Cara Tukar Kad Pengenalan Baru

September 10, 2017 by 4 Comments

Cara Tukar Kad Pengenalan Baru

Saya baru tahu yang sekarang lebih mudah cara tukar kad pengenalan baru.
Iyelah masa kita kecil dulu rasanya kena beratur lama di Pejabat Pendaftaran dan ambil gambar kad pengenalan.

Masih saya ingat buat kad pengenalan yang pertama masa darjah enam.
Balik sekolah sesi petang abah datang ke sekolah untuk bawa saya buat kad pengenalan.
Memori sungguh aih!

Jadi bila saya kena renew kad pengenalan ni, saya gigih cari masa cuti untuk ke Kompleks Imigresen Jalan Duta.

Alamatnya ialah Pejabat Imigresen Kompleks KDN Jalan Duta No.69,Jalan Sri Hartamas 1 50480 Jalan Duta Kuala Lumpur Tel : 03-6205 7400. Fax: 03-6201 1191

Dalam pejabat ni ada Jabatan Pendaftaran Negara di tingkat bawah.

Gambar daripada Google.com

cara tukar kad pengenalan baru

Rupanya sekarang lebih mudah!
Ada sistem gantian MyKad secara online.

Tapi perkhidmatan ini terhad kepada permohonan gantian MyKad atas 12 tahun dan untuk jenis gantian seperti berikut:

  1. Gantian hilang

  2. Gantian rosak

  3. Gantian biasa

Dimana pemohon tidak perlu hadir ke kaunter untuk proses permohonan. Hanya nanti kutipan barulah hadir ke mana mana pusat kutipan cawangan JPN yang dipilih semasa mengisi borang.

Senang kan?

 

Cara tukar kad pengenalan online ini ialah :

  1. Masuk website http://mykadganti.jpn.gov.my atau layari Portal JPN dan klik pada pautan Permohonan Gantian MyKad di bawah tajuk Perkhidmatan Dalam Talian.
  2. Lengkapkan ruangan pendaftaran dan klik TERUSKAN
  3. Log masuk dengan kata nama dan katalaluan yang telah disahkan melalui emel anda
  4. Lengkapkan borang permohonan
  5. Pembayaran mestilah menggunakan kad kredit.
  6. Jangan lupa cetak resit setelah selesai membuat bayaran untuk tujuan kutipan kad MyKad nanti.

Soalan yang sering ditanya mengenai cara tukar kad pengenalan baru secara online ini ialah :

 

Bolehkah saya memohon untuk gantian MyPR atau MyKid?

Jawapannya ialah tidak, sistem ini hanya untuk permohonan gantian MyKad dan terhad kepada warganegara yang berumur diatas 12 tahun.
Maksudnya first time buat kad pengenalan tu kena juga pergi ke ofis JPN.

Bolehkah mewakilkan ahli keluarga untuk kutipan MyKad?

Tidak boleh kerana pemohon perlu mengesahkan cap jari semasa kutipan. Iyelah kan bukan senang nak ambil kad pengenalan seseorang kerana ianya sangat berhargaaaaa.

cara tukar mykad baru

Jika saya dah hilang kad pengenalan melebihi 5 kali, bolehkah saya guna cara tukar kad pengenalan online ini?

Amboi sampai 5 kali hilang kad!
Tak boleh guna sistem online ni dan kena juga pergi kaunter JPN ya.

Jika saya ada masalah dengan permohonan, saya perlu hubungi siapa?

Sebarang pertanyaan, hubungi PRO JPN di talian 03-8880 7077 /7071 /7067 /7069 /8206 atau emel ke mykadganti@jpn.gov.my untuk maklumat lanjut.

 

Maklumat lanjut boleh didapati disini ya mengenai cara tukar kad pengenalan baru.

4 Replies to “Cara Tukar Kad Pengenalan Baru”

  1. farah says:

    Salam nak tanya kalau saya warganegara sabah maksudnya di mykad saya
    12 la sebab sabah . tetapi saya melahirkan anak saya d semenanjung jadi d mykid
    10(warganegara semenanjung ) boleh ka saya tukar kan no mykid anak saya kepada sabah?
    Harap boleh tolong . terima kasih

  2. Cik nad says:

    Salam nak tanya. Kalau tukar kad pengenalan guna myeg gambar kat ic berubah atau todak dari ic lama??

  3. LAI BOO FUN says:

    Salam..nak tanya kalau baru buat MyKad,mau tukar baru lagi boleh ke??sebab gambar nampak tak cantik Hihihi..kalau saya buat lagi sekali boleh ke?

  4. samsuri says:

    saya ada kawan yang hilang mykad sy dah byk kali pujuk renew baru tp dia ngeluh kena bt repot polis pastu kena bayar 1k…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.