Bahulu Door Gift Johor :Azzu Bahulu Ledang|PeDAS

February 24, 2020 by No Comments

Bagi yang baru pertama kali menjejakkan diri ke blog LunaStory dan artikel “Bahulu Door Gift Johor :Azzu Bahulu Ledang|PeDAS“, selamat datang Cik Lis ucapkan (◕‿◕✿) Untuk memahami dengan lanjut tentang program usahawan PeDAS, anda boleh membacanya di link yang tertera di akhir nota kaki nanti.

Ini adalah artikel entri kedua untuk siri usahawan ini. Anda boleh mengikuti profil usahawan ini di link entri pertama di bawah:

Entri pertama|| Azzu Bahulu Aneka Perisa |Usahawan PeDAS


Cerita Musim Kenduri

Cik Lis baru sahaja balik daripada menghadiri undangan majlis perkahwinan semalam yang agak dekat dengan rumah Cik Lis. Hujung minggu lepas, Cik Lis pergi ke majlis akikah kenalan di zaman sekolah. Boleh kata hampir setiap minggu ada sahaja undangan keraian sebagai tetamu daripada kenalan dan kaum keluarga ini.

Orang Nusantara terkenal dengan budi bahasa, lebih-lebih lagi orang Melayu. Tetamu yang kita jemput selalunya kita akan hulurkan sesuatu sebelum mereka pulang ke tempat masing-masing sebagai tanda terma kasih untuk meluangkan masa meraikan hari kebesaran tertentu dalam hidup kita seperti perkahwinan, kelahiran, kenduri kesyukuran, dao selamat dan sebagainya.

Antara pilihan cenderahati atau door gift yang popular adalah dalam bentuk kraftangan unik seperti sudu, tanjak mini, dan sebagainya. Dan tetamu seperti Cik Lis kadang-kadang boleh simpan hadiah-hadiah sebegini sebagai penyeri display case di rumah sendiri… ¬‿¬

Tapikan, dalam banyak-banyak jenis door gift, Cik Lis lebih suka dengan buah tangan yang kita boleh makan. Dan ini adalah pandangan peribadi berdasarkan pengalaman sendiri. Kadang-kadang Cik Lis kena memandu jauh untuk menghadiri kenduri; macam dari KL ke JB? Dan kena balik semula ke KL kemudiannya…bila adanya door gift berupa makanan DAN sebotol air mineral, bolehlah Cik Lis menjajan untuk hilangkan mengantuk atau lapar balik selepas beberapa jam memandu sebelum sampai ke destinasi kan (◕‿◕✿)

Takpun, terperangkap dalam jem ke…dapat makanan dalam kereta tak adalah bosan sangat nak hadap benda ini berjam-jam kan (。ŏ_ŏ)

Bahulu Door Gift Johor: Pilihan Popular

Cik Lis terbaca (tapi tak ingat kat mana, minta maaf ya (゚ω゚;) ) yang nama bahulu atau baulu ini tercipta pada zaman dahulu bila kita hulurkan buah tangan ini dari hulu sungai…? Lebih kurang lah kan.

Persoalannya, dekat mana nak cari bahulu door gift sedap untuk tetamu keraian kita?

Bagi yang berada di Tangkak (Johor), atau berdekatan dengannya, ataupun sanggup order dari jauh, Cik Lis sarankan anda dengan produk bahulu Azzu Bahulu Ledang!

Apa Yang Istimewanya Dengan Azzu Bahulu Ledang?

Berpengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan bahulu dalam kuantiti yang banyak, pasti ianya adalah satu kelebihan besar!

Rasanya sangat original seakan-akan macam orang dulu-dulu buat:

…bahulu die mcm nenek2 kte buat dlu,orang sini cakap bersakor (gula cukup,luar keras dalam lembut) sedapp oii…

…Dan pelbagai lagi feedback yang positif daripada pelanggan Azzu Bahulu Ledang di laman rasmi mereka di media sosial.

Ada pelbagai jenis pilihan dan rasa bahulu yang pelanggan boleh pilih! Ada pilihan bahulu cermai (alah, yang klasik bahulu kosong tapi rangup di luar tu), bahulu ikan, bahulu gulung, bahulu berinti dan berperisa….dan sebagainya!

Bahulu Door Gift Johor-1
Bahulu Door Gift Johor-2

Produk yang sangat viral! Rugi kalau lalu sini tak singgah dan rasa Azzu Bahulu.

View this post on Instagram

SHOOTING PROGRAM JELAJAH TEBRAU SEMPENA TAHUN MELAWAT JOHOR 2020 ………………………………………………………….. . . RUGI kalau datang ke Tangkak tak singgah Azzu Bahulu Ledang.. Kata- kata Yana Samsuddin semalam.. Ye memang betul, jadi dah datang ke Tangkak Wajib la datang Azzu Bahulu Ledang ye🤗.. jemput datang. . Kak Azzu nak share dengan sayang semua, Proses Pegambaran semalam yang megambil masa lebih kurang 3 jam bermula 5 petang dan selesai jam 8.00 malam.. Proses yang bukan mudah. . Rupenyer Yana ni pengemar bahulu.. suka sangat Yana Samsuddin dapat makan bahulu cermai panas- panas kak Azzu.. . Melalui perkongsian cerita Yana dengan Kak Azzu, rasa yang sama Bahulu Kak Azzu ni membuatkan dia teringat- ingat kenangan buat kuih bahulu bersama nenek beliau ketika kecil- kecil dulu. Dan pada waktu itu bahulu yang telah siap di masak di Pos untuk ayah beliau yang berkhidmat di Sabah sebagai Anggota Polis untuk hari Raya. . Yana Samsuddin juga sangat mengemari bahulu gulung Strawberry dan Nenas dari Azzu Bahulu Ledang sebab sangat sedap katanyer😍. . Dan sebelum pulang beliau membeli bahulu untuk di beri kepada Ibu beliau .. sayang Yana.. . Berbalik pada shooting semalam, Bukan senang ye nak jadi artis dan nk buat shooting 😃, butang tudung tak boleh yang panjag berjuntai ada gangguan bunyi di microphone🤭, selain tak boleh banyak bergerak sebab tak mahu gangguan bunyi geseran baju dan tudung..bunyi motor dan kanak- kanak bermain juga membuatkan kami kene berhenti dan record semula.. Hahah😁 jangan ingat kerja mudah.. . Sepanjang Produksi sedang berjalan Kak Azzu dan Yana sangat panas sebab tak boleh on kipas yang hebatnyer Yana tetap maintain dan tersenyum lebar.. banyak yang kak Azzu pelajari semalam.. . Alhamdulilah Pengalaman yang sangat- sangat indah untuk Kak Azzu kongsi buat semua Fan Follower kesayangan Kak Azzu semua 😘 . #Azzubahululedang #pkstangkak #supportpks #jelajahtebrau #tahunmelawatjohor2020

A post shared by AZZU BAHULU LEDANG (@azzubahululedang) on

Classy design for classy dish.

…dan yang paling penting, adanya pengiktirafan halal dari JAKIM secara tidak langsung mencerminkan juga aspek kualiti dan mutu produk tersebut! [No. siri: JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/1 081-09/2018]


Ingin menjadikan produk bahulu ini sebagai hadiah door gift untuk tetamu anda? Atau berminat untuk melihat promosi-promosi semasa Azzu Bahulu Ledang? Klik sahaja link di bawah ini ya (◕‿◕✿)

Facebook | Instagram | WhatsApp

Shopee||Bahulu Cermai 5 perisa inti | Bahulu Ikan Original

Alamat Kedai:

Cik Lis akan ulas lagi dengan lebih lanjut produk kegemaran ramai ini di artikel berikutnya. Jumpa anda di sana ya (。•̀ᴗ-)✧

Entri ketiga|| Bahulu Sedap Dan Lembut :Azzu Bahulu Ledang|PeDAS


Program Perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) adalah satu program untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program anjuran kerjasama antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) serta agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [link]

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.