Kejayaan Tidak Datang Bergolek

March 21, 2022 by No Comments

Bergelar ahli perniagaan berjaya pasti tampak gah pada pandangan masyarakat, namun, tiada siapa tahu jerih perih yang terpaksa ditempuh oleh usahawan. Meskipun pelbagai cabaran perlu dilalui sebelum mengecapi kejayaan, mereka tetap berusaha dan tidak berputus asa memperbaiki strategi memajukan perniagaan masing-masing. Tentunya kejayaan yang dikecapi mereka tidak datang bergolek.

Usahawan berjaya sebegini terutama dalam kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) wajar dikongsikan sebagai inspirasi kepada orang ramai. Ikuti perjalanan dua usahawan PKS ini menempuhi cabaran dunia perniagaan bagi menghasilkan produk jenama sendiri sehingga berjaya mencuri tumpuan ramai.

Sebelum itu, informasi mengenai artikel kejayaan tidak datang bergolek yang bermanfaat ini Cik Min dapatkan daripada portal BH Online.

Kejayaan Tidak Datang Bergolek

Akifcafe Coffee Industries Sdn. Bhd

Bagi Pengarah Urusan Akifcafe Coffee Industries Sdn. Bhd. Asharuddin Arifin, minatnya dalam bidang pemprosesan kopi lahir sejak arwah bapanya menceburkan diri dalam bidang itu pada tahun 1980.

Sejak itu, graduan Sarjana Muda Komputer Sains dari Universiti Malaya (UM) ini memasang impian untuk bergelar usahawan kopi berjaya. Berkat usaha dan minat yang mendalam, lahirlah produk kopi pracampuran tiga dalam satu, Akifcafe yang menggabungkan kaedah pembuatan kopi tradisional dan inovatif bagi menghasilkan kopi berkualiti dengan pelbagai rasa unik.

Namun, perjalanan anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini dalam membina empayar perniagaan kopi tidak semudah yang disangka. Asharuddin mengakui terdapat persaingan kuat dalam pasaran kopi di Malaysia, justeru mendorongnya untuk mengeksport produk keluaran Akifcafe ke luar negara selain kadar tukaran mata wang Malaysia turut menjadi faktor utama.

Dengan penglibatan syarikatnya dalam ekspo luar negara anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), pasaran kopi tiga dalam satu Akifcafe telah mendapat permintaan tinggi secara global seperti di negara Arab, China dan Thailand.

“Pada permulaan agak sukar untuk menembusi pasaran Arab disebabkan harga yang agak tinggi di samping menawarkan produk sedia ada dengan berat dan saiz mengikut pasaran di Malaysia. Namun, selepas mengenal pasti pasaran, kami berjaya mengeluarkan kopi mengikut cita rasa dan harga yang kompetitif mengikut pasaran di sana.”

Tembusi Pasaran Pasar Raya Besar | Kejayaan Tidak Datang Bergolek

Tambah Asharuddin lagi, produk Akifcafe juga berjaya menembusi pasaran pasar raya besar seperti Lotus, Mydin, AEON dan TF Value-Mart. Malahan turut berjaya berada sebaris dengan jenama terkemuka lain di pasar raya besar Malaysia. Walaupun mendapat tempat di hati penggemar kopi Malaysia dan antarabangsa, Asharuddin mengakui pasaran kopi di dalam dan luar negara turut terkesan sepanjang pandemik COVID-19 melanda dunia.

“Jualan ketika pandemik di pasar raya besar merosot disebabkan kesukaran pengguna untuk membelinya. Tetapi, pasaran dalam talian seperti Facebook, Instagram, Shopee dan Lazada banyak membantu dari segi penjenamaan produk dan memasarkan produk kepada pengguna. Tambahan, syarikat turut menekankan pasaran pengilang peralatan asal (OEM) di mana terdapat permintaan tinggi bagi produk seperti kopi, teh dan koko dalam kalangan usahawan yang menukarkan model perniagaannya kepada jenama mereka.”

Asharuddin turut menasihati usahawan yang sedang berusaha memajukan syarikat untuk memastikan akaun syarikat dan aliran tunai diurus dengan betul. Hal ini dikatakan demikian kerana, kejayaan tidak akan datang bergolek jika tanpa usaha. Oleh itu, usahawan perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam perniagaan untuk mengecapi kejayaan

“Kurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan. Kawal ‘overhead‘ pada tahap minimum serta tetapkan sasaran pelanggan dalam mengenal pasti produk yang ingin dikeluarkan supaya produk senang terjual. Selain itu, bina hubungan dalam kalangan usahawan berjaya bagi mempelajari cara serta kaedah memperluas rangkaian pengedaran produk.”

Sokongan FAMA | Kejayaan Tidak Datang Bergolek

Pelbagai bantuan dan sokongan yang diberikan oleh agensi kerajaan ini dalam usaha memasarkan produk. Misalnya, membantu mengeksport produk ke luar negara serta pembangunan pembungkusan dan pelabelan produk mereka.

Bukan itu sahaja, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) turut membantu dari segi promosi dan pemasaran produk ke peringkat antarabangsa seterusnya memperkasa produk PKS di pasaran domestik dan global.

Sekian sahaja perkongsian daripada Cik Min tentang kejayaan tidak datang bergolek pada kali ini. Semoga artikel ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.