Khasiat Sarang Burung Walet | PeDAS

March 2, 2020 by No Comments

Salam perkenalan buat semua pembaca artikel “Khasiat Sarang Burung Walet | PeDAS” dari Cik Lis LunaStory. Untuk pengetahuan semua, LunaStory melancarkan satu siri pengenalan kepada usahawan program PeDAS. Anda boleh membaca sedikit penerangan tentang program PeDAS di bahagian nota kaki artikel ini.


Cik Lis pernah berkongsi sebelum ini sedikit sebanyak bagaimana industri sarang burung walet berkembang di Malaysia di artikel entri yang lepas. Hidangan yang menggunakan sarang burung walet dikategorikan sebagai hidangan eksotik yang semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia, tidak kira bangsa dan budaya.

Di zaman dahulu, pengumpul sarang burung walet sanggup menggadai nyawa memanjat siling gua batu kapur yang sangat tinggi dengan menggunakan tangga buluh. Bergantung kepada gred dan kualiti sarang burung tersebut, harga untuk sekilogram sarang burung walet boleh mencecah sehingga ribuan ringgit!

Baca: Produk Sarang Burung Walet Malaysia | PeDAS

Persoalannya, apa yang membuatkan pengguna mencari produk sarang burung walet ini dan mengapa ramai yang ingin mendapatkan permit untuk mengendalikan secara komersial?

Khasiat Sarang Burung Walet

Sebagai Makanan Tambahan

Antara komposisi nutrisi yang terdapat pada sarang burung walet bagi setiap 100g hidangan adalah:

  • 281 kilo kalori
  • 37.5 gram protein
  • 0.3 gram lemak
  • 32.1 gram karbohidrat
  • 485 gram kalsium
  • 18 miligram fosforus
  • 3 miligram zat besi
  • 24.5 gram air

[Kredit: Hello Doktor – Sarang Burung: Makanan Atau Ubat?]

Dengan nilai nutrisi yang tinggi, tidak hairanlah terdapat kajian yang mendalam terhadap manfaat sarang burung walet terhadap tubuh badan manusia terutamanya.

Salah satu topik perbincangan yang popular di dalam kajian tentang sarang burung walet adalah kehadiran asid sialik yang terdapat dalam karbohidrat. Asid sialik dikatakan mampu untuk merangsang badan si ibu untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak dan pekat.

[Kredit: Majalah Sains – Khasiat Sarang Burung Walit]

khasiat sarang burung walet-2

Sebagai Produk Kecantikan

Selain untuk menjaga kesihatan dalaman, sarang burung yang sinonim di dalam perubatan tradisional Cina juga dikatakan mampu meningkatkan mutu kecantikan seseorang.

khasiat sarang burung walet-1

Produk bumiputera usahawan PeDAS sarang burung Sayap Walet dipasarkan dalam pelbagai bentuk. Jika anda berminat untuk emncubanya, anda boleh mendapatkannya disini:

Facebook | Instagram | Sayap Walet Homepage | WhatsApp

Anda juga boleh mendapatkan produk ini di kedai fizikal beralamat:

Pasar Peladang Skudai, Batu 10, 81300, Johor Bahru

Sekian sahaja siri usahawan PeDAS Sayap Walet, Jumpa lagi di siri usahawan PeDAS lain yang akan datang ya.

*Artikel ini disiarkan hanya sebagai bacaan ringan dan tidak bertujuan untuk memberi nasihat perubatan, diagnosis dan rawatan.


Program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) adalah sebuah program dibawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [press release] [mdec e-commerce page]

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.