DHUMY YEG Academy Bukan Scam!

July 29, 2022 by No Comments

DHUMY YEG Academy bukan scam!

“Eh, Cik Min … Apa benda tu DHUMY YEG Academy? Macam tak pernah dengar je tentang DHUMY YEG Academy tu. Betul ke DHUMY YEG Academy bukan scam? Kalau betul DHUMY YEG Academy ni bukan scam, apa buktinya Cik Min?”

Korang mesti dah tak sabar nak tunggu Cik Min ulas tentang DHUMY YEG Academy ni kan? Almaklumlah, zaman sekarang ni memang banyak kes-kes scam berlaku di seluruh dunia. Jadi, perasaan was-was korang semua tu memang valid.

Jadi, kalau korang nak tahu sama ada DHUMY YEG Academy ni scam atau bukan, pastikan korang baca perkongsian Cik Min sehingga habis ya…

Apa itu DHUMY YEG Academy? | DHUMY YEG Academy Bukan Scam!

Diploma pengurusan Haji dan Umrah, atau lebih dikenali sebagai DHUMY merupakan sebuah program pengajian terbaharu yang bertujuan untuk melahirkan pakar dalam industri Haji dan Umrah.

Antara pakar yang akan dilahirkan melalui DHUMY adalah seperti pegawai operasi, penolong pengurus, penolong pegawai tadbir, dan Mutawwif yang berpengetahuan, serta kompeten dalam pengurusan dan Fiqh Haji atau Umrah.

Untuk pengetahuan korang, bidang Haji dan Umrah kini semakin mendapat tempat di hati para pelajar lepasan SPM dan sudah mulai dikenali di serata dunia. Pada Cik Min, memang untung sungguh mereka yang menceburi bidang DHUMY ini!

Program yang Ditawarkan di Bawah DHUMY

Di bawah DHUMY ini, terdapat 2 jenis program yang boleh para pelajar pilih:

  • ✔️ Diploma Pengurusan Haji dan Umrah – 2 tahun 6 bulan
  • ✔️ Sijil Profesional Haji dan Umrah – 3 bulan

Untuk Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, para pelajar akan diajarkan tentang Haji dan Umrah selama 2 tahun 6 bulan. Dalam tempoh tersebut, pelajar akan mempelajari teori sebanyak 50% dan 50% lagi secara praktikal.

Bukan itu sahaja, para pelajar juga akan berpeluang untuk menjalani praktikal selama 2 bulan di Malaysia dan sebulan lagi di Makkah/Madinah, melalui agensi yang berpengalaman seperti Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. Hebat kan?

Jom kita tonton salah satu video perkongsian di mana salah seorang pelajar DHUMY sedang bersiap-siap untuk berlepas ke Tanah Suci untuk menjalankan praktikal di sana.

Syarat-syarat Kemasukan

Korang pasti tertanya-tanya tentang syarat kemasukan program ini kan? Mari Cik Min sharekan syarat-syaratnya kepada korang semua! Di bawah merupakan antara syarat minimum untuk melayakkan diri memasuki jurusan DHUMY ini:

  • ✔️ Lulus SPM dan sekurang-kurangnya 3 kredit (DIPLOMA).
  • ✔️ Lulus SPM dan sekurang-kurangnya 1 kredit (PRA-DIPLOMA).
  • ✔️ STPM dengan CGPA 2.00 keatas.
  • ✔️ STAM dengan minimum JAYYID.

Benarkah DHUMY YEG Academy Bukan Scam?

Kebelakangan ini, kita sering didengarkan tentang isu penipuan terhadap jemaah Haji mahupun Umrah. Situasi seperti ini telah banyak menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat, sehingga apa-apa sahaja organisasi yang berkaitan Haji dan Umrah mulai diragui.

Tapi korang jangan risau, kerana DHUMY YEG Academy ni sememangnya bukan scam tau!

Hal ini kerana, mereka menyediakan program yang telah diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan kesemua silibus yang ditawarkan juga adalah menepati piawaian International Organization for Standardization (ISO).

DHUMY YEG Academy Bukan Scam!

Bukan itu sahaja, malah pihak pengurusan dan tertinggi jawatan kuasa Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, beserta pihak Innovative International College (IIC) juga telah melalui beberapa proses seperti yang ditetapkan oleh Lembaga Akreditasi Negara, LAN.

Selain itu, tenaga pengajarnya juga dilantik dari kalangan profesional yang berkredibiliti tinggi, serta mempunyai pengalaman luas dalam mendidik para pelajar dengan lebih efektif. Terdapat juga tenaga pengajar yang dilantik dari kalangan selebriti dakwah terkenal, seperti PU Riz dan juga PU Amin. Makin semangat rasa nak belajar kan?

Sementara itu, jom kita tonton video di bawah tentang award yang akan diperoleh oleh YEG Academy.

Di sini, Cik Min boleh simpulkan bahawa DHUMY YEG Academy ini bukan scam seperti yang disangka dan dikatakan oleh orang luar. Sungguh, DHUMY ini merupakan program diploma yang sangat dipercayai, berkualiti dan diiktiraf di mata dunia.

Adakah Program DHUMY Ini Masih Relevan Pada Waktu Akan Datang? | DHUMY YEG Academy bukan scam

Menurut Laporan Pekerjaan Masa Hadapan 2019 yang dibentangkan di World Economic Forum, sebanyak 133 juta jenis pekerjaan bakal berevolusi, manakala sebanyak 75 juta pekerjaan lagi bakal pupus atau hilang pada masa akan datang. Kebanyakan pekerjaan yang bakal pupus pula adalah pekerjaan yang menggunakan sumber tenaga manusia.

Hal ini kerana, masa hadapan akan mengutamakan penggunaan teknologi baharu dan kerja-kerja melibatkan kecerdasan buatan seperti Artificial Intelligence (AI), digital dan robotik.

Meskipun teknologi menguasai, namun ibadah Haji dan Umrah tetap dilaksanakan saban tahun seperti biasa tanpa penglibatan berat oleh kecanggihan tersebut. Maka jelaslah di sini bahawa penglibatan dalam bidang Haji dan Umrah tidak akan lapuk ditelan zaman.

Menurut laman web Oh My Media pula, kerajaan Arab Saudi kini bersetuju memberikan tambahan 10,000 kuota haji buat jemaah Malaysia. Alhamdulillah! Jadi, keadaan ini sudah semestinya memerlukan organisasi yang efektif dalam memastikan kelancaran pengurusan para jemaah agar perjalanan ibadah mereka lebih teratur.

Oleh hal yang demikianlah, permintaan terhadap tenaga pakar dalam bidang Haji dan Umrah kini semakin meningkat setiap masa. Jom kita tonton video perkongsian di bawah untuk ketahui tentang relevannya program DHUMY di YEG Academy ini.

Bagi yang ingin mendapatkan testimoni DHUMY YEG Academy, korang boleh KLIK DI SINI. Untuk sebarang info tambahan, korang boleh hubungi YEG Academy di talian 03-6143 5073 atau terus DAFTAR DI SINI jika sudah membuat pilihan.

Tidak lupa juga, korang boleh melayari laman Facebook DHUMY YEG Academy, Instagram DHUMY YEG Academy dan juga TikTok DHUMY YEG Academy untuk mendapatkan informasi terkini berkaitan program-program pendidikan lain yang turut mereka tawarkan. Selamat maju jaya semua!

Sampai di sini dahulu perkongsian Cik Min pada kali ini tentang ‘DHUMY YEG Academy Bukan Scam‘. Anda inginkan mendapatkan lebih banyak artikel menarik? Jika ya, pastikan anda layari laman portal Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.