Cara Membuat Mee Sayur | Mee Sudin:PeDAS

March 22, 2020 by No Comments

Artikel “Cara Membuat Mee Sayur | Mee Sudin:PeDAS” adalah salah satu artikel yang diterbitkan di bawah siri pengenalan usahawan Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS). Info lebih lanjut tentang program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diselitkan di bahagian nota kaki artikel ini.


Kuah Ladna Penuh Sayur

Cik Lis ada satu fasa dalam hidup Cik Lis dimana hampir setiap hari Cik Lis cari pergi makan atau buat kuah ladna. Selalunya, kuah ladna ini penuh dengan sayur-sayuran. Rasanya penuh savuri, tak terlalu pekat tetapi tak terlalu cair dan pelbagai tekstur sayur-sayuran membuatkan Cik Lis jatuh cinta dengan hidangan yang ada kuah ladna.

Cara Membuat Mee Sayur-1

Antara hidangan kuah ladna yang mengungguli carta personal Cik Lis adalah hidangan kuey teow kung fu (kuey teow dibalut dengan telur dan digoreng), mee ladna dan nasi goreng ladna.

Jadi kali ini, resepi LunaStory untuk hidangan mi adalah lebih kepada pembuatan kuah yang mengiringi mi. Mi sayur yang menjadi tumpuan adalah mi berkuah ladna.

Cara Membuat Mee Sayur – Kuah Ladna

Resepi yang Cik Lis kongsikan ini adalah resepi keluarga, tetapi ianya tiada sukatan tertentu dan lebih kepada ‘rasa-rasa’ atau ‘agak-agak’ (*≧▽≦)

Bahan-bahan

  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Kiub pati ayam (optional)
  • Sos tiram atau sos seafood
  • Pilihan protein (sotong, isi ayam dan atau udang)
  • Sayur brokoli
  • Lobak merah
  • Kobis bunga
  • Jagung (selalunya guna jenis baby corn)
  • Telur bahagian putih

*Selalunya Cik Lis guna dalam 5 hingga 6 ulas bawang putih untuk hidangan keluarga dalam 3-5 orang. Dan jika anda perasan, resepi Cik Lis tidak menggunakan tauhu telur.

Cara Membuat Kuah Ladna

[1] Tumis dengan minyak bawang putih yang ditumbuk itu tadi.
Masukkan juga sos tiram. Jika anda mahu lebih perasa, gunakan juga kiub pati ayam. Sesetengah orang tidak menggunakan ini jika bercadang menggunakan protein ayam atau udang.

[2] Masukkan pilihan protein anda tadi.
Orang tua-tua kata, makanan darat tak elok bercampur dengan makanan laut. So, selalunya kalau nak makan dengan a la seafood, gunakan sotong dan udang sahaja. Jika nak makan dengan makanan darat, Cik Lis gunakan hirisan daging ayam.

[3] Masukkan pula segala sayuran tadi.
Pilihan sayur-sayuran kali ini kebanyakannya jenis keras.

Cara Membuat Mee Sayur-2
|gambar sebagai hiasan|

[4] Masukkan telur putih. Akhir sekali, bancuh tepung jagung (Cik Lis selalu guna dalam satu sudu) dengan air secukup rasa dan masukkan ke dalam hidangan itu tadi. Kacau sehingga masak.

Bila masa nak gunakan mi?

Sesetengah orang mengasingkan mi yang dicelur. Ada juga yang memang memasaknya sekali bersama dengan kuah ladna itu tadi. Jika anda pilih untuk masakkan mi sekali dengan kuah, ianya dimasukkan selepas langkah [2].

Kenapa penggunaan kiub pati ayam adalah optional?

Ikut selera badanlah katakan. Sesetengah orang deria rasa dia dah over stimulate dengan bahan-bahan lain seperti sos tiram itu tadi. Ataupun dia nak bagi rasa udang tu lebih. Sebab itu dah tak perlu pati tadi.

Lagi satu sebab, mungkin orang itu ada menggunakan mi yang dah ada perisa…?


Usahawan PeDAS dari Air Molek, Melaka ini mengeluarkan produk mee sayur berperisa yang popular di sana. Mee sayur Mee Sudin adalah mi yang ada perisa hasil daripada ekstrak sayuran itu sendiri. Mereka telah mula beroperasi sejak dari tahun 2016 lagi dan semakin berkembang ke seluruh Malaysia.

View this post on Instagram

Mee Sudin ada 2 jenis Basah kering Basah Berat 400g Berat Kering 200-250g Mee basah boleh tahan 2 week atau frozen Cara masak Mee basah sama macam masak Mee Kuning. Boleh goreng, hailam, sup, Bandung , kari, aglio olio, carbonara, bolonis dan semua boleh. Cara masak Mee kering macam spegeti. Rebus mi dulu 5-10minit sampai lembut/kembang. Tos dan buat rencah hidangan yang nak buat Ada 3 pilihan Mee Sayur dari Mee Sudin Mi Bayam Mi Lobak Mi Labu Kami boleh selesaikan 4 masalah ini. Anda ada masalah anak tidak suka makan sayur? Anda sedang berusaha untuk mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang untuk gaya hidup sihat ? Anda ada masalah makan mee tapi rasa pahit? Rasa kembung perut? Atau anda sudah tidak perlu banyak rencah untuk menghasilkan satu hidangan mee yang sedap?? Mee Sudin boleh selesaikan semua masalah ini. Apa yang bestnya Mee Sudin ni? Ramuan dan adunan Mi Sudin menggunakan bahan organik tanpa pewarna mahupun perasa tambahan. Mee Sudin adalah mi sayur. Mi yang di adun menggunakan ekstrak sayur segar. Ada 3 jenis ekstrak. Ekstrak sayur bayam untuk mi bayam, ekstrak sayur lobak untuk mi lobak dan ekstrak sayur labu untuk mi labu. Jangan risau, rasa mi sayur ni tidak pahit. Tak ada campuran kapur. Bila makan Mee Sudin, anda akan menikmati rasa manis dan rasa lemak yang asli dari ekstrak sayur yang segar. Dalam satu bungkus mee Sudin, ia lengkap semua kelas nutriet yang tubuh badan kita perlukan. Jadi, apa nak tunggu lagi. Bagitahu semua kawan – kawan, family dan saudara mara pasla Mee Sudin ni. Mee Sayur the one and only yang anda boleh nikmati untuk menyelesaikan masalah masalah anda. Hubungi kami sekarang. wasap.my/+60123875531/nakcubameesudin

A post shared by Mee Sudin (@meesudin) on

Nak intai media sosial mereka untuk mengikuti promosi-promosi semasa, pertanyaan lanjut mahupun tempahan? Link di bawah ya:

Facebook|Instagram|Mee Sudin Homepage|WhatsApp

Nak singgah kedai? Ini alamatnya ya:

Mee Sudin Food Industry, G3, Laman Niaga MBMB, Tambak Paya, Jalan Kg Tambak Paya, 75460 Air Molek Melaka

Sekian sahaja dari LunaStory untuk edisi pengenalan usahawan PeDAS Mee Sudin ini. Jangan lupa untuk membaca profil penuh usahawan Mee Sudin di sini!

Entri pertama|| Keistimewaan Mee Sudin Melaka | PeDAS

Jumpa lagi di siri pengenalan usahawan PeDAS lain yang akan datang ya!


Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) dilancarkan sebagai medium untuk membantu peserta daripada industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk secara dalam talian dengan bimbingan daripada pihak yang dilantik oleh MDEC. Disamping itu juga, program ini juga membantu usahawan memperkembangkan jaringan bersama dengan pelbagai agensi dan rakan perniagaan. [press release] [mdec e-commerce page]

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.