eUsahawan 2021 bersama Suraya Ali

February 16, 2020 by No Comments


Program eUsahawan 2021 bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penggunaan Digital Marketing sebagai platform untuk pemasaran. Ianya terbuka kepada SEMUA RAKYAT MALAYSIA berusia diatas 18 tahun pada tahun ini. Inisiatif ini diterajui oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, menerusi MDEC, telah dilancarkan pada 23 November 2015.

Apa Itu eUsahawan 2021?

eUsahawan ialah SEBUAH PROGRAM TAJAAN KERAJAAN dimana ianya percuma buat pertama kali untuk dihadiri. Sekiranya Tuan/Puan ingin hadir untuk kali kedua dan seterusnya untuk mengulangkaji teknik yang dipelajari, ianya adalah berbayar.

Apa Itu eUsahawan 2021?

eUsahawan ialah SEBUAH PROGRAM TAJAAN KERAJAAN dimana ianya percuma buat pertama kali untuk dihadiri. Sekiranya Tuan/Puan ingin hadir untuk kali kedua dan seterusnya untuk mengulangkaji teknik yang dipelajari, ianya adalah berbayar kepada trainer.

Program eUsahawan adalah program satu hari yang akan menerangkan keusahawan digital secara am. Beberapa teknik seperti penggunaan Facebook, Instagram, dan juga Google Trend akan turut dikongsikan didalam kelas eUsahawan ini.

Puan Suraya Ali, Master Trainer eUsahawan

Puan Suraya Ali telah melatih lebih daripada 5000 usahawan dan pelajar sejak tahun 2016. Berpengalaman didalam perniagaan jenis pelesenan iaitu Lunatots, minat dalam dunia pemasaran membuatkan topik pemasaran digital adalah sesuatu yang beliau mahir bercakap dan melakukannya.

eUsahawan 2020
Puan Suraya Ali, Master Trainer eUsahawan

Baca cerita mengenai Puan Suraya Ali di akhbar Sinar Harian disini.

” its amazing, we learned a lot and still waiting for more.. coming with knowing nothing about online marketing.. now i feel great coz they teach us step by step.. noob going pro now..tq so much : )”

dakngatchocodaps g

Puan Suraya Ali dari syarikat Lunaworks turut menyediakan latihan lain kepada usahawan mikro yang mahu meningkatkan keberadaan digital mereka (online visibility) di dunia Internet.

“This 4 day digital marketing course has taught us many things, especially how to make posters and tell our users about our products online on facebook, instagram, whatsapp as well as youtube and also we can deliver things that can benefit other people. Many thanks to the other coaches and moderators as well as the organizers who have given us this opportunity at TD1303 Terengganu.

sina r

Siapa yang Boleh Hadir eUsahawan?

Program eUsahawan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia bermula 18 tahun ke atas dan tiada had umur. Sekiranya Tuan/Puan belum berniaga dan mahu menjana wang pendapatan dari perniagaan online, juga boleh hadir.

Pelajar universiti, kolej yang mahu mengadakan program di universiti boleh berhubung dengan lunaworks.co@gmail.com untuk sesi perkongsian Online Marketing eUsahawan dari Puan Suraya Ali.

Bagi organisasi ataupun persatuan yang mempunyai lebih daripada 30 ahli yang boleh hadir, Puan Suraya Ali (trainer eUsahawan) boleh hadir ke lokasi Tuan/Puan bagi memberikan latihan keusahawanan digital eUsahawan.

Bila eUsahawan bermula?

eUsahawan 2021 bermula tidak lama sahaja lagi. Bagi individu yang belum pernah menyertai dan TIDAK MAHU KETINGGALAN bagi tahun ini, boleh Daftar eUsahawan disini (klik sahaja).

Tim Lunaworks akan menghubungi Tuan/Puan sebaik sahaja Program eUsahawan bermula tahun ini. Ingin mengetahui lanjut mengenai Lunaworks Online Marketing klik disini.

Program eUsahawan 2019 sebelum ini dikongsikan di laman web Suraya Ali.

Baca mengenai usahawan Momazing merupakan supplier tanjak Melayu di Melaka.

Nak tahu lebih lanjut tentang eUsahawan klik disini ya

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.