Kelebihan Minyak Pati Beraroma | Zana Therapy Oil:PeDAS

March 27, 2020 by No Comments

Artikel “Kelebihan Minyak Pati Beraroma | Zana Therapy Oil:PeDAS” adalah salah satu artikel yang diterbitkan di bawah siri pengenalan usahawan Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS). Info lebih lanjut tentang program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diselitkan di bahagian nota kaki artikel ini.


Apa itu Minyak Pati

Minyak pati adalah minyak yang diekstrak daripada bunga, herba, daun atau bahagian-bahagian tertentu pada pokok. Minyak yang diekstrak ini berbau harum dan wangi. Selain dipanggil minyak aromaterapi, ianya juga dikenali dengan nama lain seperti essential oil, minyak pati dan sebagainya.

Minyak pati tulen tidak dihasilkan secara sintetik. Antara cara pengekstrakan pati dari tumbuhan-tumbuhan bagi tujuan penyediaan minyak aromaterapi adalah penyulingan stim yang popular untuk usahawan IKS. Selain stim, ada juga kaedah penyulingan, pengekstrakan pelarut, pemerahan, pengekstrakan dengan lemak sejuk (enfleurage), pengekstrakan dengan lemak panas (maceration) dan pengekstrakan karbon dioksida.

Kelebihan Minyak Pati Beraroma

Minyak boleh mengaktifkan bahagian-bahagian tertentu pada otak, seperti sistem limbik, yang memainkan peranan dalam emosi. Ia juga memberi kesan kepada hipotalamus, yang mungkin bertindak balas terhadap minyak dengan menghasilkan bahan kimia otak yang sihat seperti serotonin.

Secara tidak langsung, tindak balas tersebut membantu meningkatkan kualiti hidup dengan:

[1] Mengawal kebimbangan dan stress

[2] Memberi rasa tenang

[3] Memperbaiki tidur

Minyak pati juga selalunya berbau harum. Dengan penggunaan yang betul, minyak pati boleh dijadikan diffuser atau pengharum untuk ruang seperti bilik dan pejabat.

Kelebihan Minyak Pati Beraroma-2

Walau bagaimanapun, jika anda berhasrat untuk menggunakan minyak pati untuk kegunaan luaran badan seperti kulit, anda perlu tahu bahawa minyak pati tidak seharusnya disapu terus ke kulit dan gunakan carrier oil untuk mencairkan pati terlebih dahulu.

Anda dinasihatkan untuk rujuk kepada pakar terapi atau doktor terlebih dahulu jika pertama kali menggunakan minyak pati, terutamanya jika anda sedang mengambil ubat preskripsi yang lain.

*Sumber rujukan dan kredit:

  • Minyak pati serai wangi – ebuletin.mardi.gov.my
  • Apakah Aromaterapi – Hello Doktor

Salah seorang usahawan PeDAS adalah pengeluar minyak beraroma berjenama Zana Therapy Oil.

Kelebihan Minyak Pati Beraroma-1

Untuk pertanyaan lebih lanjut, pembaca boleh layari laman media sosial mereka di sini:

Facebook|Instagram|Zana Homepage|WhatsApp

Nak singgah HQ dan mencuba sendiri sampel dan sebagainya? Ini alamatnya:

NO 11-1 & 13-1, JALAN KOMERSIAL, MITC, 75450 AYER KEROH, MELAKA.

Artikel seterusnya adalah tips penting berkaitan dengan minyak aromaterapi:

Entri ketiga|| Cara Menggunakan Minyak Aromaterapi | ZTO:PeDAS


Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) dilancarkan sebagai medium untuk membantu peserta daripada industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk secara dalam talian dengan bimbingan daripada pihak yang dilantik oleh MDEC. Disamping itu juga, program ini juga membantu usahawan memperkembangkan jaringan bersama dengan pelbagai agensi dan rakan perniagaan. [press release] [mdec e-commerce page]

*DISCLAIMER: ARTIKEL INI SEKADAR BAHAN BACAAN AM DAN TIDAK BERTUJUAN MENYEDIAKAN NASIHAT PERUBATAN, DIAGNOSIS, ATAU RAWATAN.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.