Bantuan Perniagaan Tahun 2022

February 22, 2022 by No Comments

Anda merupakan salah seorang usahawan? Cik Min rasa anda mesti memerlukan bantuan perniagaan tahun 2022, bukan! Cik Min ingin berkongsi dengan anda semua tentang cara memohon modal bisnes daripada bantuan perniagaan kerajaan 2022. Anda boleh memohon melalui inisiatif niaga yang ditawarkan bagi usahawan kecil dan sederhana dan syarikat Perniagaan Kecil dan Sederhana.

Jadi, melalui entri kali ini Cik Min ingin berkongsi dengan lebih lanjut mengenai bantuan perniagaan tahun 2022. Informasi yang bermanfaat ini Cik Min dapatkan daripada portal MYPT3.

Bantuan Perniagaan Tahun 2022: Modal Niaga Syarikat dari Kerajaan

Program Inisiatif Belia Negara – Bantuan Perniagaan Tahun 2022

Kepada belia yang layak, menerusi Program Insiatif Belia Negara, anda kini boleh mohon bantuan modal RM15,000 daripada Majlis Belia Malaysia. Majlis Belia Malaysia (MBM) menerusi Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan MBM (MFREN) menawarkan bantuan modal kepada mana-mana golongan belia di luar sana yang berminat.

Ia bertujuan untuk menambah pendapatan dan mengukuhkan ekonomi melalui inisiatif belia berniaga menerusi sektor perniagaan modal mampu milik yang ditawarkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM).

Borang Permohonan Inisiatif Belia Berniaga

Sekiranya anda berminat dengan permohonan ini, anda boleh klik pautan ini untuk mengisi borang Inisiatif Belia Berniaga (TELAH DITUTUP) ataupun anda boleh merujuk pada poster dan imbas QR Code pada poster untuk mendaftarkan diri anda.

Syarat Bantuan Belia Berniaga

Majlis Belia Malaysia bergerak sebagai badan induk yang menyelaraskan pertubuhan pelajar dan belia di negara ini dan merupakan sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan.

Pada 9 September 1950, MBM secara rasminya ditubuhkan apabila perlembagaan MBM diterima dan Presiden MBM yang pertama telah terpilih adalah Sdr. F.C Arulanandum.

Di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668), MBM ini telah didaftarkan.

Kerajaan turut mengiktiraf MBM sebagai badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan seperti yang dinyatakan di bawah seksyen 49 (1) Akta 668 dan ianya ditubuhkan bertujuan untuk menggalakkan kemajuan belia yang seimbang dalam semua bidang ekonomi, mental, sosial, akhlak, fizikal dan juga politik.

Anda boleh melayari pautan di sini ataupun Facebook Majlis Belia Malaysia untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan Majlis Belia Malaysia.

MBM akan membantu melalui agensi yang berkaitan bagi sesiapa yang memerlukan bantuan modal perniagaan untuk belia.

Senarai Bantuan Modal Perniagaan Majlis Belia Malaysia MBM

Di bawah merupakan senarai bantuan modal niaga dan inisiatif belia berniaga untuk jadi peniaga kecil yang ditawarkan MBM bagi perniagaan di bawah ini:

  1. Bantuan Modal Stokis – Modal RM3,000
  2. Bantuan untuk Bisnes Food Truck – Modal RM15,000
  3. Bantuan Motosikal Roda 3 – RM10,000
  4. Bantuan Payung/Gerai untuk Perniaga Kecil – Modal RM3,000
  5. Bantuan Kursus Asas Keusahawanan
  6. Lain-lain lagi bantuan bagi perniagaan kecil

*Tertakluk kepada terma dan syarat

Maklumat Lanjut – Bantuan Perniagaan Tahun 2022

Pengerusi MFREN, Sdr. Syed Osman boleh dihubungi di talian 016-381 3448. Jika ada sebarang pertanyaan ataupun hubungi Sekretariat MBM, Sdr. Saiful Bahari di talian 013-398 5857.

Semakan Bantuan Perniagaan 2022

Selain daripada skim program di atas, senarai di bawah ini pula merupakan beberapa pilihan cara memohon bantuan kerajaan dan pihak bank untuk pekerja kecil dan sederhana untuk usahawan perniagaan bagi tahun 2021 PKP & PKPB di sebalik wabak COVID-19 yang melanda Malaysia ketika ini.

SENARAI BANTUAN NIAGALINK PAUTAN
Bantuan Tekun Nasional RM5,000.www.tekun.gov.my
Bantuan Perniagaan dari MARA termasuk untuk Orang Kurang Upaya (OKU), belia, usahawan lepasan IPMA, wanita bumiputera, doktor, farmasi, peguam, arkitek, akauntan, food truck.https://www.mara.gov.my
Permohonan bantuan peniaga kecil 2022 daripada kerajaan Selangor.https://www.hijrahselangor.com
Bantuan MAIWP di bawah Program Tunas Usahawan Baitulmal TUB.www.maiwp.gov.my
Bantuan iTekad bank Islam.www.bankislam.com
Bantuan Mikro BangKIT daripada Bank Islam.https://www.bankislam.com
Bantuan penangguhan bayaran pinjaman perniagaan.https://mypt3.com/penangguhan-bayaran-pinjaman-bank
Bantuan Skim Geran Digital SME & Geran Automasi 2022.https://mdec.my
Bantuan Kewangan Agrobank.www.agrobank.com.my
Bantuan Kewangan Perniagaan daripada BSN Mikro Kredit.https://mypt3.com/bsn-micro-kredit-prihatin

Kursus Perniagaan untuk Usahawan Secara Percuma 2022

Bagi menggalakkan kerajaan menceburi bisnes samada secara online atau offline, terdapat pelbagai kursus perniagaan dan kursus latihan usahawan belia secara percuma untuk tahun 2022.

PERKARABUTIRANNYA
Program New Gen Entrepreneur Online Bootcamp untuk bantu perniagaan anda secara dalam talian dan digital melibatkan usahawan belia.https://www.insken.gov.my/new-gen-entrepreneurship-online-bootcamp-n-gene/
Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera.https://tube.smecorp.gov.my
Bantuan usahawan untuk kursus di bawah Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2022 (latihan keusahawanan dan peralatan secara percuma).https://bit.ly/3a90AXS
Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGP-OKU).http://jtksm.mohr.gov.my

Bantuan Geran Kerajaan Untuk Usahawan 2022

Selain daripada kursus dan program latihan kepada usahawan secara percuma, kerajaan turut berikan dana bantuan geran usahawan kecil dan sederhana termasuk kepada usahawan wanita bagi tahun 2022 bagi menempuh perniagaan era digital masa kini.

PERKARALINK PAUTAN
Borang permohonan bantuan usahawan yang terlibat dalam perniagaan digital 2022.https://mdec.my
Bantuan dana geran perniagaan khas dari kerajaan melaka 2022 untuk peniaga kecil.Dana niaga kerajaan Melaka 
Bantuan geran niaga 2022 sebanyak RM1,000.https://mypt3.com/geran-khas-prihatin-pks-mikro
Geran Pelancaran (GP) kepada penerima JKM termasuk OKU untuk bantuan meniaga sebanyak RM2,700.https://www.jkm.gov.my
Geran Bantuan Khas Kepada Agensi Pelancongan di Malaysia RM3,000.http://www.motac.gov.my
Geran Bantuan untuk pengusaha homestay RM600.www.motac.gov.my
Bantuan modal perniagaan Mykapital Kasih untuk golongan wanita (modal niaga RM1,000 maksimum).https://docs.google.com
(bookmark halaman ini)

Setakat ini sahajalah perkongsian daripada Cik Min tentang bantuan perniagaan tahun 2022 kali ini. Semoga dengan senarai bantuan perniagaan yang dikongsikan ini sedikit sebanyak membantu anda meneruskan perniagaan sepanjang tempoh COVID-19 tahun 2022 ini.

Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.