Keputusan Anugerah DFKL 2019

April 7, 2019 by No Comments

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 berlangsung pada 7 April 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Berikut adalah keputusan anugerah DFKL 2019.

Pengacara yang berpengalaman iaitu Awal Ashaari dan diserikan oleh jenaka ringan Sarah Suhairi, Zaim & Pasha, Hafiz Suip, De Fam, Anuar Zain, Hazama, Mark Adam, Achey, Ain Edruce dan Ropie.

Seperti tahun lepas, Drama Nur merangkul banyak anugerah DFKL juga tahun ini.

Hampir 6 anugerah dirangkul oleh drama ini.

Anugerah DFKL 2019

Sumber info Mysumber.com

Aktor dan Aktres Pilihan Keputusan Anugerah DFKL 2019

Janna Nick memenangi tiga tahun berturut-turut anugerah aktres pilihan DFKL bagi Keputusan Anugerah DFKL 2019. Tahun ini beliau memenangi hati juri melalui lakonan beliau di dalam drama Semerah Cinta Humairah dengan watak wanita yang dipaksa kahwin.

Syafiq Kyle mendapat anugerah sebagai aktor pilihan DFKL 2019 melalui lakonan hebatnya di dalam drama Nur.

Kedua-duanya selebriti ini menyampaikan rasa terima kasih kepada ibubapa diatas doa hampir setiap malam untuk kejayaan mereka.

Semoga kejayaan artis-artis dan penggiat seni dalam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur dan keputusan Anugerah DFKL 2019 ini memberi inspirasi kepada semua didalam dan luar industri.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.