Nak Pakai Apa Masa Travel?

May 18, 2017 by No Comments

 

Nak pakai apa masa travel light?

Ini adalah perkongsian tentang nak pakai apa masa travel light.
Ianya tentang apa yang perlu dipakai dari atas ke bawah (top to toe) jika kawan-kawan travel selama 7 hari.

Tudung untuk travel
Pakai yang tak mudah nampak renyuk (dalam gambar) haha. Bawa 2 ke 3 yang senang basuh harini dan hari ini juga kering.nak pakai apa

Nak pakai apa – Jaket

Pergi luar negara yang 4 musim, walaupun summer tapi tak boleh percaya. Suhu mereka 25 darjah celcius.
Bawalah jaket yang selalu pakai kat Malaysia masa ofis rasa sejuk itu.
Kalau tak pakai masa berjalan-jalan waktu siang, masih boleh pakai jaket ni dalam flight ataupun waktu malam.

Baju atau blouse?

Bawa yang kain ringan dan senang dibasuh. Sabun basuh boleh beli di tempat yang dituju atau pakai sabun basuh.
Tapi kalau nak basuh-basuh ni sesuai kalau duduk diguesthouse yang sama selama travel tu.
Kalau berpindah randah, takut baju tak sempat kering sepanjang malam.

Jeans atau Skirt?

Boleh bawa 2 helai jeans untuk 7 hari perjalanan.
Malam anginkan kat tingkap haha jangan buat muka keji eh geli.

Jeans ni berat jadi kalau nak bawa 7 helai untuk 7 hari macam di Malaysia pakai-sekali-terus-jatuh-hukum-najis nanti beg berat bawa jeans sahaja!

Skirt lagi ringan! Tapi princess sangatlah jalan pakai skirt. Jangan lupa pakai seluar panjang kat dalam.

 

Beg jalan jalan

Beg yang 55 liter boleh naik cabin sahaja.

Jangan lupa bawa beg nak pergi jalan-jalan sebab beg besar tu nak ditinggalkan di guesthouse.
Setiap hari saya bawa beg saiz 25 liter je alahai letak botol air dah penuh. Belum lagi selfie stick dan bento ( di Jepun).
Buku nota belum masuk lagi tu! Power bank, modem?

Kasut

Inilah nadi. Kalau nak pakai but cari yang tak sakit kaki menampung berat mata memandang akan diriku sendiri.
Kalau Converse memang cool tapi nipis sangat.
Pastu pastikan but kita tu berjahit dengan tapak bukannya melekat sahaja haha tak pasti kawan-kawan faham tak.

Kasut sukan pun selesa.

Susah nak shopping shopping last minute kalau sesuatu berlaku pada kasut mahupun beg kita.
Beli masa promosi di Malaysia. Banyak boleh jimat.

susu sikit

Casing phone

Usah pakai yang metal bersinar dari jauh mahupun blink blink mutiara permata apatah lagi leather.

Kita bukan nak masuk mesyuarat ahli lembaga koperasi.
Pilih yang tebal dan praktikal serta dapat melindungi handphone jika jatuh.
Tema Descendant of the Sun (askar) pun boleh.
Dah siap kita travel bersama ya!

travellis jepun tokyo

Dapatkan Buku Travellis (Travel & Tulis) disini ya!

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.