Bengkung Ibu Anis Kissmiss |PeDAS

March 18, 2020 by No Comments

Salam perkenalan buat semua pembaca artikel “Bengkung Ibu Anis Kissmiss” dari Cik Lis LunaStory. Untuk pengetahuan semua, LunaStory melancarkan satu siri pengenalan kepada usahawan program PeDAS. Anda boleh membaca sedikit penerangan tentang program PeDAS di bahagian nota kaki artikel ini.


Menerima cahaya mata semestinya adalah suatu peristiwa yang gembira dan bermakna buat para ibu bapa. Segala persiapan dibuat sedikit demi sedikit bila menerima khabar bakal menyambut orang baru di dalam keluarga yang dibina bersama pasangan suami isteri.

Antara persiapan tersebut semestinya juga merangkumi persiapan selepas bersalin. Contohnya, mempelajari teknik memakai bengkung yang sangat lazim di kalangan ibu-ibu tidak kira bangsa, agama dan pemahaman.

Bengkung Ibu Anis Kismiss-1

Terdapat pelbagai isu yang berlegar di sebalik keberkesanan memakai bengkung terutamanya dalam mengembalikan susuk tubuh yang lebih kurus terhadap wanita. Namun, pandangan pakar perubatan berkaitan dengan isu ini tidak sepatutnya dipandang enteng, kerana kurus bukannya boleh dicapai dengan senang dan tanpa bersusah payah. Pemakaian bengkung juga boleh memudaratkan jika salah pakai ataupun terlebih guna.

Sebenarnya, pemakaian bengkung terutamanya untuk ibu yang baru lepas bersalin adalah lebih kepada faktor-faktor berikut:

Sakit belakang
Ibu yang sarat mengandung dan ibu yang baru lepas melahirkan disarankan memakai bengkung untuk masalah ini kerana bengkung dapat menambah sokongan pada badan.

Cara yang betul untuk memakai bengkung selepas bersalin menurut Dr Dr Ashikin Mokhtar di dalam penulisannya di The Star adalah sebaik sahaja selepas melahirkan seawal dalam tempoh 24 jam. Tempoh pemakaian setiap hari untuk beberapa minggu yang disarankan pakar.

Postur badan
Semasa mengandung, badan akan mengalami perubahan ketara. Apa yang dapat dirumuskan daripada penerangan Dr Ashikin dalam hal ini adalah terdapat banyak pergerakan terutamanya pada tulang-tulang ibu untuk yang menyebabkan tulang belakang ibu menjadi bongkok (bentuk S). Pergerakan-pergerakan ini adalah tindak balas tubuh untuk mengimbangi perubahan pusat graviti semasa mengandung. Pemakaian bengkung yang betul dapat membaiki postur badan.

Diastasis Recti
Kedua-dua pakar perunding obstetrik dan ginekologi, Dr Patricia Lim (temubual bersama Metro TV) dan Dr Ashikin Mokhtar bersetuju pemakaian bengkung memberi sokongan pada otot depan ibu yang mengalami masalah ini. Diastasis recti terjadi apabila bahagian otot depan perut menjadi lemah dan tidak mampu menyokong beban janin yang semakin bertambah, menyebabkan ibu hamil berasa lemah dan sakit di bahagian tersebut.

Kredit penuh untuk sumber rujukan:


Salah seorang usahawan PeDAS adalah pembuat bengkung ibu Anis Kissmiss, milik Puan Noor Hanisa Binti Mohammad Desa.

Bengkung Ibu Anis Kismiss-2

Anis Kissmiss mula berjinak-jinak di dalam perniagaan menjahit pakaian sejak dari tahun 2006 dan bermula dengan menjahit barut bayi untuk kelahiran bayi pemilik itu sendiri.

Bengkung Ibu Anis Kismiss-3

Selepas permintaan untuk produk barut bayi semakin bertambah, Anis Kissmiss mula mengembangkan skop perniagaan fokus ke arah untuk ibu baru dengan menjahit barut untuk ibu bersalin dan yang terbaru adalah produk tilam bayi Baby Nest. Sebab itulah rata-rata ibu selesa dengan produk dari Anis Kissmiss memandangkan pemilik sendiri adalah seorang ibu dan pengguna bengkung semasa dalam pantang!

*Bengkung ibu yang dijual Anis Kissmiss adalah jenis bengkung zig-zag dan bengkung tradisional tali satu. Pembeli boleh memesan custom order untuk bengkung Anis Kissmiss ini.


Ingin mengenali usahawan PeDAS ini dengan lebih lanjut? Atau ingin meneliti produk mereka dengan lebih teliti? Ikuti laman media sosial mereka di:

Facebook | Instagram | WhatsApp

Atau alamat fizikal kedai disini:

39-1, Jalan Genting, Taman Sri Indah, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang

Entri kedua|| Barut Bayi Homemade Selesa |Anis:PeDAS


Artikel ini ditulis bersempena dengan program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [press release] [mdec e-commerce page]

*DISCLAIMER: ARTIKEL INI SEKADAR BAHAN BACAAN AM DAN TIDAK BERTUJUAN MENYEDIAKAN NASIHAT PERUBATAN, DIAGNOSIS, ATAU RAWATAN. SILA DAPATKAN NASIHAT PERUBATAN DAN RAWATAN DI KLINIK ATAU HOSPITAL BERTAULIAH.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.