Ayam Gunting ABIM BEST | Wajib Cuba!

August 11, 2022 by No Comments

Assalamualaikum semua! Hari ini, Cik Min nak bercerita sedikit tentang ayam gunting Abim Best. Haaa, bila sebut je tentang ayam, mesti dah boleh bayang betapa sedapnya sesebuah hidangan tu kan? Tak kiralah ayam tu dimasak sambal ke, kicap ke … Janji ayam, selera pun auto onz!

Jarang sangatlah nak jumpa orang yang tak suka ayam ni, nak-nak pula kalau ayam gunting. Paling best kalau anda warga Johor, pasti pernah dengar tentang ayam gunting Abim Best kan? Mereka ni ada menyediakan pelbagai produk makanan berasaskan ayam yang best-best tau!

Tak cukup dengan itu, kiosk mereka pun semakin berkembang dah sekarang. Senang cerita, memang ada di merata tempat jugalah dekat Johor tu. Tapi, kepada yang masih belum tahu tentang kewujudan Abim Best ni, mari teruskan membaca perkongsian Cik Min terlebih dahulu. Confirm tak rugi!

Di Manakah Ayam Gunting ABIM BEST Boleh Didapati?

Abim Best ni merupakan salah satu perniagaan ayam gunting tau. Bila sebut sahaja nama Abim Best, kebanyakan orang pasti sudah tahu tentang kewujudannya. Sebab apa? Sebab … Abim Best ni memang terkenal dengan ayam gunting yang sungguh segar dan sedap!

“Tapi, di mana ayam gunting Abim Best ni boleh didapati ya Cik Min?”

Sebenarnya, Abim Best ini mempunyai lebih 160 kiosk yang telah didaftarkan. Antara yang baru dibuka adalah di:

✅ Parit Sulong

Bukit Pasir, Muar

Bukan itu sahaja, tidak lama lagi, Abim Best juga akan turut membuka satu lagi kiosk baharu di Taman Rekreasi Tangkak, Sungai Chohong, Johor!

Jadi, bagi warga Johor yang tinggal di kawasan berhampiran, bolehlah berkunjung ke kiosk Abim Best ini, dan rasai sendiri produk-produk yang mereka tawarkan. Kalau rasa malas nak keluar, boleh aje order melalui Grab Food ataupun Food Panda. Senang sangat u olls

Kenapa Ayam Gunting ABIM BEST Digemari Ramai?

Bila sebut sahaja tentang ayam gunting, mesti kecur air liur! Fuhhh, dia punya sedap tu memang lain sungguh berbanding ayam goreng biasa. Siapa yang pernah rasa je tahu macam mana bestnya rasa ayam gunting ni.

Cik Min rasalah, rasa sedap sesebuah ayam gunting tu bergantung kepada adunan tepung dan serbuk perasa yang digunakan. Menurut Tuan Abim, keenakan ayam gunting Abim Best ini juga terletak pada perapan ayam tu sendiri!

Tak lupa juga ketebalan ayam yang memuaskan tu, disalut tepung dan digoreng dengan rangup, fuhhh! Memang terangkat! Bukan itu sahaja, bau ayam gunting itu sendiri pun dah boleh membuatkan orang jatuh cinta.

Mana taknya … Kadang, tak perlu berdiri depan kiosk Abim Best pun dah boleh bau kelazatan ayam gunting yang sedang dimasak tu. Cik Min paling suka part serbuk perasa yang ditabur ke atas kepingan ayam gunting panas-panas tu! Menggiurkan sungguh!

By the way, di Abim Best ni, kita boleh request sama ada nak tabur serbuk pepper salt, serbuk perasa ori, dan serbuk cili ataupun tidak. Bak kata orang, ikut selera masing-masing gitu. Tapi kalau ada warga Johor yang nak belanja Cik Min ayam gunting Abim Best ni, pastikan serbuk cili tu ditabur banyak-banyak ya. Lagi pedas, lagi sedap!

Kebaikan Pengambilan Daging Ayam

Kepada anda yang sedang diet, tetapi teringin nak makan ayam gunting, terus beli aje … Janganlah terlalu keras sangat berdiet tu. Walaupun anda sedang berdiet, badan tetap memerlukan protein tau! Cik Min faham, makanan bergoreng tu kurang bagus untuk orang berdiet, tapi tak salah kalau jamah sedikit kalau teringin kan?

Kalau anda nak tahu, daging ayam merupakan salah satu sumber tinggi protein yang diperlukan oleh badan. Hal ini kerana, sumber protein amat penting dalam membina sel tisu dalam badan, dan ia merupakan bahan asas yang diperlukan oleh sistem imun.

Bayangkan kalau badan kita tak cukup sumber protein, luka yang kecil pun susah nak sembuh tau! Jadi, pastikan anda mengamalkan pengambilan daging ayam secara berkala walaupun sedang berdiet ya.

Peraduan MERDEKA Bersama ABIM BEST

Berita baik untuk anda semua: ABIM BEST sedang mengadakan peraduan beli dan menang pelbagai hadiah menarik. Pembelian terbanyak, akan menjadi pemenangnya tau!

Jadi, kepada anda yang ingin memenangi hadiah-hadiah tersebut, anda boleh ke mana-mana kiosk ABIM BEST sekarang juga. Peraduan berlangsung bermula 1/8/2022 sehingga 31/8/2022 sahaja! Untuk ketahui cara penyertaan dengan lebih lanjut, tekan di sini.

Jom layari Facebook ABIM BEST dan Instagram ABIM BEST untuk dapatkan update terkini, atau WhatsApp sahaja team Abim Best di talian 016-888 9957 untuk maklumat lanjut.

Sekian sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini. Nak baca lebih banyak artikel menarik? Jom layari laman portal Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.