Kedai Capal Handmade Johor | Capal Arils:PeDAS

April 11, 2020 by No Comments

Artikel “Kedai Capal Handmade Johor | Capal Arils:PeDAS” adalah salah satu artikel yang diterbitkan di bawah siri pengenalan usahawan Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS). Info lebih lanjut tentang program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diselitkan di bahagian nota kaki artikel ini.


Bagi Kaum Lelaki…

Mencari kasut atau sepatu kulit kadang-kadang boleh menjadi satu pekerjaan yang melecehkan, terutamanya kasut yang berkualiti. Bagi yang beragama Islam, mencari yang halal juga tidak tertakluk kepada makanan; ianya adalah cara hidup. Kebanyakan kulit asli di dalam pembuatan pakaian dan aksesori untuk pakaian di pasaran global diperbuat daripada kulit dari haiwan yang kontroversi.

Namun, fesyen bukan hanya bergantung kepada material aksesori itu sahaja. Ianya juga perlu berpadanan dengan rupa dan rekabentuk supaya mengikut trend semasa.

Aksesori pakaian seperti sepatu, sandal, kasut dan tali pinggang kulit adalah gaya fesyen yang malar hijau (evergreen). Beza bilakah masa yang sesuai untuk menggayakan antara kasut bertutup dan kasut terbuka adalah fungsi majlis yang akan dihadiri tuan badan itu sendiri.

Sandal dan capal kulit sesuai digayakan dengan baju kebangsaan atau baju tradisional. Bagi pengantin lelaki, anda akan nampak gah dan seperti Raja Sehari yang tulen! Bagi yang bakal membuat persembahan seperti silat, dikir barat, zapin dan seantara dengannya, pemakaian capal kulit akan membuatkan anda nampak seperti pendekar zaman dahulukala!

Jadi, di makakah anda boleh mendapatkan capal kulit asli yang nampak mengikut gaya semasa sebegini?

Kedai Capal Handmade Johor

Arils adalah sebuah jenama pembuat sepatu dan barangan daripada kulit asli dari Muar, Johor. Perniagaan yang kini sudah masuk generasi kedua ini merupakan buatan bumiputera Muslim di sebuah bengkel atau workshop Arils Leatherville Craft yang kini milik Encik Arif Syahmi Bin Mohd Shahril.

Antara keistimewaan Capal Arils adalah:

  • Diperbuat daripada kulit asli kulit kambing yang berkualiti
  • Rekaan capal mengikut trend semasa
  • Kualiti pertukangan yang penuh halus berseni, menjadikan bengkel Arils sering dikunjungi untuk lawatan sambil belajar dan sebagainya
  • Antara corak atau motif capal Arils yang boleh ditempa di atasnya adalah bermotif bunga songket atau bunga lada hitam
  • Sesuai bukan sahaja untuk dipakai semasa hari persandingan, malah untuk menghadiri majlis tertentu sebagai tetamu, ataupun untuk digayakan dengan pakaian tradisi semasa membuat persembahan seperti silat, tarian tradisi zapin, dikir barat, gamelan dan sebagainya
  • Selesa; kaki tidak mudah melecet
  • Pelbagai saiz dan warna bukan sahaja untuk lelaki dewasa, malah untuk kaum wanita dan kanak-kanak

Jika anda ada sebarang pertanyaan mahupun sekadar ingin mengikuti perkembangan dan promosi semasa dari produk ini, anda boleh melayari laman-laman ini:

Facebook | Instagram | WhatsApp 1 | WhatsApp 2

Ingin melihat sendiri dengan lebih dekat produk Capal kulit Aris ini? Ini alamat kedainya:

No155E, KM15/4, Jln Bakri, Muar, 84000 Johor.

Entri ketiga|| Kasut Pengantin Lelaki Melayu | CKA:PeDAS


Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) dilancarkan sebagai medium untuk membantu peserta daripada industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk secara dalam talian dengan bimbingan daripada pihak yang dilantik oleh MDEC. Disamping itu juga, program ini juga membantu usahawan memperkembangkan jaringan bersama dengan pelbagai agensi dan rakan perniagaan. [press release] [mdec e-commerce page]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.