Pakar Soya Fani Soy | Usahawan PeDAS

March 23, 2020 by No Comments

Artikel “Pakar Soya Fani Soy | PeDAS” adalah salah satu artikel yang diterbitkan di bawah siri pengenalan usahawan Program Prekhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS). Info lebih lanjut tentang program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diselitkan di bahagian nota kaki artikel ini.


Perihal Soya

Seperti namanya, produk kacang soya termasuk di dalam kategori kekacang. Menurut saranan daripada Garis Panduan Diet Malaysia, kekacang diambil setengah hingga satu sajian dalam sehari secara sederhana.

Antara produk popular hasil daripada kacang soya adalah air kacang soya, tempe, taufufah dan hidangan edamame. Edamame adalah kacang soya muda yang masih hijau. Ianya adalah hidangan biasa di dalam diet rakyat Jepun.

Sayangnya, Cik Lis tidak suka minum air soya. Sebabnya lebih kepada pilihan peribadi? Namun, Cik Lis faham ada insan yang tidak dapat menikmati produk tenusu seperti susu lembu dan susu kambing kerana ada masalah kesihatan seperti lactose intolerance. Air kacang soya menjadi antara pilihan alternatif bagi insan-insan terpilih ini.

|gambar sebagai hiasan|

Salah satu usahawan PeDAS kita kali ini adalah pengusaha pelbagai produk hiliran soya, iaitu Fani Soy. Jom berkenalan dengan mereka!

Pakar Soya Fani Soy

Fani Soy adalah produk yang dikeluarkan oleh FN Maju Enterprise. Produk dari Labis, Johor ini telah beroperasi sedekad lamanya dan sedang di dalam proses melebarkan sayapnya daripada hanya di selatan tanah air hinggalah ke seluruh Malaysia. Pemiliknya, Puan Noraini Binti Ismail mempunyai misi perniagaan yang murni dengan ingin menggembirakan orang lain dengan hasil produknya.

Pakar Soya Fani Soy-3
Produk Fani Soy:
Air Soya|Taufufah|Kerepek Tempe

Selain daripada ianya adalah 100% produk bumiputera Muslim, produk Fani Soy mendapat pengiktirafan BeSS (Bersih, Selamat dan Sihat) daripada KKM. Secara dasarnya, pengiktirafan BeSS diberikan kepada pemilik premis makanan yang mematuhi kriteria yang ditetapkan tertentu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Reviu dari pembeli-pembeli produk Fani Soy juga sangat memberansangkan.

Selain daripada food truck, Fani Soy juga biasa mengendalikan khidmat ad-hoc untuk majlis-majlis keraian.


Sekali pandang dekat laman-laman rasmi Fani Soy ni pun dah tahu yang ia sememangnya rangkaian produk yang menjamin kepuasan dan kesedapan! Nak intai media sosial mereka untuk mengikuti promosi-promosi semasa, pertanyaan lanjut mahupun tempahan? Link di bawah ya:

Facebook|Instagram|Fani Soy Homepage|WhatsApp

Ataupun, jumpa Fani Soy disini untuk merasa sampel atau belian secara terus:

1 Jalan Mawar Kawasan Perniagaan Felcra, 85300 Labis, Johor

Nak tahu macam mana cara untuk buat taufufah sendiri? Ikuti entri berikutnya disini!

Entri ketiga|| Resepi Taufufah Air Soya | Fani Soy:PeDAS


Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) dilancarkan sebagai medium untuk membantu peserta daripada industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk secara dalam talian dengan bimbingan daripada pihak yang dilantik oleh MDEC. Disamping itu juga, program ini juga membantu usahawan memperkembangkan jaringan bersama dengan pelbagai agensi dan rakan perniagaan. [press release] [mdec e-commerce page]

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.