Baju Menyusu Patuh Syariah | Cetusan Hatie:PeDAS

March 26, 2020 by No Comments

Artikel “Baju Menyusu Patuh Syariah | Cetusan Hatie:PeDAS” adalah salah satu artikel yang diterbitkan di bawah siri pengenalan usahawan Program Prekhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS). Info lebih lanjut tentang program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diselitkan di bahagian nota kaki artikel ini.


Di dalam kesibukan mengejar arus masa yang semakin laju kehadapan, fesyen juga tidak terlepas daripada turut berevolusi. Jika dahulu, rekaan baju untuk kaum perempuan terutamanya hanya sekadar untuk dipakai begitu sahaja (satung, zip dan sebagainya), pereka pakaian semakin sensitif dengan kehendak dan keperluan wanita dengan skop yang lebih meluas. Contohnya, rekaan baju yang mesra untuk kaum ibu menyusukan anak.

Baju menyusu yang ideal adalah baju menyusu yang dapat dibuka dengan cepat ketika tiba waktu menyusu dan mudah juga untuk dipasang kembali. Hal ini penting, terutamanya buat ibu Muslimah kerana bahagian tersebut adalah bahagian yang meliputi aurat yang patut diselindung. Dalam masa yang sama, baju tersebut tidak semestinya menghalang untuk ibu-ibu terus berfesyen dan berpakaian cantik yang bukan sahaja di dalam rumah, malah di luar juga.

Menyedari akan hal ini, Cetusan Hatie mengeluarkan beberapa barisan design baju patuh syariah yang juga bergaya untuk golongan ibu menyusu terutamanya.

Baju Menyusu Patuh Syariah

Baju menyusu patuh syariah adalah baju menyusu yang menutup aurat dan direka untuk memudahkan proses persediaan sebelum dan selepas penyusuan ibu yang menyusukan. Usahawan PeDAS Cetusan Hatie ada mengeluarkan beberapa jenis busana jenis baju menyusu di dalam barisan rekaan baju mereka.

|Blouse Zaylah (Jenis baju nursing selak)|

Baju Menyusu Patuh Syariah-1
Blouse ini juga didatangkan dengan rekaan untuk kanak-kanak agar sedondon!

|Anmum kurung|

Baju Menyusu Patuh Syariah-2
Juga didatangkan dengan rekaan sedondon untuk anak perempuan. Kain diperbuat daripada material Moss Crepe, berpoket dan jenis nursing selak.

|Fiska Blouse|

Baju Menyusu Patuh Syariah-3
Material Moss Crepe, jadi tidak perlu diseterika dan berpoket

Jika anda adalah peminat baju nursing yang very loose cutting sebegini, baju nursing Cetusan Hatie adalah antara pilihan yang baik untuk anda. Baju yang longgar begini sebenarnya bagus juga jika anda jenis yang menjimatkan masa, contohnya masa untuk bersedia untuk bersolat. Pakaian sebegini sudah cukup sifat untuk terus bersolat sejurus selpas mengambil wuduk. Jadi, tak perlu lagi sarung telekung dan sebagainya!

Sambutan terhadap produk ini amat menggalakkan jika anda ingin lihat reviu daripada pengguna dengan lebih terperinci [LINK]


Ingin melihat dengan lebih lanjut design-design yang ada atau mengetahui promosi-promosi semasa? Layari laman-laman ini:

Facebook|Instagram|Cetusan Hatie Homepage|WhatsApp

Ataupun, singgah di butik HQ mereka di sini!

No 53 A-B, JALAN PERDANA 2, PUSAT PERNIAGAAN SLIM PERDANA, SLIM RIVER, 35800, SLIM RIVER, PERAK, MALAYSIA.

Entri ketiga|| Tips Memilih Pakaian Muslimah| CH:PeDAS


Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) dilancarkan sebagai medium untuk membantu peserta daripada industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk secara dalam talian dengan bimbingan daripada pihak yang dilantik oleh MDEC. Disamping itu juga, program ini juga membantu usahawan memperkembangkan jaringan bersama dengan pelbagai agensi dan rakan perniagaan. [press release] [mdec e-commerce page]

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.