jangan risaulah… Sememangnya, produk HajiWan Serunding tidak dapat diragui lagi kehebatannya selagi mana ia bernaung di bawah nama hebat seperti Richness Food Industry.

Untuk pengetahuan anda, ketiga-tiga produk ini bukan sahaja digemari oleh para penduduk Kampung Laut, malah, ia juga merupakan kegemaran penduduk di negeri-negeri lain juga! Sememangnya, produk HajiWan Serunding tidak dapat diragui lagi kehebatannya selagi mana ia bernaung di bawah nama hebat seperti Richness Food Industry.

Richness Food Industry ini juga telah berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tau! Jadi, Cik Min jamin, Produk HajiWan Serunding boleh dipercayai kerana brandnya telah berdaftar di Myipo, dan sudah wujud di dalam pasaran sejak tahun 2016. Memang hebat!

Oh ya, sebelum Cik Min terlupa! Tuan/Puan boleh dapatkan serunding sample taster secara PERCUMA yang disediakan khas oleh HajiWan Serunding, untuk Tuan/Puan tau! Boleh klik di sini untuk dapatkannya sekarang juga. Siapa cepat, dia dapat!

Bagi yang ingin mendapatkan serunding daripada HajiWan, Tuan/Puan boleh layari website HajiWan Serunding untuk membuat sebarang pembelian. Jika Tuan/Puan ingin bertanyakan sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi HajiWan Serunding di talian 013-330 8552.

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Pembekal Serunding Kampung Laut | HajiWan Serunding” pada kali ini. Jumpa lagi di postingan seterusnya! Lebih banyak artikel yang menarik di laman portal Lunastory.com.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.