Ayam Gunting Sedap Tangkak | Johor

August 11, 2022 by No Comments

Assalamualaikum dan hai semua! Cik Min nak tanya, ada ke pembaca Makan Lokal yang tak suka makan ayam gunting dekat sini? Macam mustahil aje kan kalau tak suka tu? Hehe … By the way, anda pernah dengar tak jenama Abim Best? Ia merupakan salah satu perniagaan ayam gunting paling sedap dan terkenal di Tangkak, Johor tau!

Senang cerita, hampir kesemua pelanggan yang singgah ke kiosk Abim Best Tangkak, Johor ni, mesti akan datang semula keesokan harinya, sebab ayam gunting mereka memang sedap. Kata orang, sekali beli, confirm nak lagi gitu … Jadi jom, Cik Min nak ceritakan serba sedikit mengenai ayam gunting Abim Best yang sedap di Tangkak ni.

Bagaimanakah Permulaan Perniagaan ABIM BEST? | Ayam Gunting Sedap Tangkak

Pernah tak dengar orang kata, “Bukan senang nak senang”? Haaa, begitu jugalah setiap individu ketika ingin memulakan sesuatu business. Ia memerlukan effort yang amat tinggi, serta pengorbanan masa, tenaga, dan wang ringgit.

Hal demikian turut dilalui oleh Abim Best, apabila ingin memulakan perniagaan ayam gunting sedap di Tangkak ni tau… Oh ya! Sebelum Cik Min bercerita dengan lebih mendalam, perniagaan Abim Best ini bermula di Tangkak, Johor. Nama sebenar foundernya pula ialah Tuan Shahabim, atau lebih dikenali sebagai Tuan Abim.

Sekarang mesti anda dah faham, kenapa perniagaan ayam gunting sedap di Tangkak ini disebut sebagai Abim Best kan? Hal ini kerana, perniagaan Abim Best ini adalah bersempena nama foundernya sendiri.

Untuk pengetahuan anda, Tuan Abim sebenarnya telah terinspirasi daripada rakannya yang menjual ayam goreng di Kajang, Selangor. Maka dari situlah timbulnya niat beliau untuk berjinak-jinak dalam bidang perniagaan di Tangkak, Johor.

Choppp, Cik Min belum habis bercerita lagi tau! Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Tuan Abim dan Abim Best ni, pastikan anda baca sampai habis.

Apakah Keistimewaan Ayam Gunting Abim Best?

Untung betul orang Tangkak, sebab hari-hari boleh singgah ke kiosk Abim Best untuk dapatkan ayam gunting yang sedap. Cik Min boleh jamin, tagline ‘Sedap Setiap Hari Tanpa Jemu’ ni memang kena sangatlah dengan perniagaan Abim Best.

Kalau anda nak tahu, istimewanya ayam gunting Abim Best ni sebab ia mempunyai rasa unik yang tersendiri dan resipinya pula berasal dari Taiwan. Kemudian, resipi tersebut telah digubah sebaiknya agar sesuai dengan selera tekak rakyat Malaysia. Memang patut pun sedap semacam aje ayam gunting Abim Best ni!

Selain itu, pelanggan ayam gunting Abim Best ini juga bukan terdiri daripada kalangan orang dewasa sahaja ya … Pelajar-pelajar sekolah yang berhampiran kiosk Abim Best Tangkak juga turut menjadi pelanggan setia ayam gunting sedap ni tau!

Jadi, tak hairanlah kalau ramai yang berikan feedback positif selepas membeli ayam gunting daripada Abim Best. Kebanyakan feedback yang Abim Best terima juga berbunyi seperti, “Isi dia kaw-kaw, tak kedekut.”

Sebab tu Cik Min cakap, sangat berbaloi kalau beli ayam gunting dengan Abim Best ni. Bukan rasanya sahaja yang unik, tetapi isinya juga tebal dan memuaskan!

Apakah Rahsia Kejayaan Perniagaan Ayam Gunting Abim Best di Tangkak?

Dalam mengembangkan atau menjayakan sesuatu perniagaan, usahawan itu sendiri perlulah mengetahui cara yang betul bagi menguruskan sesebuah perniagaan. Tak gitu? Kalau setakat nak buka business, tapi tak tahu nak uruskan dengan baik, apa gunanya kan?

Itulah salah satu rahsia kejayaan ayam gunting Abim Best sedap di Tangkak ini! Motonya adalah untuk sentiasa bersemangat luar biasa, bermotivasi tinggi dan belajar daripada kesilapan sendiri, serta orang lain. Jika anda lihat posting di Facebook Abim Best, anda juga pasti boleh rasai aura positif dan kata-kata semangat yang Tuan Abim sering berikan.

Bukan itu sahaja … Setelah Tuan Abim membuka kiosk ayam gunting sedap pertamanya di hadapan SMK Tun Mamat, Tangkak, Johor, beliau juga mempelajari tentang hal-hal advertising dan online marketing untuk mengembangkan lagi perniagaan ayam gunting tersebut.

Apa yang lebih menarik pada Cik Min ialah, Abim Best turut menjadi pembekal ayam di beberapa negeri di semenanjung Malaysia tau! Bukan sahaja menjual ayam gunting yang sedap di Tangkak, malah siap jadi pembekal pula lagi. MashaaAllah, hebat sungguh usahawan Melayu kita ni…

Jadi, kisah perjalanan dan kejayaan Abim Best ini bolehlah dijadikan contoh kepada usahawan-usawahan di luar sana yang baru sahaja nak berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Ingat selalu pepatah ni, “Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.” InshaaAllah, hasilnya pasti akan berbuah dengan penuh kebaikan.

Peraduan MERDEKA Bersama ABIM BEST

Berita baik untuk anda semua: ABIM BEST sedang mengadakan peraduan beli dan menang pelbagai hadiah menarik. Pembelian terbanyak, akan menjadi pemenangnya tau!

Jadi, kepada anda yang ingin memenangi hadiah-hadiah tersebut, anda boleh ke mana-mana kiosk ABIM BEST sekarang juga. Peraduan berlangsung bermula 1/8/2022 sehingga 31/8/2022 sahaja! Untuk ketahui cara penyertaan dengan lebih lanjut, tekan di sini.

Jom layari Facebook ABIM BEST dan Instagram ABIM BEST untuk dapatkan update terkini, atau WhatsApp sahaja team Abim Best di talian 016-888 9957 untuk maklumat lanjut.

Sekian sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini. Nak baca lebih banyak artikel menarik? Jom layari laman portal Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.