Azzu Bahulu Aneka Perisa |Usahawan PeDAS

February 24, 2020 by No Comments

Bagi yang baru pertama kali menjejakkan diri ke blog LunaStory dan artikel “Azzu Bahulu Aneka Perisa |Usahawan PeDAS“, selamat datang Cik Lis ucapkan (◕‿◕✿) Untuk memahami dengan lanjut tentang program usahawan PeDAS, anda boleh membacanya di link yang tertera di akhir nota kaki nanti.


Perihal Bahulu

Bahulu tidak asing lagi di bumi Malaysia. Ianya adalah kuih tradisi yang dibuat sejak zaman nenek moyang kita lagi. Bahan-bahannya agak mudah; tepung, telur dan gula.

Orang dahulu menghulurkan cenderahati bahulu atau baulu sebagai medium untuk mengeratkan hubungan. malah, nama bahulu itu sendiri tercipta daripada frasa “buah tangan daru hulu“; kuih yang dihulurkan kepada yang dirai sebelum bertolak dari jalan sungai di hulu.

Bahulu juga sangat ikonik sebagai kuih yang disebut beberapa kali di dalam pantun Melayu. Pernah tak anda terbaca atau mendengar pantun-pantun ini? (Pantun-pantun ini dipetik dari daftar Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka)

Ini kuih baulu, Ini kuih meruku;
Tidak kira bulu, Inilah bangsaku

-Pantun Melayu SARAWAK

…ataupun versi pantun yang ini?

Gula secawan inti baulu,
Selasih disaji sarapan pagi;
Padamu tuan kunanti selalu,
Kasih tidak berbelah bagi.

-Pantun Melayu SARAWAK

Rasa bahulu di mulut dan baunya sememangnya orang tidak akan salah sangka atau tertukar dengan kuih-kuih yang lain; itu antara sebab kuih bahulu cukup ikonik. Sedikit keras di luar (macam kerak) tetapi lembut dan gebu di dalam dengan kemanisannya yang tersendiri.

Dalam usaha untuk memartabatkan kuih tradisional yang ikonik ini, salah seorang usahawan PeDAS menyahut seruan untuk meneruskan tradisi pembuatan kuih bahulu dengan resepi turun temurun.

Tanpa membuang masa, jom berkenalan dengan mereka!


Azzu Bahulu Aneka Perisa: Pengusaha Bahulu Asli Sebelah Selatan Tanah Air

Azzu Bahulu Aneka Perisa-1

Azzu Bahulu Ledang adalah satu jenama untuk perusahaan bahulu tradisional yang berpusat di Tangkak, Johor. Syarikat yang mengusahakan Azzu Bahulu Ledang adalah Azzu Seri Maamur Enterprise. Selain daripada bahulu ikonik bahulu cermai, pengusaha bahulu ini juga mengeluarkan pelbagai variasi bahulu yang lain seperti:

bahulu ikan|bahulu gulung|bahulu berperisa|dan juga kuih bakar yang lain

Trivia: Di Melaka, bahulu cermai juga dipanggil sebagai bahulu pekak.

Pengasas Azzu Seri Maamur Enterprise

Puan Norazlina Binti Tamsi telah berpengalaman selama lebih dari 5 tahun di dalam bidang ini. Selain daripada mengusahakan bahulu untuk majlis keraian dan hari kebesaran, Azzu Seri Maamur Enterprise juga berpengalaman untuk mengangkat dan menjadikan hidangan bahulu dan dipersembahkan sebagai hidangan VVIP – setaraf santapan diraja!


Kata-kata Inspirasi Dari Pengasas

“USAHA YANG BERTERUSAN, YAKIN DENGAN REZEKI ALLAH”


Bagaimana anda boleh mencari usahawan ini di media sosial?

Facebook | Instagram | WhatsApp

Shopee||Bahulu Cermai 5 perisa inti | Bahulu Ikan Original

Alamat Kedai:

Ulasan produk penuh akan Cik Lis selitkan di entri seterusnya. Klik sahaja di bawah ini ya!

Entri kedua|| Bahulu Door Gift Johor :Azzu Bahulu Ledang|PeDAS

Entri ketiga|| Bahulu Sedap Dan Lembut :Azzu Bahulu Ledang|PeDAS


Program Perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) adalah satu program untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program anjuran kerjasama antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) serta agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [link]

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.